TAVIS sahut aspirasi Belanjawan 2027, perkasa pendidikan digital

USAHA memperkasakan pendidikan digital selari dengan aspirasi Belanjawan MADANI 2027 turut mendapat sokongan menerusi inisiatif TAVIS Education yang menyediakan kemudahan pembelajaran secara percuma bagi membantu pelajar menguasai pelajaran dengan lebih berkesan.

Inisiatif menerusi platform pembelajaran digital itu dilihat seiring dengan penekanan kerajaan terhadap penguasaan teknologi baharu, kemahiran digital dan kecerdasan buatan (AI) dalam usaha memperluas akses pendidikan kepada generasi muda.

Antara kemudahan yang ditawarkan TAVIS Education ialah Question Bank percuma dan Learning Cards yang membolehkan pelajar membuat ulang kaji secara lebih tersusun, khususnya ketika membuat persediaan menghadapi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Pendekatan pembelajaran itu semakin mendapat sambutan apabila TAVIS Education merekodkan peningkatan kira-kira 60 peratus jumlah pengguna dalam tempoh tiga bulan kebelakangan ini, dengan Question Bank menjadi antara kemudahan paling banyak digunakan.

Pengasas Bersama TAVIS Education, Nurul Suhada Mazalan berkata, cabaran utama pelajar masa kini bukan lagi kesukaran mendapatkan maklumat, sebaliknya menentukan bahan pembelajaran yang benar-benar diperlukan ketika berdepan lambakan kandungan di internet.

Menurutnya, kemudahan teknologi termasuk AI membolehkan pelajar mendapatkan penerangan sesuatu konsep dalam masa singkat, namun keadaan itu turut menyebabkan sebahagian mereka keliru untuk menentukan keutamaan pembelajaran.

“Mereka memang mahu buat yang terbaik tetapi apabila terlalu banyak perkara dan bahan di depan mereka, ada yang jadi tidak tahu apa perlu diberi keutamaan dan hendak mula dari mana.

“Kadang-kadang pelajar cuma perlu mula dengan sesuatu yang kecil. Cuba beberapa soalan, tengok bahagian mana yang masih lemah, kemudian baru fokus kepada topik tersebut.

“Bila semuanya dibuat sedikit demi sedikit, proses ulang kaji juga menjadi lebih mudah untuk diuruskan,” katanya.

Nurul Suhada yang juga seorang guru berkata, kemudahan Question Bank membolehkan pelajar memilih topik tertentu dan terus menjawab soalan tanpa perlu menelusuri pelbagai sumber pembelajaran terlebih dahulu.

Katanya, penggunaan soalan sebagai titik permulaan ulang kaji membantu pelajar mengenal pasti kelemahan dalam penguasaan sesuatu topik sebelum memberikan tumpuan kepada bahagian yang masih belum difahami.

Sementara itu, Learning Cards pula menyediakan kandungan pembelajaran dalam bentuk lebih ringkas bagi memudahkan pelajar mengulang kaji fakta, konsep, istilah dan perkara penting dalam tempoh singkat.

Kaedah tersebut membolehkan proses ulang kaji dipecahkan kepada unit pembelajaran lebih kecil dan mudah difahami, selain membantu pelajar mengulangi sesuatu konsep secara berkala.

Dalam perkembangan berkaitan, Belanjawan MADANI 2027 yang dibentangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 9 Oktober lalu turut memberikan penekanan kepada usaha memperluas penguasaan teknologi digital dan AI dalam kalangan rakyat, khususnya generasi muda.

Antara inisiatif diumumkan ialah penambahan 100,000 langganan AI percuma untuk anak muda serta peluasan akses kepada kursus kemahiran digital menerusi platform Rakyat Digital.

Sehubungan itu, penyediaan kemudahan pembelajaran digital seperti Question Bank dan Learning Cards dilihat berpotensi melengkapkan usaha kerajaan memperluas akses kepada pendidikan berasaskan teknologi, selain membantu pelajar menguruskan pembelajaran mengikut tahap penguasaan masing-masing.

Kemudahan itu turut relevan ketika calon SPM 2026 membuat persiapan akhir menghadapi peperiksaan yang bermula dengan Ujian Bertutur Bahasa Melayu pada 26 hingga 29 Oktober ini, diikuti Ujian Bertutur Bahasa Inggeris pada 2 hingga 5 November.

Ujian Amali Sains pula dijadualkan berlangsung dari 16 hingga 18 November, manakala peperiksaan bertulis akan diadakan dari 23 November hingga 17 Disember depan.

Related Posts

Belanjawan 2027: Kebajikan OKU, pendidikan khas, keluarga, pesawah terus dibela – Rohani

KUCHING – Peruntukan RM1.5 bilion bagi bantuan orang kurang upaya (OKU) serta penambahbaikan sokongan pendidikan khas dalam Belanjawan 2027 mencerminkan komitmen kerajaan memastikan golongan itu dan keluarga mereka terus mendapat…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Markas 13 Briged Infantri dirancang berpindah ke Tawau

TAWAU – Markas 13 Briged Infantri Malaysia yang berpangkalan di Kem Cenderawasih, Lahad Datu dirancang untuk dipindahkan ke Kem Kukusan, Tawau atas faktor kesesuaian taktikal dan strategik Tentera Darat. Panglima…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Belanjawan 2027: Kebajikan OKU, pendidikan khas, keluarga, pesawah terus dibela – Rohani

Belanjawan 2027: Kebajikan OKU, pendidikan khas, keluarga, pesawah terus dibela – Rohani

PN gagal tangguh tindakan penggantungan aktiviti oleh ROS

PN gagal tangguh tindakan penggantungan aktiviti oleh ROS

TAVIS sahut aspirasi Belanjawan 2027, perkasa pendidikan digital

TAVIS sahut aspirasi Belanjawan 2027, perkasa pendidikan digital

Markas 13 Briged Infantri dirancang berpindah ke Tawau

  • By Fatin
  • October 13, 2026
Markas 13 Briged Infantri dirancang berpindah ke Tawau

Kualiti udara tidak sihat, sekolah seluruh Tawau tutup esok

  • By Fatin
  • October 13, 2026
Kualiti udara tidak sihat, sekolah seluruh Tawau tutup esok

Misteri rangka manusia dalam dua guni, buruh Rohingya direman tujuh hari

Misteri rangka manusia dalam dua guni, buruh Rohingya direman tujuh hari