Harimau Malaya pilih Thailand lokasi latihan

SESI latihan selama empat hari di Bangkok, Thailand menjadi antara persiapan Harimau Malaya bagi menghadapi aksi terakhir Kumpulan F kelayakan Piala Asia 2027 berdepan Vietnam, 31 Mac ini.

Berdasarkan kenyataan media Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), skuad kendalian Peter Cklamovski akan menjalani latihan pusat bermula Isnin ini di Kuala Lumpur diikuti sesi latihan di Bangkok bermula 24 hingga 27 Mac sebelum berlepas ke Nam Dinh, Vietnam pada 28 Mac.

“Latihan pusat di Kuala Lumpur dan Bangkok diadakan sebagai persiapan menghadapi Vietnam bagi aksi timbal balik Kumpulan F, Kelayakan Piala Asia 2027 yang dijadualkan berlangsung pada 31 Mac di Stadium Thien Truong, Nam Dinh,” menurut kenyataan itu, seperti dilapor Berita Harian.

Terdahulu, skuad kebangsaan menerusi laman Facebook, Malaysia NT mengumumkan senarai 28 pemain dipanggil Cklamovski ke kem latihan pusat Harimau Malaya.

Pengendali dari Australia itu mengekalkan 22 pemain dari skuad menentang Nepal bagi aksi kelayakan Piala Asia 2027 pada 18 November lalu dan membawa masuk dua muka baru iaitu Muhammad Feroz Baharudin dan Muhammad Syahmi Safari.

Cklamovski juga memanggil penjaga gol skuad B-23, Muhammad Haziq Aiman Mohd Esa yang diletakkan di bawah program Pembangunan Penjaga Gol.

Sementara itu, 13 pemain termasuk penyerang naturalisasi, Jordan Mintah diletakkan dalam senarai bersedia, jika terdapat perubahan dalam senarai 28 pemain.

Aksi berdepan Vietnam menjadi perlawanan pelengkap jadual selepas impian Harimau Malaya merebut tiket ke pusingan akhir Piala Asia 2027 sudah musnah.

Ia susulan hukuman dikenakan Jawatankuasa Tatatertib dan Etika Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) yang membatalkan keputusan dua aksi Malaysia menentang Nepal dan Vietnam sebelum ini kerana isu pemalsuan dokumen tujuh pemain.

Keputusan dibuat Jawatankuasa Tatatertib dan Etika AFC itu turut mengesahkan Vietnam muncul juara kumpulan dan layak ke pusingan akhir Piala Asia 2027 di Arab Saudi.

Related Posts

Kampung Siaga 221 perkasa kesiapsiagaan komuniti hadapi bencana

KOTA KINABALU – Program Kampung (Kg) Siaga 221 yang dilaksanakan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) penting dalam meningkatkan kesedaran dan kesiapsiagaan komuniti kampung menghadapi kemungkinan berlakunya bencana. Menteri di Jabatan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Lapan lori, kereta atas tongkang di Kuala Kedah terbakar

ALOR SETAR – Tujuh lori dan sebuah kereta terbakar dalam kejadian di atas sebuah tongkang di Jeti Kargo Kuala Kedah, dekat sini, malam semalam. Kebakaran itu melibatkan lori jenis Isuzu,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Anwar sambut baik pertemuan dengan Mufti Besar India di Keralam

Anwar sambut baik pertemuan dengan Mufti Besar India di Keralam

Kampung Siaga 221 perkasa kesiapsiagaan komuniti hadapi bencana

Kampung Siaga 221 perkasa kesiapsiagaan komuniti hadapi bencana

Semikonduktor lonjak kerjasama industri Malaysia-India

Semikonduktor lonjak kerjasama industri Malaysia-India

Malaysia perluas pasaran Afrika menerusi kerjasama Ethiopia

Malaysia perluas pasaran Afrika menerusi kerjasama Ethiopia

Anwar seru diplomasi, elak ketegangan berterusan di Asia Barat

Anwar seru diplomasi, elak ketegangan berterusan di Asia Barat

Jangan sekadar berkokok, kalau berani tarik sokongan

Jangan sekadar berkokok, kalau berani tarik sokongan