Iran dakwa berjaya tembak jatuh pesawat F-15

ISTANBUL – Iran mendakwa sistem pertahanan udaranya berjaya menembak jatuh sebuah jet pejuang F-15 berhampiran Pulau Hormuz di selatan negara itu, lapor Anadolu Ajansi memetik agensi berita separa rasmi ISNA.

Memetik kenyataan Markas Pemerintah Pertahanan Udara Bersama Iran, pesawat perang itu dipintas di ruang udara pantai selatan negara itu berhampiran Pulau Hormuz.

Menurut kenyataan itu, pesawat berkenaan sempat melancarkam peluru berpandu sebelum menjadi sasaran sistem pertahanan udara Iran.

Tiada pengesahan segera daripada sumber lain, dan tiada butiran lanjut diberikan mengenai nasib juruterbang atau serpihan bangkai pesawat itu.

Ketegangan serantau terus memuncak sejak Amerika Syarikat dan Israel melancarkan serangan bersama ke atas Iran pada 28 Februari lalu yang setakat ini mengorbankan lebih 1,300 orang, termasuk Pemimpin Agung ketika itu Ali Khamenei.

Related Posts

Malaysia sambut baik persefahaman AS-Iran demi keamanan Asia Barat

KUALA LUMPUR – Malaysia menyambut baik perkembangan positif hubungan antara Amerika Syarikat (AS) dan Iran susulan persefahaman yang dicapai kedua-dua negara ke arah menamatkan permusuhan di Asia Barat. Perdana Menteri,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
14,000 mangsa masih tertimbus bawah runtuhan Gaza, pengecaman kian rumit

JAWATANKUASA Palang Merah Antarabangsa (ICRC) mengeluarkan amaran bahawa ribuan rakyat Palestin yang dipercayai tertimbus di bawah runtuhan bangunan di Gaza mungkin tidak akan dapat dikenal pasti identiti mereka selama-lamanya. Laporan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kebun sekolah bakal diperluas di Sabah tahun depan

Kebun sekolah bakal diperluas di Sabah tahun depan

Hajiji hadir majlis kesyukuran sempena Awal Muharam 1448H

Hajiji hadir majlis kesyukuran sempena Awal Muharam 1448H

Anwar ketuai delegasi Malaysia ke Sidang Kemuncak ASEAN-Rusia

Anwar ketuai delegasi Malaysia ke Sidang Kemuncak ASEAN-Rusia

Jangan manipulasi fakta!

Jangan manipulasi fakta!

Malaysia, Timor-Leste tingkatkan kerjasama strategik pelbagai sektor – PM

Malaysia, Timor-Leste tingkatkan kerjasama strategik pelbagai sektor – PM

Kehadiran Parti Wawasan Negara jadi pembakar semangat PH – Fahmi

Kehadiran Parti Wawasan Negara jadi pembakar semangat PH – Fahmi