
AMERIKA Syarikat (AS) memulakan kempen Piala Dunia 2026 dengan langkah bergaya apabila menundukkan Paraguay 4-1 pada aksi kumpulan D yang berlangsung di Los Angeles Stadium, pagi tadi.
Keputusan itu juga menyaksikan buat pertama kali dalam sejarah Piala Dunia skuad AS menjaringkan empat gol dalam satu perlawanan.
Aksi kemas di 45 minit awal jelas memberikan kelebihan buat AS apabila tiga daripada empat gol dihasilkan pada babak pertama.
Paraguay dibimbing Gustavo Alfaro cuba bangkit pada babak kedua dengan mempamerkan aksi lebih menekan Amerika.
Usaha mereka membuahkan hasil pada minit ke-73 apabila Mauricio berjaya merapatkan jurang dengan percubaan dalam kawasan penalti yang membolosi gawang Amerika Syarikat hasil lorongan Julio Enciso.
Jaringan itu bagaimanapun tidak mampu menyemarakkan lagi api perjuangan Paraguay untuk menambah jaringan.
Sebaliknya Amerika memperoleh jaringan keempat pada minit ke-98 menerusi Giovanni Reyna untuk mengesahkan kemenangan 4-1 buat mereka.




