Kuih Bangkek lambang warisan Bugis Tawau

DALAM kepelbagaian makanan tradisional di Malaysia, setiap kaum pasti memiliki hidangan istimewa yang menjadi kebanggaan dan identiti budaya mereka.

Bagi komuniti Bugis di kawasan Pantai Timur Sabah, khususnya di Tawau dan sekitarnya, Kuih Bangkek bukanlah satu nama yang asing.

Lebih daripada sekadar penganan, Kuih Bangkek dianggap sebagai simbol warisan budaya yang menyatukan ahli keluarga.

Di Tawau, kuih ini bukan sahaja muncul ketika sambutan Aidilfitri, malah sudah menjadi kudapan wajib yang melambangkan jati diri masyarakat Bugis sejak turun-temurun.

Apa yang membuatkan Kuih Bangkek ini begitu istimewa adalah teksturnya yang rangup dan rapuh sebaik sahaja ia masuk ke dalam mulut.

Bahan-bahan asalnya cukup ringkas iaitu tepung, santan, gula, dan telur, namun proses pembuatannya memerlukan kesabaran yang tinggi.

Adunannya perlu dibentuk menggunakan acuan kecil dengan pelbagai corak menarik sebelum dibakar sehingga benar-benar garing dan sempurna.

Daripada jururawat ke usahawan kuih tradisi

Menyedari potensi dan pentingnya menjaga tradisi ini daripada ditelan zaman, Kamalia Kamal mengambil langkah berani untuk mengomersialkan kuih tersebut.

Pengurus Rusleeya Group ini memulakan perniagaan ‘Kuih Bangkek Tawau’ secara serius sejak tahun 2015.

Menariknya, Kamalia sebelum ini merupakan staff nurse sebelum terjun ke dunia perniagaan secara sepenuh masa dan mahu mengangkat semula martabat kuih tradisi Bugis.

“Bagi saya, Bangkek bukan sekadar kuih atau biskut biasa, tetapi ia adalah sebahagian daripada identiti budaya kita,” katanya.

Beliau percaya jika generasi hari ini tidak mengangkat makanan tradisi sendiri, suatu hari nanti ia mungkin hanya tinggal cerita dalam buku sejarah.

“Kita perlu pastikan warisan ini tetap dijaga. Kalau bukan kita, siapa lagi?” jelasnya kepada wartawan The Malaysia Press.

Ribuan balang jadi rebutan musim perayaan

Permintaan terhadap Kuih Bangkek Tawau melonjak dengan mendadak setiap kali perayaan Aidilfitri. Tempahan yang diterima mencecah ribuan balang, kebanyakannya daripada pelanggan tetap.

Bagi memenuhi cita rasa pelanggan moden, Kamalia tidak hanya statik pada rasa asal, tetapi turut memperkenalkan pelbagai variasi perisa.

Antara yang menjadi pilihan ketika ini ialah perisa kelapa, kacang, dan juga coklat. Beliau juga pernah mengeluarkan perisa milky, pistachio, roasted nut dan bijan untuk memberi lebih banyak pilihan kepada pembeli.

Walaupun tampil dengan pelbagai perisa baharu, Kamalia tetap menitikberatkan soal kualiti dan keaslian rasa.

Masih menjadi ‘kegilaan’ Generasi Z

Bagi Nur Arimafitri Mansur, 23, mengakui Kuih Bangkek mempunyai rasa yang sangat unik dan tersendiri.

“Dulu kami sekeluarga memang buat sendiri setiap tahun. Tapi bila nenek sudah tiada, kami lebih banyak memilih untuk beli saja,” katanya.

Sementara itu, bagi Zed Edwan Nashree, 18, pula, minatnya terhadap Kuih Bangkek membuktikan kuih ini merentas sempadan kaum.

Walaupun bukan berbangsa Bugis, beliau sangat meminati Bangkek kerana teksturnya yang ringan dan perisanya yang pelbagai.

“Kalau pergi beraya ke rumah kawan, memang saya akan cari kuih ini. Ia sangat sedap dan mudah dimakan,” ujarnya.

Dengan usaha gigih usahawan seperti Kamalia dan sokongan daripada generasi muda, Kuih Bangkek akan terus kekal relevan sebagai simbol kebanggaan warga Tawau.

Related Posts

Siti Asmah jadi jambatan komunikasi, pemangkin masyarakat inklusif

LAHAD DATU – Dalam usaha membina masyarakat yang inklusif dan saling memahami, peranan seorang warga pendidik atau guru khususnya yang mahir dalam bahasa isyarat semakin signifikan sebagai penghubung antara komuniti…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Budaya tohmah, fitnah wabak sosial perlu dihapus

KEHARMONIAN dalam masyarakat terutama persaudaraan sesama Islam adalah perkara yang amat penting. Tohmah bukan sekadar isu individu, tetapi wabak sosial yang meracuni ketenangan, ekonomi dan nilai kemanusiaan. Pengasas Maahad Tahfiz…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Sabah perlu pakar perkembangan pediatrik bantu kanak-kanak autisme

  • By Ynom
  • May 27, 2026
Sabah perlu pakar perkembangan pediatrik bantu kanak-kanak autisme

Hayati semangat Aidiladha, dua beradik pilih sertai sukarelawan korban

Hayati semangat Aidiladha, dua beradik pilih sertai sukarelawan korban

Siti Asmah jadi jambatan komunikasi, pemangkin masyarakat inklusif

Siti Asmah jadi jambatan komunikasi, pemangkin masyarakat inklusif

Budaya tohmah, fitnah wabak sosial perlu dihapus

Budaya tohmah, fitnah wabak sosial perlu dihapus

Permintaan korban cecah RM350 juta cerminan ekonomi domestik masih kukuh

Permintaan korban cecah RM350 juta cerminan ekonomi domestik masih kukuh

Pasukan takraw Malaysia kini kembali mengaum di dunia sukan

Pasukan takraw Malaysia kini kembali mengaum di dunia sukan