Sarawak sasar 1 juta hektar kawasan terlindung

KUCHING – Sarawak terus komited dalam mendepani ancaman perubahan iklim dengan menyasarkan pewartaan satu juta hektar tanah sebagai Kawasan Terlindung Sepenuhnya (TPA) yang merangkumi taman negara, tempat perlindungan hidupan liar, dan rizab alam semula jadi.

Timbalan Menteri Perancangan Bandar, Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar Sarawak, Datuk Len Talif Salleh berkata, setakat ini, hampir 900,000 hektar kawasan telah pun berjaya diwartakan di bawah inisiatif berkenaan.

Menurut beliau, usaha ini adalah selari dengan visi ekonomi hijau yang dipelopori oleh Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg bagi memastikan kelestarian alam sekitar di negeri itu terus terpelihara.

“Dari segi polisi, kita telah memantapkan kerangka undang-undang untuk memastikan seluruh rakyat faham akan peranan mereka.

“Kementerian Sumber Asli dan Pembangunan Bandar serta Kementerian Tenaga dan Kelestarian Alam Sekitar juga memainkan peranan penting dalam memastikan penguatkuasaan di lapangan dilaksanakan dengan berkesan,” katanya ketika ditemui pemberita di i Rumah Terbuka Aidilfitri YB Datuk Haji Len Talif Saleh pada Ahad.

Tambah beliau, hutan memainkan peranan yang sangat meluas, bukan sekadar untuk pengeluaran balak, tetapi lebih penting berfungsi sebagai penyerap karbon dioksida, pembekal oksigen, serta mengurangkan hakisan tanah yang boleh menyebabkan banjir dan tanah runtuh.

Menyentuh mengenai proses pewartaan Paya Maga di Lawas sebagai taman negara, Len Talif menjelaskan kerajaan Sarawak sentiasa mengamalkan dasar keterbukaan melalui sesi libat urus bersama pemimpin dan masyarakat setempat.

Beliau memberi jaminan bahawa kerajaan sedia mempertimbangkan bantahan yang munasabah daripada penduduk tempatan sebelum sebarang pewartaan akhir dibuat.

Dalam pada itu, beliau turut mengulas mengenai populasi burung kenyalang yang menjadi lambang kebanggaan Sarawak. 

Walaupun spesies Helmeted Hornbill semakin jarang ditemui, spesies lain seperti Rhinoceros dan Oriental Pied masih wujud, termasuk penampakan yang direkodkan di sekitar Gunung Santubong.

“Burung kenyalang ini sering berpindah-randah, mungkin disebabkan faktor perubahan iklim atau mencari kawasan yang mempunyai lebih banyak sumber makanan. Kita mahu melihat burung kenyalang ini terus hidup di habitat asalnya, bukan sekadar menjadi tugu ukiran semata-mata,” tegasnya.

Susulan keadaan cuaca panas dan kering yang dijangka melanda dalam beberapa bulan akan datang, Len Talif turut mengeluarkan amaran keras kepada orang ramai agar tidak melakukan aktiviti pembakaran terbuka, terutamanya selepas proses pembersihan tanah.

“Cuaca ekstrem, sama ada terlalu banyak hujan atau terlalu panas, tidak baik untuk kesejahteraan kita. Jika keadaan (cuaca panas) mencapai tahap kritikal, kita tidak akan teragak-agak untuk mengharamkan sepenuhnya aktiviti pembakaran terbuka,” katanya.

Bagi penyelesaian jangka panjang, kerajaan Sarawak juga sedang memuktamadkan kajian mengenai pengurusan sisa pepejal baharu yang dijangka akan dibentangkan untuk kelulusan tidak lama lagi. 

Langkah ini bertujuan mengurangkan atau menghentikan kebergantungan kepada tapak pelupusan sampah (landfill) yang terbukti menjejaskan kualiti alam sekitar.

Related Posts

Warga emas cedera parah ditetak dengan parang di kebun durian

GEORGE TOWN – Angkara teguran, seorang warga emas menetak abang kandungnya sehingga cedera parah dengan parang dalam satu pertengkaran di sebuah rumah kebun durian di Paya Terubong, Air Itam di…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Penurunan harga diesel bukti kerajaan prihatin keluhan rakyat

ALOR SETAR – Penurunan harga diesel kepada RM2.10 seliter serta pelaksanaan mekanisme subsidi bersasar menerusi program Budi MADANI yang akan berkuat kuasa mulai 1 Julai ini menunjukkan kesediaan kerajaan mendengar…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Mesyuarat Menteri Besar, Ketua Menteri perhalusi strategi tangani ketidaktentuan global

Mesyuarat Menteri Besar, Ketua Menteri perhalusi strategi tangani ketidaktentuan global

PRN Johor: Maszlee sahut cabaran debat Onn Hafiz

PRN Johor: Maszlee sahut cabaran debat Onn Hafiz

Warga emas cedera parah ditetak dengan parang di kebun durian

Warga emas cedera parah ditetak dengan parang di kebun durian

BDR jimat RM5.98 juta subsidi petrol – KSN

BDR jimat RM5.98 juta subsidi petrol – KSN

Islam bukan milik mana-mana parti, Pas bukan badan pensijilan ‘Halal’ politik

Islam bukan milik mana-mana parti, Pas bukan badan pensijilan ‘Halal’ politik

Penurunan harga diesel bukti kerajaan prihatin keluhan rakyat

Penurunan harga diesel bukti kerajaan prihatin keluhan rakyat