Malaysia bangkit, Terengganu masih terperangkap

KETIKA ekonomi dunia bergelut dengan ketidaktentuan geopolitik dan tekanan inflasi global, Malaysia di bawah kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menunjukkan tanda pemulihan yang semakin kukuh.

Data terkini menunjukkan pelaburan yang diluluskan melonjak sebanyak 13.2 peratus dengan nilai mencecah RM285.2 bilion, menandakan keyakinan pelabur terhadap kestabilan ekonomi negara semakin pulih. Dalam masa yang sama, kadar inflasi berjaya dikawal sekitar 1.6 peratus, manakala ringgit kembali stabil sekitar RM3.88 berbanding dolar Amerika Syarikat, antara yang paling stabil di Asia ketika ini.

Pertumbuhan KDNK Malaysia juga mencapai 6.3 peratus pada suku keempat 2025, satu pencapaian yang mengesahkan bahawa agenda reformasi ekonomi yang dibawa oleh Kerajaan MADANI bukan sekadar retorik politik, tetapi menghasilkan impak nyata kepada ekonomi negara.

Namun gambaran yang berbeza dapat dilihat di Terengganu.
Walaupun negeri itu diperintah lebih sedekad oleh Pas, prestasi ekonominya masih ketinggalan. Data menunjukkan KDNK per kapita negeri itu hanya meningkat sekitar 8.6 peratus dalam tempoh tujuh tahun, jauh lebih perlahan berbanding banyak negeri lain di Malaysia.

Lebih membimbangkan, hasil negeri dilaporkan jatuh sekitar 7 peratus, manakala kebergantungan kepada Kerajaan Persekutuan mencecah 87 peratus daripada keseluruhan sumber kewangan negeri.
Hakikat ini menimbulkan persoalan besar: jika model pentadbiran Pas begitu berjaya seperti yang sering dicanangkan, mengapa ekonomi negeri masih gagal berkembang secara mampan?

Realitinya, pembangunan negeri memerlukan kepimpinan yang bukan sahaja pandai berpolitik, tetapi juga mampu merancang ekonomi secara strategik, menarik pelaburan dan mencipta peluang pekerjaan.

Apa yang sedang berlaku di Malaysia hari ini menunjukkan bahawa reformasi ekonomi yang dilaksanakan di peringkat Persekutuan sedang menghasilkan hasil yang positif.

Sebaliknya di Terengganu, cabaran ekonomi yang berlarutan menunjukkan bahawa negeri itu memerlukan pendekatan pembangunan yang lebih progresif dan berorientasikan masa depan.

Malaysia kini bergerak ke hadapan.
Persoalannya, sampai bila Terengganu mahu terus ketinggalan?

Related Posts

Fahmi seru semua pihak hayati titah Agong, junjung semangat Rukun Negara

KUALA LUMPUR – Semua pihak termasuk ahli politik perlu menghayati dan menjunjung titah Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim yang mengingatkan rakyat mengenai kepentingan mengamalkan semangat serta nilai Rukun Negara dalam…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Platform media sosial wajib patuhi undang-undang Malaysia – Fahmi

KUALA LUMPUR – Semua platform media sosial yang beroperasi di Malaysia diwajibkan menghormati dan mematuhi undang-undang negara, khususnya yang melibatkan aspek keselamatan serta perlindungan kanak-kanak dalam persekitaran digital. Menteri Komunikasi,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Lelaki OKU mental hilang sejak Sabtu, operasi SAR dilaksana

Lelaki OKU mental hilang sejak Sabtu, operasi SAR dilaksana

Warga emas hilang mencari sarang burung walit belum ditemukan

Warga emas hilang mencari sarang burung walit belum ditemukan

Video viral, dua lelaki disyaki cuba curi kabel Telekom ditahan

Video viral, dua lelaki disyaki cuba curi kabel Telekom ditahan

Empat sekeluarga maut, seorang tercampak atas bumbung kereta dalam nahas lima kenderaan

Empat sekeluarga maut, seorang tercampak atas bumbung kereta dalam nahas lima kenderaan

Fahmi seru semua pihak hayati titah Agong, junjung semangat Rukun Negara

Fahmi seru semua pihak hayati titah Agong, junjung semangat Rukun Negara

Platform media sosial wajib patuhi undang-undang Malaysia – Fahmi

Platform media sosial wajib patuhi undang-undang Malaysia – Fahmi