Al-Sultan Abdullah nasihat orang ramai pulang beraya sabar, pandu cermat

KUANTAN – Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menasihati orang ramai, terutamanya mereka yang memandu pulang sempena Hari Raya, agar sentiasa bersabar dan berhemah di jalan raya.

Al-Sultan Abdullah menerusi hantaran di Facebook Kesultanan Pahang mengingatkan pengguna jalan raya sentiasa mengutamakan keselamatan ketika memandu, selain merancang perjalanan dengan baik bagi mengelakkan tekanan dan keletihan sepanjang perjalanan jauh.

“Saya menyeru kepada semua pengguna jalan raya supaya bersabar, mematuhi peraturan lalu lintas serta memastikan kenderaan berada dalam keadaan baik sebelum memulakan perjalanan.

“Keselamatan hendaklah diutamakan agar semua dapat tiba ke destinasi dengan selamat,” titah baginda.

Menurut hantaran itu, baginda berkenan meninjau dari udara aliran trafik dari Lembah Klang menuju ke Pantai Timur yang mengalami kesesakan sejak semalam berikutan orang ramai mula pulang ke kampung halaman bagi menyambut Aidilfitri.

Pada masa sama, Sultan Pahang turut mendoakan agar semua rakyat yang pulang ke kampung halaman dipermudahkan urusan dan selamat tiba untuk menyambut Aidilfitri dalam suasana penuh kegembiraan dan keberkatan.

Dalam perkembangan lain, Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, kerajaan negeri menyediakan kemudahan Rehat dan Rawat (R&R) sementara di laluan Lingkaran Tengah Utama, khususnya menjelang peningkatan aliran trafik sempena musim perayaan dan cuti umum.

Beliau berkata, langkah proaktif itu diambil bagi memastikan pengguna jalan raya tetap mendapat kemudahan asas yang selesa dan selamat sepanjang perjalanan mereka.

“Inisiatif ini merupakan kesinambungan usaha yang telah dilaksanakan tahun lepas, dengan penambahbaikan dari segi penyediaan kemudahan, penyelenggaraan serta tahap kebersihan,” katanya dalam kenyataan.

Wan Rosdy turut menasihati pengguna jalan raya agar menggunakan kemudahan disediakan sebaiknya dengan menjaga kebersihan, tidak membuang sampah merata-rata serta mematuhi disiplin semasa berada di kawasan R&R.

Terdahulu, Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad mengumumkan umat Islam di Malaysia akan menyambut Aidilfitri pada Sabtu, 21 Mac.

b

Related Posts

Kampung Siaga 221 perkasa kesiapsiagaan komuniti hadapi bencana

KOTA KINABALU – Program Kampung (Kg) Siaga 221 yang dilaksanakan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) penting dalam meningkatkan kesedaran dan kesiapsiagaan komuniti kampung menghadapi kemungkinan berlakunya bencana. Menteri di Jabatan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Lapan lori, kereta atas tongkang di Kuala Kedah terbakar

ALOR SETAR – Tujuh lori dan sebuah kereta terbakar dalam kejadian di atas sebuah tongkang di Jeti Kargo Kuala Kedah, dekat sini, malam semalam. Kebakaran itu melibatkan lori jenis Isuzu,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Tempoh idah PRU16 belum sampai

Tempoh idah PRU16 belum sampai

Chelsea gagal raih tiga mata, seri 2-2 lawan Hull

Chelsea gagal raih tiga mata, seri 2-2 lawan Hull

Anwar sambut baik pertemuan dengan Mufti Besar India di Keralam

Anwar sambut baik pertemuan dengan Mufti Besar India di Keralam

Kampung Siaga 221 perkasa kesiapsiagaan komuniti hadapi bencana

Kampung Siaga 221 perkasa kesiapsiagaan komuniti hadapi bencana

Semikonduktor lonjak kerjasama industri Malaysia-India

Semikonduktor lonjak kerjasama industri Malaysia-India

Malaysia perluas pasaran Afrika menerusi kerjasama Ethiopia

Malaysia perluas pasaran Afrika menerusi kerjasama Ethiopia