Program MADANI Rakyat kembali, Perak dipilih destinasi pertama

NEGERI Perak dipilih sebagai lokasi pembuka tirai Program MADANI Rakyat (PMR) 2026 yang akan berlangsung di Bulatan Sultan Azlan Shah, Ipoh, dari 3 hingga 5 April depan.

Mengangkat tema ‘Bandar Lestari, Perumahan Berkualiti, Komuniti Harmoni’, penganjuran kali ini meneruskan momentum kejayaan program sama yang mendapat sambutan menggalakkan di lapan negeri tahun lalu.

Sekretariat PMR 2026 memaklumkan, Perdana Menteri, Anwar Ibrahim dijadual merasmikan program berkenaan pada Sabtu, 4 April.

Menurut kenyataan itu, PMR 2026 tampil dengan suntikan elemen baharu bagi memperkukuh hubungan antara kerajaan dan rakyat melalui penyampaian perkhidmatan secara terus serta pelbagai pengisian berimpak tinggi.

Program ini diselaraskan oleh Pejabat Perdana Menteri (PMO) menerusi Unit Penyelarasan Lonjakan Prestasi (PACU) dengan kerjasama kementerian, agensi serta kerajaan negeri. Bagi edisi Perak, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) bertindak sebagai peneraju, manakala kerajaan negeri sebagai tuan rumah.

Penganjuran ini mencerminkan aspirasi kerajaan dalam memacu pembangunan bandar mampan, penyediaan perumahan berkualiti dan pembentukan komuniti harmoni, selari dengan Pelan Perak Sejahtera 2030.

Sepanjang tiga hari program, pelbagai pengisian menarik disediakan termasuk perkhidmatan kerajaan, inisiatif kesejahteraan rakyat, pemeriksaan kesihatan, Jualan Rahmah MADANI dan Jualan Agro MADANI, peluang pekerjaan serta festival makanan tempatan dan jualan usahawan.

Selain itu, pengunjung turut berpeluang menikmati inisiatif percuma seperti pertukaran topi keledar, servis minyak enjin motosikal, gunting rambut, pengagihan benih dan anak pokok serta pameran aset pertahanan dan keselamatan.

Penglibatan aktif syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan komuniti setempat turut diperkukuh bagi meluaskan capaian manfaat kepada rakyat.

Dalam masa sama, PMR 2026 Perak menjadi platform interaksi lebih inklusif antara kerajaan dan rakyat, sekali gus membuka ruang kepada orang ramai untuk bertemu secara langsung dengan kepimpinan tertinggi negara.

Program ini akan beroperasi dari jam 9 pagi hingga 10 malam pada Jumaat dan Sabtu, manakala pada Ahad dari jam 9 pagi hingga 6 petang.

Related Posts

Kampung, Sekolah Angkat MADANI perkukuh pembangunan komuniti luar bandar

SADONG JAYA – Program Kampung Angkat MADANI (KAM) dan Sekolah Angkat MADANI (SAM) mampu menjadi pemangkin kepada pembangunan komuniti luar bandar secara lebih menyeluruh menerusi kerjasama erat antara kerajaan, sekolah…

Lebih lanjut

teruskan membaca
DKU isytihar jawatan Undang Luak Jelebu kosong, sahkan pelantikan Undang Sungei Ujong dan Rembau

SEREMBAN – Dewan Keadilan dan Undang (DKU) Negeri Sembilan mengesahkan pelantikan Datuk Klana Petra Muhammad Faris Johari sebagai Undang Luak Sungei Ujong dan Datuk Sedia Raja Haji Hassan Ab Hamid…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

‘Kajian sekadar analisis, keputusan di tangan rakyat’ – Anthony

‘Kajian sekadar analisis, keputusan di tangan rakyat’ – Anthony

Kampung, Sekolah Angkat MADANI perkukuh pembangunan komuniti luar bandar

Kampung, Sekolah Angkat MADANI perkukuh pembangunan komuniti luar bandar

DKU isytihar jawatan Undang Luak Jelebu kosong, sahkan pelantikan Undang Sungei Ujong dan Rembau

DKU isytihar jawatan Undang Luak Jelebu kosong, sahkan pelantikan Undang Sungei Ujong dan Rembau

Laporan Task Force FELDA dijangka didedah dalam beberapa bulan lagi – PM

Laporan Task Force FELDA dijangka didedah dalam beberapa bulan lagi – PM

Aminuddin tunai tanggungjawab mengundi di DUN Sikamat

Aminuddin tunai tanggungjawab mengundi di DUN Sikamat

16 tahun menunggu, pingat emas Komanwel akhirnya milik Azizulhasni

16 tahun menunggu, pingat emas Komanwel akhirnya milik Azizulhasni