Kerajaan teliti cadangan WFH, mungkin dibincang dalam mesyuarat khas Kabinet – Fahmi

PUTRAJAYA – Kerajaan akan meneliti cadangan pelaksanaan kerja dari rumah (WFH) termasuk kemungkinan membincangkannya dalam mesyuarat khas Jemaah Menteri yang dijadualkan berlangsung esok.

Jurucakap Kerajaan MADANI, Datuk Fahmi Fadzil berkata, kerajaan maklum bahawa sebahagian syarikat telah melaksanakan kaedah kerja hibrid pasca pandemik dengan melaksanakan pengaturan WFH.

“Di pihak kerajaan, kita akan meneliti kesesuaian ‘work from home’ ini, mungkin akan dibincangkan esok dalam mesyuarat khas.

“Mula-mula kita akan teliti apa keadaan ekonomi dunia. Kita akan teliti dulu angka-angka dan apa tindakan kerajaan,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Perhimpunan Bulanan Kementerian Komunikasi di sini, hari ini.

Fahmi yang juga Menteri Komunikasi berkata demikian ketika diminta mengulas langkah Thailand melaksanakan pengaturan WFH bagi agensi kerajaan dan perusahaan negeri bagi mengurangkan penggunaan tenaga susulan ketegangan geopolitik yang berlarutan di Asia Barat.

Mengulas Mesyuarat Khas Jemaah Menteri yang akan diadakan, beliau berkata, mesyuarat itu bertujuan menyelaraskan tindakan kerajaan berdasarkan maklumat ekonomi terkini.

Beliau berkata, antara perkara yang akan diteliti termasuk perkembangan harga minyak mentah Brent, harga bahan api penerbangan serta beberapa indikator ekonomi lain.

“Dengan maklumat terkini ini, kita akan dapat selaraskan apa tindakan kerajaan, termasuk mengawal dan mengurangkan perbelanjaan yang tidak perlu,” katanya.

Pada masa sama, Fahmi berkata, kerajaan akan memastikan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) terus diberi sokongan memandangkan sektor itu merupakan nadi ekonomi negara, termasuk yang terbabit dalam eksport serta pengeluaran perkhidmatan dan barangan dalam negara.

Beliau berkata, langkah kerajaan termasuk usaha menyokong PMKS akan diputuskan selepas mengambil kira keseluruhan keadaan ekonomi dalam negara.

“Kita tidak mahu ambil tindakan tanpa mengetahui kesan tindakan. Kita tidak mahu merencatkan pertumbuhan,” katanya sambil menegaskan bekalan barangan asas serta bahan api seperti RON95 ketika ini mencukupi dan negara tidak menghadapi sebarang masalah.

Krisis Asia Barat bermula pada 28 Februari lalu apabila Amerika Syarikat (AS) dan Israel menyerang Iran, menyebabkan Iran bertindak balas dengan menyerang kepentingan AS di rantau itu.

Iran kini turut mewajibkan kapal tangki yang menggunakan Selat Hormuz, laluan utama tenaga global, mendapatkan kelulusan daripada negara itu dan berikrar tidak akan membenarkan kapal tangki AS serta sekutunya melalui laluan berkenaan.

Related Posts

Suryady desak tindakan segera tangani isu kekurangan doktor di Sabah

TAWAU – Isu kekurangan pegawai perubatan di Sabah memerlukan penyelesaian menyeluruh dan tidak boleh hanya bergantung kepada penambahan jumlah penempatan di atas kertas, kata Ahli Parlimen Kalabakan, Datuk Andi Muhammad…

Lebih lanjut

teruskan membaca
‎Waspada berita palsu, grafik dimanipulasi berkaitan Belanjawan 2027 – Fahmi ‎

LABUAN – Orang ramai dinasihatkan supaya berwaspada terhadap kemungkinan penyebaran berita palsu dan grafik dimanipulasi menggunakan gambar serta logo organisasi media susulan pembentangan Belanjawan 2027.‎‎Menteri Komunikasi, Datuk Seri Fahmi Fadzil…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Suryady desak tindakan segera tangani isu kekurangan doktor di Sabah

  • By Fatin
  • October 7, 2026
Suryady desak tindakan segera tangani isu kekurangan doktor di Sabah

‎Waspada berita palsu, grafik dimanipulasi berkaitan Belanjawan 2027 – Fahmi ‎

  • By Ezmie
  • October 7, 2026
‎Waspada berita palsu, grafik dimanipulasi berkaitan Belanjawan 2027 – Fahmi ‎

Jalan baharu Sare-Sentebu mudahkan akses, jimatkan masa perjalanan ke Sarikei

Jalan baharu Sare-Sentebu mudahkan akses, jimatkan masa perjalanan ke Sarikei

Wartawan Labuan perlu kaki palsu baharu, terima sumbangan Kasih@HAWANA

  • By Ezmie
  • October 7, 2026
Wartawan Labuan perlu kaki palsu baharu, terima sumbangan Kasih@HAWANA

CCTV sekolah berasrama di Perlis fokus kawasan asrama

CCTV sekolah berasrama di Perlis fokus kawasan asrama

KTC lahirkan 256 graduan mahir dalam tempoh 15 tahun

  • By Ezmie
  • October 7, 2026
KTC lahirkan 256 graduan mahir dalam tempoh 15 tahun