Lebih 20 kemalangan kecil di Gua Musang dalam tempoh 24 jam

GUA MUSANG – Lebih 20 kemalangan kecil dilaporkan berlaku sepanjang laluan di Gua Musang sejak semalam, dipercayai akibat faktor kepenatan memandu terlalu lama dan jauh.

Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Sik Choon Foo berkata, kebanyakan kemalangan berlaku di lebuh raya Kuala Lipis, Pahang-Gua Musang, jalan Persekutuan dan negeri di daerah itu.

“Lebih kurang 20 kemalangan dilaporkan berlaku semalam manakala 15 kes kemalangan pula berlaku setakat petang semalam. Bagaimanapun tiada kemalangan maut dilaporkan.

“Cuma pelanggaran kecil antara kenderaan seperti terlanggar bahagian belakang kereta orang lain dan sebagainya,” katanya, lapor Bernama.

Beliau berkata demikian selepas Program Ops Selamat Peringkat Gua Musang dan Majlis Berbuka Puasa di Stesen penguat kuasa Jabatan Pengangkutan Jalan Mentara dekat sini, petang semalam.

Sik berkata, penarikan dilakukan sepanjang 10 hingga 12 kilometer bagi menyuraikan kesesakan di pintu masuk negeri itu secara berkala sejak petang Khamis.

Beliau berkata, sebanyak lima kali penyuraian dilakukan dalam tempoh dua hari dan setiap kali penyuraian memakan masa sehingga satu jam setengah bagi mengurangkan kesesakan di jalan Kuala Lipis-Gua Musang.

“Penarikan trafik dijalankan dengan membuka dua lorong menghala ke bandar Gua Musang, pada masa sama menutup laluan bertentangan buat seketika.

“Itulah jarak penarikan yang perlu kami lakukan supaya terdapat sedikit ruang untuk kenderaan masuk ke Kelantan.

“Kami akan laksanakan sekali atau dua kali lagi penyuraian trafik untuk memastikan rakyat dapat balik beraya di kampung halaman masing-masing,” katanya.

Beliau turut mencadangkan pengguna jalan raya supaya menggunakan alternatif lain seperti Lebuhraya Pantai Timur, Lebuhraya Timur Barat dan Simpang Pulai, Perak untuk mengelakkan kesesakan masuk ke negeri berkenaan.

Related Posts

Rangka disyaki tulang manusia ditemukan dalam guni di kebun

KANGAR – Satu bungkusan guni reput yang disyaki mengandungi rangka manusia ditemukan di sebuah kebun berhampiran sebuah kilang di Behor Mali, di sini, pagi tadi. Ketua Polis Daerah Kangar, Asisten…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kemalangan empat motosikal ragut nyawa pelajar politeknik

ARAU – Seorang pelajar politeknik maut selepas motosikal yang ditungganginya terbabit dalam kemalangan membabitkan empat motosikal di Jalan Changlun, Kuala Perlis berhampiran Kampung Banat, awal pagi tadi. Mangsa berusia 19…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pengundi nilailah ‘drama’ politik BN dan PN – Aminuddin

Pengundi nilailah ‘drama’ politik BN dan PN – Aminuddin

Anthony Menteri Besar Negeri Sembilan, Asyraf Wajdi terdesak hingga sanggup ‘tunggang’ politik kebencian

Anthony Menteri Besar Negeri Sembilan, Asyraf Wajdi terdesak hingga sanggup ‘tunggang’ politik kebencian

Tabung Haji bukan sekadar institusi simpanan, pikul amanah umat Islam – Sany Hamzan

Tabung Haji bukan sekadar institusi simpanan, pikul amanah umat Islam – Sany Hamzan

Rangka disyaki tulang manusia ditemukan dalam guni di kebun

Rangka disyaki tulang manusia ditemukan dalam guni di kebun

Kemalangan empat motosikal ragut nyawa pelajar politeknik

Kemalangan empat motosikal ragut nyawa pelajar politeknik

Sany Hamzan bidas Sanusi, politik matang perlu jadi budaya baharu

Sany Hamzan bidas Sanusi, politik matang perlu jadi budaya baharu