Pelajar Kolej Vokasional maut terkena sabit pekerja ladang sawit

TELUK INTAN – Seorang pelajar Kolej Vokasional Teluk Intan maut selepas dipercayai terkena sebilah sabit berhulu panjang yang dibawa pekerja ladang sawit warga asing ketika menunggang motosikal bersama rakannya dalam kejadian di Kampung Selabak di sini, pagi Isnin.

Mangsa, Adham Faisal, 18, merupakan pelajar Sijil Vokasional Malaysia (SVM) semester empat dalam bidang Agroindustri Ternakan Poltri dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah pada bahagian leher.

Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Dr Bakri Zainal Abidin berkata, ketika kejadian mangsa menunggang motosikal bersama seorang rakan lelaki berusia 17 tahun yang membonceng.

Menurutnya, siasatan awal mendapati mangsa dipercayai terkena sabit berhulu panjang yang dibawa seorang lelaki ketika kedua-dua motosikal berada berhampiran antara satu sama lain di atas jalan raya.

“Kejadian itu menyebabkan mangsa mengalami kecederaan parah pada bahagian leher sebelum terjatuh daripada motosikal dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Beliau berkata, rakan mangsa yang membonceng motosikal tersebut turut mengalami kecederaan pada bahagian tangan dan kini sedang menerima rawatan lanjut di hospital.

Susulan kejadian itu, polis menahan dua lelaki warga asing masing-masing berusia 39 dan 52 tahun bagi membantu siasatan.

Tambah beliau, pihak polis turut merampas beberapa barangan yang dipercayai mempunyai kaitan dengan kejadian itu termasuk sebilah sabit berhulu panjang serta sebuah motosikal.

Kes disiasat di bawah Seksyen 304(a) Kanun Keseksaan kerana menyebabkan kematian tanpa niat membunuh.

“Kedua-dua suspek akan dibawa ke Mahkamah Majistret Teluk Intan bagi permohonan reman untuk membantu siasatan lanjut,” katanya.

Orang awam yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian itu juga diminta tampil menyalurkan maklumat kepada pihak polis bagi membantu siasatan.

Related Posts

Belanjawan 2027: Kebajikan OKU, pendidikan khas, keluarga, pesawah terus dibela – Rohani

KUCHING – Peruntukan RM1.5 bilion bagi bantuan orang kurang upaya (OKU) serta penambahbaikan sokongan pendidikan khas dalam Belanjawan 2027 mencerminkan komitmen kerajaan memastikan golongan itu dan keluarga mereka terus mendapat…

Lebih lanjut

teruskan membaca
TAVIS sahut aspirasi Belanjawan 2027, perkasa pendidikan digital

USAHA memperkasakan pendidikan digital selari dengan aspirasi Belanjawan MADANI 2027 turut mendapat sokongan menerusi inisiatif TAVIS Education yang menyediakan kemudahan pembelajaran secara percuma bagi membantu pelajar menguasai pelajaran dengan lebih…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Belanjawan 2027: Kebajikan OKU, pendidikan khas, keluarga, pesawah terus dibela – Rohani

Belanjawan 2027: Kebajikan OKU, pendidikan khas, keluarga, pesawah terus dibela – Rohani

PN gagal tangguh tindakan penggantungan aktiviti oleh ROS

PN gagal tangguh tindakan penggantungan aktiviti oleh ROS

TAVIS sahut aspirasi Belanjawan 2027, perkasa pendidikan digital

TAVIS sahut aspirasi Belanjawan 2027, perkasa pendidikan digital

Markas 13 Briged Infantri dirancang berpindah ke Tawau

  • By Fatin
  • October 13, 2026
Markas 13 Briged Infantri dirancang berpindah ke Tawau

Kualiti udara tidak sihat, sekolah seluruh Tawau tutup esok

  • By Fatin
  • October 13, 2026
Kualiti udara tidak sihat, sekolah seluruh Tawau tutup esok

Misteri rangka manusia dalam dua guni, buruh Rohingya direman tujuh hari

Misteri rangka manusia dalam dua guni, buruh Rohingya direman tujuh hari