Ketua keluarga Orang Asli muslim Batu 14 terima sumbangan Aidilfitri

KUANTAN – Komuniti Orang Asli di sekitar Kampung Orang Asli Batu 14, dekat sini menerima sumbangan Aidilfitri dalam satu majlis ringkas di surau kampung berkenaan, petang tadi.

Sumbangan itu adalah hasil inisiatif pejabat Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Lepar dalam kawasan Parlimen Paya Besar.

Penyelaras DUN Lepar, Mustaqim Zakaria berkata, pemilihan untuk keluarga yang layak dilakukan barisan pemimpin setempat.

“Ini adalah antara usaha pihak kami di pejabat Penyelaras DUN Lepar dan ia adalah bertujuan untuk meringankan bebanan mereka.

“Dalam masa sama, ia menunjukkan keprihatinan kerajaan negeri dalam membela nasib semua penduduk di Pahang, tanpa mengira mereka dari komuniti mana,” katanya.

Dalam pada itu, Mustaqim memaklumkan selain sumbangan disampaikan petang tadi, pihaknya juga menyalurkan pelbagai lagi bantuan kepada penduduk sekitar kawasan DUN Lepar sepanjang Ramadan.

Katanya, berbaki beberapa hari lagi menjelang sambutan Aidilfitri, beliau berharap semua pihak dapat menghayati segala pengorbanan dilakukan sepanjang bulan Ramadan.

“Paling penting adalah kekuatan hubungan rapat antara komuniti dapat terus dipertahankan.

“Semoga Ramadan dan seterusnya kedatangan Aidilfitri dapat membawa segala kebaikan kepada semua pihak,” jelasnya.

Related Posts

Enam pendaki hilang di Gunung Gerah disahkan selamat

GERIK – Enam peserta Ekspedisi Trans Gerah yang dilaporkan hilang ketika merentasi tiga puncak gunung di Banjaran Titiwangsa, disahkan selamat pada petang Isnin. Ketua Polis Daerah Gerik, Superintendan Abdul Samad…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Siap siaga, turun padang dekati masyarakat – Rajesh

LAHAD DATU – Jentera Gagasan Rakyat Lahad Datu diseru sentiasa berada dalam keadaan siap siaga dan turun padang mendekati masyarakat sebagai persediaan mendepani Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16) akan datang. Ketua Bahagian…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Ketelusan tawaran gaji sedang dikaji Kementerian Ekonomi

Ketelusan tawaran gaji sedang dikaji Kementerian Ekonomi

Enam pendaki hilang di Gunung Gerah disahkan selamat

Enam pendaki hilang di Gunung Gerah disahkan selamat

Penyelesaian yang gagal bila retorik politik bertembung dengan data

Penyelesaian yang gagal bila retorik politik bertembung dengan data

Siap siaga, turun padang dekati masyarakat – Rajesh

  • By Ezmie
  • September 7, 2026
Siap siaga, turun padang dekati masyarakat – Rajesh

Pelajar mangsa kebakaran mungkin ditempatkan di asrama

  • By Ithma
  • September 7, 2026
Pelajar mangsa kebakaran mungkin ditempatkan di asrama

Dua beradik antara dituduh bunuh lelaki di ladang kelapa sawit

Dua beradik antara dituduh bunuh lelaki di ladang kelapa sawit