Berita gembira buat rakyat menjelang Aidilfitri

SETIAP kali menghampiri Aidilfitri, ramai di antara kita yang menghadapi tekanan kewangan. Mahu menyediakan belanja raya untuk keluarga. Mahu wajah anak bini berseri-seri gembira di pagi raya.

Menyedari konteks ini, PMX, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan beberapa langkah serentak yang memberi kelegaan menjelang musim perayaan tahun ini.

Menggembirakan tak? Mestilah, siapa yang tak gembira dengar bantuan kerajaan kan?

Hal pertama yang paling mendapat perhatian rakyat ialah pembayaran STR Fasa 2 yang dipercepatkan. Insya-Allah tanggal 10 Mac bayaran akan bermula. Laju kan? Belanja elok-elok, jangan boros tau.

Penjawat awam dan lebih 70,000 penerima yang terdiri daripada imam, bilal, tok siak, guru KAFA dan guru takmir juga senyum lebar sampai ke telinga. Maklumlah dapat bonus raya RM500.

Pak cik mak cik pesara dan veteran tentera pula dapat bonus RM250. Masyukkkkk.

Dah dapat duit STR, dah dapat bonus, dah dapat gaji awal. Kerajaan perluas pula Program Jualan Rahmah MADANI di lebih 1,300 lokasi jualan menjelang Aidilfitri.

Gembiralah golongan suri rumah menjelang raya ni. Duit ada, boleh pula berbelanja murah.

Isu ketirisan subsidi juga disentuh secara langsung.

Penguatkuasaan akan diperketatkan ke atas penjualan minyak masak paket 1kg. Warga asing tak boleh beli, golongan peniaga pun tak boleh culas beli dan guna untuk berniaga.

Golong pelajar PMX lupakan ke? Eh, tak lah.

Jangan sedih. Ada subsidi tiket penerbangan sebanyak RM400 bagi membantu golongan pelajar pulang ke kampung halaman.

Namun yang lebih penting daripada pengumuman jangka pendek ialah pengenalan Pelan Tindakan Kos Sara Hidup 2026–2030.

Pelan ini digambarkan sebagai strategi jangka panjang untuk menangani isu kos sara hidup secara lebih sistematik, melibatkan penyelarasan dasar harga, pendapatan dan perlindungan sosial di pelbagai kementerian.

Semua langkah ini memperlihatkan satu realiti yang harus diakui, kita beruntung. Jadi jadilah manusia yang bersyukur.

Kita beruntung kerana mempunyai kerajaan yang dekat dengan rakyat, memahami denyut nadi rakyat dan mampu mengekalkan Malaysia di atas landasan yang betul sekalipun dunia global sedang bergolak.

*Suwadi Guliling ialah Timbalan Ketua Pengarah (Komunikasi Komuniti) Jabatan Komunikasi Komuniti (JKOM)

Related Posts

JKOM: Kerajaan bertindak pantas, dana KWAP tidak terjejas dalam isu eFishery

PUTRAJAYA – Kerajaan bertindak pantas dan telus dalam menangani isu pelaburan Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) (KWAP) dalam syarikat pemula teknologi akuakultur Indonesia, eFishery, sekali gus memastikan kepentingan pencarum dan pesara…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Panel profesional tentukan pelaburan KWAP, bebas campur tangan kerajaan – PM

KUALA LUMPUR – Kerajaan tidak pernah campur tangan dalam sebarang urusan atau keputusan pelaburan yang dibuat oleh agensi pelaburan kerajaan, termasuk Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) (KWAP), tegas Perdana Menteri, Datuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Manifesto PH demi masa depan terbaik anak-anak Negeri Sembilan

Manifesto PH demi masa depan terbaik anak-anak Negeri Sembilan

PH lancar 10 komitmen dalam manifesto PRN Negeri Sembilan

PH lancar 10 komitmen dalam manifesto PRN Negeri Sembilan

Keupayaan urus Negeri Sembilan bukti PH tidak tampil dengan retorik kosong

Keupayaan urus Negeri Sembilan bukti PH tidak tampil dengan retorik kosong

Tidak mahu Sabah jadi ‘Syurga Scammer’, lulus segera RUU Jenayah Siber langkah tepat

Tidak mahu Sabah jadi ‘Syurga Scammer’, lulus segera RUU Jenayah Siber langkah tepat

Sungai Sedim paling berisiko kes kepala air di Kedah

Sungai Sedim paling berisiko kes kepala air di Kedah

Gangguan monyet cetus cadangan mini zoo di Balung Kokos

Gangguan monyet cetus cadangan mini zoo di Balung Kokos