IPD Kota Kinabalu agih 500 bubur lambuk, erat hubungan polis dan komuniti

KOTA KINABALU – Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu meneruskan tradisi tahunan mengagihkan bubur lambuk kepada masyarakat dan agensi kerajaan sebagai usaha mengeratkan hubungan antara polis dan komuniti sempena Ramadan.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, ACP Kasim Muda berkata, kira-kira 500 bekas bubur lambuk disediakan untuk diagihkan kepada pelbagai agensi serta masyarakat sekitar pada program yang dianjurkan bersama Persatuan Keluarga Polis (Perkep) dan Amanita IPD Kota Kinabalu.

“Pada tahun ini kita telah menyerahkan lebih kurang 500 tapau atau kontena makanan untuk diagihkan kepada agensi-agensi dan masyarakat sekitar.

“Program ini juga telah kita laksanakan pada tahun lepas dan diteruskan pada tahun ini sebagai usaha mendekatkan pihak polis dengan masyarakat,” katanya ketika ditemui pada program serahan bubur lambuk, di sini pada Rabu.

Menurut Kasim, program berkenaan turut mendapat kerjasama daripada pihak swasta iaitu Zirbat Resources Sdn Bhd yang menyumbang makanan kepada petugas barisan hadapan serta golongan memerlukan.

“Zirbat Resources Sdn Bhd telah menyediakan 150 bekas makanan kepada petugas barisan hadapan dan 50 bekas untuk diagihkan kepada golongan asnaf pada tahun ini.

“Hampir 10 agensi kerajaan terlibat menerima agihan bubur lambuk dalam program ini,” ujarnya.

Tambahnya, program kebajikan seperti itu bukan sahaja membantu golongan memerlukan tetapi juga memperkukuh kerjasama antara agensi kerajaan, pihak swasta dan masyarakat setempat.

“Pihak polis akan terus melaksanakan program kemasyarakatan seumpama itu bagi meningkatkan kepercayaan serta hubungan baik antara polis dan orang ramai,” jelasnya.

Related Posts

Lapan lori, kereta atas tongkang di Kuala Kedah terbakar

ALOR SETAR – Tujuh lori dan sebuah kereta terbakar dalam kejadian di atas sebuah tongkang di Jeti Kargo Kuala Kedah, dekat sini, malam semalam. Kebakaran itu melibatkan lori jenis Isuzu,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Wanita perlu diperkasa sebagai pemacu pembangunan negeri – Julita

SANDAKAN – Pemerkasaan wanita perlu dilihat secara menyeluruh dengan memberi perhatian terhadap aspek pendidikan, kesihatan, keselamatan, perlindungan serta peluang ekonomi bagi memastikan golongan itu terus menjadi pemacu pembangunan negeri. Menteri…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Jangan sekadar berkokok, kalau berani tarik sokongan

Jangan sekadar berkokok, kalau berani tarik sokongan

Tak dijemput PAU, itu hak dia – Adam Adli

Tak dijemput PAU, itu hak dia – Adam Adli

Lapan lori, kereta atas tongkang di Kuala Kedah terbakar

Lapan lori, kereta atas tongkang di Kuala Kedah terbakar

Kes 30 warga Malaysia ditahan di Pontianak, PDRM bantu siasatan

Kes 30 warga Malaysia ditahan di Pontianak, PDRM bantu siasatan

Wanita perlu diperkasa sebagai pemacu pembangunan negeri – Julita

  • By Fandi
  • September 12, 2026
Wanita perlu diperkasa sebagai pemacu pembangunan negeri – Julita

Kerajaan sedia pelan tindakan hadapi jerebu, persediaan Sukan SEA berjalan lancar – Mordi

  • By Fatin
  • September 12, 2026
Kerajaan sedia pelan tindakan hadapi jerebu, persediaan Sukan SEA berjalan lancar – Mordi