Misteri rangka manusia dalam dua guni, buruh Rohingya direman tujuh hari

KANGAR – Siasatan kes pembunuhan susulan penemuan tulang manusia dalam dua guni di Kampung Behor Mali, Simpang Empat pada Julai dan Ogos lalu menyaksikan perkembangan baharu apabila seorang buruh kontrak etnik Rohingya ditahan polis.

Lelaki warga Myanmar berusia 38 tahun itu direman selama tujuh hari bermula hari ini sehingga 19 Oktober bagi membantu siasatan kes berkenaan.

Perintah reman dikeluarkan Majistret Nurul Natasha Rizal di Kompleks Mahkamah Kangar di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Kangar, Asisten Komisioner Yusharifuddin Mohd Yusop berkata, suspek yang juga pemegang kad Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) ditahan kira-kira pukul 12 tengah hari semalam.

Menurutnya, lelaki itu ditahan di sebuah rumah di Kampung Behor Rotan Pahit, Sungai Berembang, Kuala Perlis bagi membantu siasatan kes yang diklasifikasikan sebagai pembunuhan.

“Setakat ini, tiada sebarang pengakuan diperoleh daripada suspek. Suspek menyatakan bahawa dia hanya mengetahui tentang kejadian tersebut melalui kumpulan sembang WhatsApp sahaja,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Yusharifuddin berkata, siasatan awal mendapati suspek bekerja sebagai buruh kontrak dan pernah melakukan kerja di sekitar Sungai Limau serta Kota Sarang Semut, Kedah sejak dua bulan lalu.

Katanya, polis turut merampas sebuah telefon bimbit jenis Oppo Reno8 5G dan sekeping kad SIM milik suspek bagi membantu siasatan lanjut.

“Ujian saringan awal air kencing suspek didapati negatif dadah, namun semakan mendapati lelaki itu mempunyai satu rekod kesalahan lampau berkaitan dadah mengikut Seksyen 39A(1) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang direkodkan di Simpang Empat pada 2022,” katanya.

Menurutnya, siasatan lanjut masih dijalankan bagi mengenal pasti kaitan suspek dengan penemuan tulang manusia terbabit dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Dalam kejadian pada 26 Julai lalu, seorang pemilik kebun menemukan sebuah guni putih yang sudah reput dipercayai mengandungi rangka manusia ketika menjalankan kerja meracun rumpai di sebuah kebun berhadapan kilang beras di Kampung Behor Mali.

Penemuan sekitar pukul 10.20 pagi itu membawa kepada siasatan polis sebelum rangka berkenaan disahkan sebagai tulang manusia.

Pada 5 Ogos lalu, satu lagi guni mengandungi tulang manusia ditemukan di kawasan berhampiran bersama beberapa barangan termasuk seluar dalam, seluar pendek dan tali pinggang.

Susulan penemuan kedua itu, polis mengklasifikasikan kes berkenaan sebagai kes bunuh dan menjalankan siasatan bagi mengenal pasti individu yang terlibat.

Related Posts

Belanjawan 2027: Kebajikan OKU, pendidikan khas, keluarga, pesawah terus dibela – Rohani

KUCHING – Peruntukan RM1.5 bilion bagi bantuan orang kurang upaya (OKU) serta penambahbaikan sokongan pendidikan khas dalam Belanjawan 2027 mencerminkan komitmen kerajaan memastikan golongan itu dan keluarga mereka terus mendapat…

Lebih lanjut

teruskan membaca
TAVIS sahut aspirasi Belanjawan 2027, perkasa pendidikan digital

USAHA memperkasakan pendidikan digital selari dengan aspirasi Belanjawan MADANI 2027 turut mendapat sokongan menerusi inisiatif TAVIS Education yang menyediakan kemudahan pembelajaran secara percuma bagi membantu pelajar menguasai pelajaran dengan lebih…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Belanjawan 2027: Kebajikan OKU, pendidikan khas, keluarga, pesawah terus dibela – Rohani

Belanjawan 2027: Kebajikan OKU, pendidikan khas, keluarga, pesawah terus dibela – Rohani

PN gagal tangguh tindakan penggantungan aktiviti oleh ROS

PN gagal tangguh tindakan penggantungan aktiviti oleh ROS

TAVIS sahut aspirasi Belanjawan 2027, perkasa pendidikan digital

TAVIS sahut aspirasi Belanjawan 2027, perkasa pendidikan digital

Markas 13 Briged Infantri dirancang berpindah ke Tawau

  • By Fatin
  • October 13, 2026
Markas 13 Briged Infantri dirancang berpindah ke Tawau

Kualiti udara tidak sihat, sekolah seluruh Tawau tutup esok

  • By Fatin
  • October 13, 2026
Kualiti udara tidak sihat, sekolah seluruh Tawau tutup esok

Misteri rangka manusia dalam dua guni, buruh Rohingya direman tujuh hari

Misteri rangka manusia dalam dua guni, buruh Rohingya direman tujuh hari