Tawau dilanda kemarau, status bencana diisytihar

TAWAU – Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Tawau mengumumkan pengisyitiharan bencana kemarau di daerah berkenaan, pada Rabu.

Pengisyitiharan itu dibuat Presiden Majlis Perbandaran Tawau merangkap Pengerusi JPBD, Joseph Pang pada pukul 10 pagi.

Menurut notis tersebut, pengisytiharan berkenaan dibuat berdasarkan laporan dan maklumat di lapangan yang diterima daripada agensi-agensi dalam JBPD.

Sementara itu, Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM) Sebatik menerusi Facebook rasminya memaklumkan, situasi kemarau memberi kesan ketara terhadap bekalan air bersih khususnya di kawasan Pulau Sebatik yang terjejas.

Sehubungan itu UPPM Sebatik menyeru semua pihak untuk terus peka dan mengambil langkah berjaga-jaga serta mengamalkan penggunaan air secara berhemah.

Pihak UPPM Sebatik juga akan terus bekerjasama dengan agensi berkaitan dalam usaha menyelaras bantuan dan memastikan kebajikan penduduk terjejas sentiasa terpelihara sepanjang tempoh bencana.

Related Posts

Cadangan akar umbi belia Sabah jadi input Belanjawan Belia MADANI 2027

PUTATAN – Keperluan fasiliti sukan, dana program belia, kos sara hidup dan peluang pekerjaan antara isu utama disuarakan golongan belia Sabah untuk dipertimbangkan dalam Belanjawan Belia MADANI 2027. Timbalan Menteri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Polis buru suspek curi Hilux di Perumahan Bukit Ubi

KUANTAN – Polis sedang mengesan seorang lelaki disyaki mencuri sebuah Toyota Hilux berwarna putih di Lorong Bukit Ubi 59, Perumahan Bukit Ubi di sini, petang kelmarin. Kenderaan itu dilaporkan hilang…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Cadangan akar umbi belia Sabah jadi input Belanjawan Belia MADANI 2027

Cadangan akar umbi belia Sabah jadi input Belanjawan Belia MADANI 2027

Menang pilihan raya bukan lesen guling Raja – Anwar

Menang pilihan raya bukan lesen guling Raja – Anwar

Laporan awal pengurusan dan tatakelola FELDA didedah minggu depan – Anwar

Laporan awal pengurusan dan tatakelola FELDA didedah minggu depan – Anwar

Hak mohon pengampunan milik setiap banduan, keputusan bukan di tangan kerajaan

Hak mohon pengampunan milik setiap banduan, keputusan bukan di tangan kerajaan

Anwar mahu dengar penjelasan Anthony sebelum putuskan peletakan jawatan

Anwar mahu dengar penjelasan Anthony sebelum putuskan peletakan jawatan

Perpaduan Melayu-Islam: Antara tuntutan agama dan kepentingan parti politik

Perpaduan Melayu-Islam: Antara tuntutan agama dan kepentingan parti politik