Zuckerberg akui Meta silap percaturan, janji tiada lagi pemberhentian besar-besaran tahun ini

SAN FRANCISCO – Ketua Pegawai Eksekutif Meta, Mark Zuckerberg mengakui syarikat itu telah melakukan beberapa kesilapan dalam proses transformasi tenaga kerja berasaskan kecerdasan buatan (AI).

Memetik Reuters hari ini, Zuckerberg berkata, perubahan pesat dalam teknologi AI membawa cabaran besar kepada organisasi, sekali gus menyebabkan beberapa keputusan yang diambil tidak berjalan seperti yang dirancang.

Beliau bagaimanapun memberi jaminan bahawa Meta akan berusaha memastikan kestabilan organisasi di tengah-tengah perubahan yang sedang berlaku.

“Saya tidak mahu menjanjikan sesuatu secara berlebihan kerana dunia sedang berubah dengan cara yang berada di luar kawalan kita,” katanya dalam memo tersebut.

Dalam memo sama, Zuckerberg menegaskan Meta tidak menjangkakan sebarang lagi pemberhentian pekerja secara besar-besaran pada tahun ini.

Pada Mei lalu, syarikat induk Facebook itu melaksanakan penstrukturan semula besar-besaran dengan memberhentikan 10 peratus tenaga kerja globalnya, selain memindahkan 7,000 pekerja ke inisiatif baharu berkaitan pembangunan dan operasi AI.

Menurut Zuckerberg, Meta akan cuba menempatkan semula pekerja yang sebelum ini ditugaskan melatih model AI ke jawatan-jawatan baharu dalam syarikat.

“Dengan mewujudkan peranan penting yang baharu, kami dapat mengecilkan saiz sesetengah pasukan sambil mengekalkan fleksibiliti untuk memindahkan semula kakitangan jika terdapat kesilapan dalam pelaksanaan,” katanya.

Zuckerberg juga mengakui terdapat kebimbangan dalam kalangan pekerja mengenai peningkatan skop penyeliaan pengurus dan berkata Meta akan mengurangkan amalan tersebut.

Unit baharu Applied AI Engineering yang ditubuhkan Meta dilaporkan menggunakan struktur organisasi yang lebih mendatar dengan nisbah sehingga 50 pekerja kepada seorang pengurus.

Related Posts

Proses bina semula Gaza perlu disegerakan

NEW YORK – Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan, menegaskan dunia mesti segera memulakan pembinaan semula Semenanjung Gaza yang musnah akibat serangan berterusan Israel. “Kita mesti memulakan pembinaan semula Semenanjung Gaza…

Lebih lanjut

teruskan membaca
AS arah operasi semua syarikat penerbangan Iran dihentikan mulai 23 September

WASHINGTON – Semua operasi syarikat penerbangan Iran di seluruh dunia akan dihentikan mulai 23 September ini, menurut Setiausaha Perbendaharaan Amerika Syarikat (AS), Scott Bessent. CNBC melaporkan pada Isnin bahawa Bessent…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Gempa bumi lemah magnitud 3.3 gegar Kuamut

  • By Fandi
  • September 26, 2026
Gempa bumi lemah magnitud 3.3 gegar Kuamut

Kerajaan Persekutuan tidak campur urusan diraja Negeri Sembilan – Anwar

Kerajaan Persekutuan tidak campur urusan diraja Negeri Sembilan – Anwar

City bersalah 114 tuduhan dikemukakan EPL

City bersalah 114 tuduhan dikemukakan EPL

Kerajaan pertimbang kembalikan status Langkawi pulau bebas cukai – PM Anwar

Kerajaan pertimbang kembalikan status Langkawi pulau bebas cukai – PM Anwar

Kes seleweng KLVC: Dua bekas pengurusan tertinggi FELDA dituduh minggu depan

Kes seleweng KLVC: Dua bekas pengurusan tertinggi FELDA dituduh minggu depan

Kerajaan tambah peruntukan usahawan kecil dalam Belanjawan 2027

Kerajaan tambah peruntukan usahawan kecil dalam Belanjawan 2027