‎Empat rumah kebajikan terima sumbangan CSR RM20,000 daripada Jetama ‎

KOTA KINABALU – Sebanyak empat buah rumah kebajikan menerima sumbangan berjumlah RM20,000 daripada syarikat konsesi air Jetama Sdn Bhd menerusi program tanggungjawab sosial korporat (CSR) syarikat berkenaan pada program Jalinan Kasih Bubur Lambuk Ramadan 2026.
‎
‎Pengerusinya, Datuk Faisyal Yusof Hamdain Diego berkata, program berkenaan merupakan antara usaha syarikat untuk terus mendekati masyarakat di samping berkongsi rezeki pada bulan yang penuh keberkatan.
‎
‎“Program ini bukan sekadar menyediakan juadah berbuka puasa tetapi juga menjadi platform kepada masyarakat untuk berkumpul, berinteraksi dan mengeratkan hubungan sesama komuniti.
‎
‎“Melalui inisiatif seperti ini, kita dapat memupuk semangat kebersamaan serta menghidupkan tradisi Ramadan yang membawa nilai perpaduan dan keprihatinan,
‎
‎”Program seumpama ini akan terus dilaksanakan sebagai sebahagian komitmen syarikat dalam menyokong komuniti setempat serta memperkukuh hubungan antara organisasi, rakan kerjasama dan masyarakat,” kongsinya kepada media selepas menyediakan bubur lambuk di Balai Seni Lukis Sabah, pada Isnin.
‎
‎Terdahulu Faisyal memyerahkan, sumbangan CSR berjumlah RM5,000 kepada setiap sebuah rumah kebajikan iaitu Rumah Anak Yatim As-Sakinah Lok Kawi Papar, Rumah Kanak-Kanak Beringgis Papar, Rumah Amal Kasih dan Rumah Bakti Harapan.
‎
‎Menurut Faisyal, sumbangan berkenaan adalah bagi menyokong usaha kebajikan institusi berkenaan dalam menjaga serta membimbing kanak-kanak yang memerlukan.
‎
‎Hadir sama pada program ialah Ketua Pegawai Eksekutif Jetama Sdn Bhd, Datuk Ahmad Naim Uddang.
‎
‎Program dengan kerjasama Balai Seni Lukis Sabah dan Adabi itu turut melibatkan penyediaan serta pengagihan bubur lambuk kepada orang ramai di sekitar Kota Kinabalu sempena bulan Ramadan.

Related Posts

Ambil langkah berjaga-jaga susulan jerebu

KUANTAN – Rakyat Pahang, khususnya di daerah Kuantan dan Rompin, diseru supaya sentiasa berwaspada dan mengambil langkah berjaga-jaga susulan keadaan jerebu bagi melindungi kesihatan masing-masing. Menteri Besar Pahang, Datuk Seri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Tuanku Muhriz fokus urusan negeri, tidak hadiri Mesyuarat Majlis Raja-Raja

SEREMBAN – Istiadat Menzahirkan Kejadian Undang Luak Jelebu menjadi keutamaan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir, sehingga baginda memutuskan untuk tidak berangkat menghadiri Mesyuarat Majlis Raja-Raja. Pengelola…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

‘Runner’ tidak berdaftar dilarang berurusan di JPJ mulai Januari 2027

‘Runner’ tidak berdaftar dilarang berurusan di JPJ mulai Januari 2027

Ambil langkah berjaga-jaga susulan jerebu

Ambil langkah berjaga-jaga susulan jerebu

Tuanku Muhriz fokus urusan negeri, tidak hadiri Mesyuarat Majlis Raja-Raja

Tuanku Muhriz fokus urusan negeri, tidak hadiri Mesyuarat Majlis Raja-Raja

Sekolah bawah PPD Rompin, Kuantan ditutup esok

Sekolah bawah PPD Rompin, Kuantan ditutup esok

Belanjawan 2027 cerminkan keperluan, kesejahteraan rakyat – Pakar

Belanjawan 2027 cerminkan keperluan, kesejahteraan rakyat – Pakar

Sultan Ibrahim, Raja Abdullah II perkukuh hubungan dua hala

Sultan Ibrahim, Raja Abdullah II perkukuh hubungan dua hala