Manchester United perlu waspada ancaman Bournemouth

PENGENDALI sementara Manchester United, Michael Carrick menggesa anak buahnya bersedia menghadapi perlawanan sukar menentang Bournemouth dalam aksi Liga Perdana Inggeris, awal pagi Sabtu ini.

United kini menghuni tangga ketiga liga selepas menunjukkan kebangkitan sejak Carrick mengambil alih tugas sebagai pengendali sementara pada Januari hingga penghujung musim.

Skuad Red Devils bangkit daripada kekalahan pertama di bawah kendaliannya kepada Newcastle United dengan mencatat kemenangan 3-1 ke atas Aston Villa, Ahad lalu.

Bagaimanapun, Bournemouth yang kini berada di tangga ke-10 bukan lawan mudah apabila sering menyukarkan United, termasuk keputusan seri 4-4 di Old Trafford, Disember lalu yang memanjangkan rekod tanpa kalah mereka dalam pertemuan ini.

Pengurus Bournemouth, Andoni Iraola, turut memiliki rekod cemerlang apabila tidak pernah tewas dalam lima perlawanan menentang United.

Namun, kebangkitan United di bawah Carrick yang dilantik selepas tempoh singkat Darren Fletcher susulan pemecatan Ruben Amorim, menyaksikan pihak pengurusan Old Trafford berkemungkinan mengekalkannya secara tetap.

“Ia perlawanan sukar. Mereka berada dalam prestasi terbaik dan gelanggang mereka sentiasa mencabar,” kata Carrick.

Carrick berkata, United tetap yakin dengan momentum semasa namun mengakui cabaran besar menanti pasukannya.

United hanya memenangi dua daripada tujuh perlawanan terakhir di tempat lawan, termasuk kekalahan 1-2 kepada Newcastle sebelum ini.

“Kami mempunyai laluan yang baik dan pemain juga berada di tahap terbaik tetapi ia sentiasa menjadi perlawanan sukar.

“Kami sedar, mereka sebuah pasukan yang baik, terlatih dan bersemangat,” katanya.

Related Posts

City nafi Haaland minat ke Real Madrid

MANCHESTER City menafikan laporan mengaitkan bintang mereka, Erling Haaland, dengan perpindahan ke Real Madrid dan menegaskan bahawa mustahil untuk perpindahan itu berlaku. Haaland terus menjadi antara pemain paling diburu di…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Hojlund rasmi sertai Napoli

JUARA Serie A, Napoli melengkapkan perpindahan tetap penyerang Denmark, Rasmus Hojlund dari Manchester United dengan nilai 50 juta euro (RM232 juta) selepas aksi cemerlangnya sepanjang tempoh pinjaman musim lalu. Kedua-dua…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

DUN Negeri Sembilan bubar Jumaat, PH tanding solo

DUN Negeri Sembilan bubar Jumaat, PH tanding solo

Kalau tidak Jumaat, Isnin DUN Negeri Sembilan dijangka bubar

Kalau tidak Jumaat, Isnin DUN Negeri Sembilan dijangka bubar

Perlis terima RM4 juta hasil hubungan baik dengan Persekutuan

Perlis terima RM4 juta hasil hubungan baik dengan Persekutuan

Kemelut SD bekas MB Perlis kembali membara

Kemelut SD bekas MB Perlis kembali membara

Pemandu mabuk bakal berdepan hukuman lebih berat

Pemandu mabuk bakal berdepan hukuman lebih berat

PBAPP laksana tarif baharu air mulai 1 Julai

PBAPP laksana tarif baharu air mulai 1 Julai