Waris mangsa kebakaran Ulu Dong bakal terima RRP

KUANTAN – Kerajaan Pahang sedia membina Rumah Rakyat Pahang (RRP) untuk waris kepada lima sekeluarga yang maut dalam kebakaran di Ulu Dong, dekat Raub, hujung bulan lalu.

Perkara itu diumumkan Exco Kerajaan Tempatan, Perumahan, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau Pahang, Datuk Mohammad Fakhruddin Mohd Ariff.

Beliau berkata, pembinaan RRP itu akan disegerakan selaras dengan titah Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

“Perkara ini akan diberi keutamaan seperti dihasratkan Tuanku Sultan Pahang dan kita akan kenal pasti tapak bersesuaian bagi tujuan itu.

“Mengenai tempoh untuk menyiapkan pembinaan RRP ini, ia akan disegerakan… biasanya untuk (pembinaan) RRP tidak mengambil masa yang lama (untuk disiapkan),” katanya.

Beliau berkata demikian ketika sidang media selepas Majlis Pelancaran Kempen Keselamatan Kebakaran Sempena Aidilfitri di sini, petang semalam.

Turut hadir Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Datuk Mohd Razam Taja Rahim dan Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Perumahan dan Hartanah Pahang (LPHP), Datuk Ahmad Islanizam A Halim.

Pada majlis itu JBPM Pahang menerima dua jentera baharu sumbangan Alliance Steel Sdn Bhd.

Mengulas lanjut mengenai pembinaan RRP, Mohammad Fakhruddin memaklumkan proses pembinaan projek itu akan diselaraskan LPHP sebaik tapak bersesuaian dikenal pasti.

Untuk rekod, projek RRP adalah inisiatif kerajaan Pahang dalam menyediakan rumah percuma kepada rakyat di negeri ini yang layak.

Kos bagi pembinaan RRP dianggarkan antara RM75,000 hingga RM80,000 dan dibiayai sepenuhnya kerajaan Pahang.

Sementara itu, Mohammad Fakhruddin menjelaskan kerajaan Pahang sedang mempertimbangkan untuk menyediakan kemudahan alat pemadam api untuk setiap unit kediaman dibina menerusi program diperkenalkan kerajaan negeri.

“Kalau ada orang tanya penting atau tidak setiap rumah ada alat pemadam api, ya memang penting kerana kita boleh lihat jika berlaku kebakaran, alat ini adalah paling berguna sementara menunggu bantuan tiba.

“Jadi kita sedang pertimbangkan, pada masa akan datang kita akan lihat mengenai keperluan untuk memberikan juga alat pemadam api kepada pemilik unit kediaman yang dibina oleh kerajaan Pahang,” jelasnya.

Related Posts

Imigresen mohon orang ramai kesan wanita asal Semporna bantu siasatan

SEMPORNA – Jabatan Imigresen Malaysia memohon bantuan orang ramai untuk mengesan seorang wanita yang dikehendaki bagi membantu siasatan yang dijalankan oleh Cawangan Siasatan, Bahagian Penguatkuasaan, Ibu Pejabat Jabatan Imigresen Malaysia…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Generasi muda Malaysia berupaya jadi inovator bertaraf dunia – Rina

TAWAU – Generasi muda Malaysia berupaya muncul sebagai inovator bertaraf dunia dengan memperkukuh pendidikan berteraskan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM). Pembantu Menteri Wanita, Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat Sabah, Datuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Imigresen mohon orang ramai kesan wanita asal Semporna bantu siasatan

Imigresen mohon orang ramai kesan wanita asal Semporna bantu siasatan

Generasi muda Malaysia berupaya jadi inovator bertaraf dunia – Rina

Generasi muda Malaysia berupaya jadi inovator bertaraf dunia – Rina

Kerajaan perhebat langkah perkukuh sistem agromakanan negara

Kerajaan perhebat langkah perkukuh sistem agromakanan negara

Slogan ‘Asalkan Bukan PH-DAP’ cetus politik berasaskan kelompok – Tajuddin

Slogan ‘Asalkan Bukan PH-DAP’ cetus politik berasaskan kelompok – Tajuddin

Trump umum akan serang Iran dalam tempoh 48 jam

Trump umum akan serang Iran dalam tempoh 48 jam

RMK13 fokus tingkat pendapatan, tangani fenomena ‘working poor’ – Menteri Ekonomi

RMK13 fokus tingkat pendapatan, tangani fenomena ‘working poor’ – Menteri Ekonomi