WAK Sibu 2026 satukan komuniti menerusi keharmonian seni, budaya

Oleh: Eveline dan Nana Mohamad

SIBU – Kemeriahan seni dan budaya tempatan kembali mewarnai Sarawak apabila Festival WAK Sibu 2026 membuka tirainya secara rasmi di Pusat Warisan Sibu bermula 12 hingga 14 Jun ini. 

Menampilkan tema ‘Merayakan Kita – Masyarakat Melanau’, acara pembukaan malam tadi memukau khalayak menerusi alunan muzik serta lenggok tarian tradisional yang mengangkat keunikan warisan etnik Melanau kepada audiens yang lebih luas.

Ahli Majlis Perbandaran Sibu, Michelle Law menyifatkan, acara yang berlangsung selama tiga hari itu bukan sekadar medan hiburan, sebaliknya berperanan sebagai nadi penggerak kelestarian budaya dan landskap ekonomi. 

“Festival berkenaan sebagai cerminan tenaga, kreativiti serta semangat masyarakat setempat yang sentiasa berkembang maju.

“Program itu menyediakan ruang eksklusif kepada masyarakat untuk berkumpul, berinteraksi dan meraikan identiti bersama di samping memacu pembangunan ekonomi kreatif di bandar tersebut,” katanya di sini.

Beliau berkata demikian ketika membaca teks ucapan mewakili Pengerusi Majlis Perbandaran Sibu, Clarence Ting Ing Horh.

Selain itu festival terbabit turut berteraskan konsep utama ‘Daripada Komuniti, Untuk Komuniti’, penganjuran WAK Sibu kali ini memfokuskan kepada pemerkasaan penglibatan komuniti dalam kelangsungan aktiviti seni. 

Pengarah Festival WAK Sibu, Donald Tan berkata, kejayaan merealisasikan acara tersebut menjadi bukti kukuh terhadap kekuatan kerjasama penduduk dalam usaha memelihara identiti tempatan.

Tambah beliau, festival berkenaan adalah hak mutlak masyarakat Sibu yang berfungsi sebagai platform terbaik bagi memperlihatkan semangat kebersamaan dan kekayaan budaya komuniti setempat kepada dunia luar.

Selain menumpukan perhatian kepada komuniti Melanau, kelainan malam perasmian itu turut diserikan dengan persembahan kebudayaan berskala besar. Pengunjung disajikan dengan persembahan bertajuk Citra Malaysia ‘Colours of Malaysia – Pirin Kamek’ yang dianjurkan oleh Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) Sarawak. 

Elemen tambahan ini melengkapkan intipati perayaan dengan mengetengahkan kepelbagaian warisan seni dan budaya negara secara harmoni.

Secara keseluruhannya, penganjuran Festival WAK Sibu 2026 membuktikan bahawa inisiatif berteraskan kebudayaan mampu menjadi jambatan perpaduan yang utuh. 

Melalui gabungan aktiviti seni kreatif dan program komuniti, festival ini dijangka bukan sahaja dapat menarik kehadiran pelancong dari dalam mahupun luar Sarawak, tetapi turut meninggalkan legasi penting dalam mendidik masyarakat. 

Sokongan berterusan terhadap platform berteraskan akar umbi seumpama ini amat kritikal bagi memastikan identiti pelbagai etnik kekal dipertahankan demi tatapan generasi akan datang.

Foto: TVS

Related Posts

Guna mata pukat kurang 38 milimeter, vesel pukat tunda ditahan

LUMUT – Tindakan sebuah vesel pukat tunda Kelas C menggunakan mata pukat berukuran kurang daripada 38 milimeter membawa padah apabila ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) di perairan Pulau…

Lebih lanjut

teruskan membaca
SWCS rayu KPDN pertimbang kelayakan subsidi bahan api kenderaan kebajikan

KUCHING – Majlis Kebajikan Sosial Sarawak (SWCS) merayu Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) agar menyemak semula kelayakan kenderaan institusi kebajikan di bawah program subsidi bahan api…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pertemuan diplomat AS dengan pembangkang perkara biasa dalam diplomasi – Penganalisis

Pertemuan diplomat AS dengan pembangkang perkara biasa dalam diplomasi – Penganalisis

Guna mata pukat kurang 38 milimeter, vesel pukat tunda ditahan

Guna mata pukat kurang 38 milimeter, vesel pukat tunda ditahan

Penjawat awam diingatkan tidak sambil lewa, terus tingkat keberkesanan – PM

Penjawat awam diingatkan tidak sambil lewa, terus tingkat keberkesanan – PM

SWCS rayu KPDN pertimbang kelayakan subsidi bahan api kenderaan kebajikan

SWCS rayu KPDN pertimbang kelayakan subsidi bahan api kenderaan kebajikan

Keharmonian muafakat Jemaah Menteri di tahap baik – PMX

Keharmonian muafakat Jemaah Menteri di tahap baik – PMX

RM454 juta memang rekod, tetapi jangan hilangkan RM1.9 bilion daripada cerita

RM454 juta memang rekod, tetapi jangan hilangkan RM1.9 bilion daripada cerita