SPR digesa nilai faktor geografi, bukan sekadar populasi

KUCHING – Nasib 17 kerusi baharu Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak kini terletak sepenuhnya di bawah bidang kuasa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan Kerajaan Persekutuan sebelum ia boleh dilaksanakan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.

Speaker DUN Sarawak, Tan Sri Mohamad Asfia Awang Nassar berkata, DUN Sarawak telah selesai meluluskan usul penambahan tersebut yang bakal menyaksikan jumlah keseluruhan kerusi meningkat daripada 82 kepada 99 kerusi.

“Tugas di peringkat DUN sudah selesai dan kini ia adalah tanggungjawab SPR untuk melaksanakan proses persempadanan semula di peringkat akar umbi. Setakat ini, kita belum menerima sebarang laporan atau maklum balas daripada SPR mahupun Kerajaan Pusat sama ada 17 kerusi baharu itu disahkan atau sebaliknya,” katanya ketika ditemui oleh pemberita di Rumah Terbuka Aidilfitri YB Datuk Haji Len Talif Saleh pada Ahad.

Jelas beliau, selepas laporan SPR disiapkan, kawasan baharu itu perlu dipamerkan kepada umum untuk tujuan bantahan sebelum diwartakan dan dibentangkan ke Parlimen. Proses kelulusan bagi penambahan kerusi DUN hanya memerlukan undian majoriti mudah di Parlimen.

Dalam pada itu, Mohamad Asfia amat menekankan agar SPR dan Kerajaan Persekutuan tidak melakukan penilaian persempadanan semula di Sarawak bersandarkan kepadatan penduduk semata-mata.

Beliau menegaskan, faktor geografi dan saiz kawasan yang sangat luas di negeri itu perlu diberikan pertimbangan utama.

Mengambil contoh kawasan Parlimen Bintulu, beliau berkata kawasan tersebut kini merangkumi empat DUN dengan hampir 120,000 pengundi, sekali gus wajar dipecahkan kepada dua kawasan Parlimen yang berasingan.

“Keluasan negeri ini sangat mencabar. Perjalanan ke kawasan pedalaman seperti Ba’kelalan dari Kuching memakan masa dan terpaksa transit di Kota Kinabalu terlebih dahulu. Malah, pemantauan menggunakan helikopter ke Hulu Rajang memerlukan pengisian semula bahan api sehingga empat kali, manakala kawasan Baram sebanyak tiga kali.

“Adalah mustahil untuk seorang Ahli Parlimen menjaga kawasan seluas itu dengan berkesan,” tegasnya.

Menyentuh mengenai persiapan PRN ke-13, beliau berkata pencalonan bagi kerusi-kerusi baharu belum boleh diputuskan selagi kawasan tersebut tidak diluluskan secara rasmi. Buat masa ini, fokus setiap parti adalah untuk terus memperkukuhkan kawasan masing-masing.

Sebagai rekod, mandat DUN Sarawak sedia ada akan tamat secara automatik pada Februari 2027. Pembubaran dewan boleh berlaku pada bila-bila masa di bawah kuasa mutlak Yang di-Pertua Negeri atas nasihat Premier Sarawak.

Related Posts

Layakkah Pas digelar parti ‘syurga’?

KENYATAAN Datuk Seri Takiyuddin Hassan di Muktamar Pas baru-baru ini bahawa menyokong atau menyertai Pas boleh membawa seseorang ke syurga sememangnya mengundang perhatian. Bagi penulis, kenyataan sebegini bukanlah sesuatu yang…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Siap siaga, turun padang dekati masyarakat – Rajesh

LAHAD DATU – Jentera Gagasan Rakyat Lahad Datu diseru sentiasa berada dalam keadaan siap siaga dan turun padang mendekati masyarakat sebagai persediaan mendepani Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16) akan datang. Ketua Bahagian…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Layakkah Pas digelar parti ‘syurga’?

Layakkah Pas digelar parti ‘syurga’?

Lima prinsip asas perlu jadi pegangan ahli politik

Lima prinsip asas perlu jadi pegangan ahli politik

Kolej Komuniti Mas Gading meterai surat niat kerjasama dengan Plaza Merdeka

Kolej Komuniti Mas Gading meterai surat niat kerjasama dengan Plaza Merdeka

Bacaan indeks pencemaran udara di Sarawak catat tahap berbahaya pada pagi ini

Bacaan indeks pencemaran udara di Sarawak catat tahap berbahaya pada pagi ini

RUU Pendanaan Politik perlu selesai sebelum PRU16

RUU Pendanaan Politik perlu selesai sebelum PRU16

Lebih RM1 bilion selesai ‘warisan’ masalah bekalan air

  • By Fatin
  • September 8, 2026
Lebih RM1 bilion selesai ‘warisan’ masalah bekalan air