PM beri perhatian serius operasi bawa pulang rakyat Malaysia

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi perhatian serius terhadap usaha membawa pulang rakyat Malaysia yang berada di kawasan konflik di Asia Barat susulan perkembangan keselamatan yang semakin meruncing di rantau berkenaan.

Setiausaha Akhbar Kanan kepada Perdana Menteri, Tunku Nashrul Abaidah berkata, pemantauan itu dilakukan selepas Majlis Keselamatan Negara Malaysia (MKN) mengesahkan perkembangan terkini berhubung operasi pemindahan rakyat Malaysia hari ini.

Beliau berkata, Pejabat Perdana Menteri Malaysia (PMO) turut memantau rapat situasi peperangan yang sedang berlaku di Asia Barat bagi memastikan keselamatan rakyat Malaysia sentiasa menjadi keutamaan kerajaan.

“Mengambil keberkatan Ramadan, Anwar mendoakan keseluruhan operasi pemindahan ini dipermudah, berjalan lancar dan semua rakyat Malaysia terjejas dapat dibawa pulang ke tanah air dengan selamat,” katanya pada sesi taklimat hari ini.

Dalam perkembangan berkaitan, tentera Iran dilaporkan mengesahkan 104 anak kapal perang IRIS Dena terkorban manakala 32 lagi cedera dalam serangan yang didakwa dilakukan oleh Amerika Syarikat (AS) minggu lalu.

Menurut laporan agensi berita rasmi Iran, IRNA, kapal berkenaan diserang oleh Tentera Laut Amerika Syarikat di perairan Sri Lanka pada Rabu ketika dalam pelayaran pulang daripada latihan tentera laut Milan Peace 2026 di India.

Pihak Washington turut mengesahkan sebuah kapal selam AS melancarkan serangan torpedo terhadap kapal perang Iran tersebut.

Serangan itu berlaku ketika AS dan Israel meneruskan serangan udara besar-besaran terhadap Iran yang bermula pada 28 Februari lalu.

Menurut pihak berkuasa Iran, serangan berkenaan mengorbankan lebih 1,200 orang termasuk Pemimpin Agung Ali Khamenei, selain mencederakan lebih 10,000 yang lain.

Sebagai tindak balas, Tehran melancarkan serangan peluru berpandu dan dron yang menyasarkan Israel serta beberapa negara lain termasuk Iraq dan Jordan, selain negara Teluk yang menempatkan aset ketenteraan AS.

Tunku Nashrul berkata, Perdana Menteri sekali lagi menegaskan bahawa keselamatan dan nyawa rakyat Malaysia kekal menjadi keutamaan kerajaan dalam apa jua keadaan, khususnya ketika situasi yang tidak menentu.

“PMO berharap kesemua ikhtiar kerajaan, sama ada daripada soal ekonomi atau keselamatan dapat memberi kelegaan langsung kepada rakyat ketika penilaian impak terhadap ekonomi global sedang giat dilaksanakan,” katanya.

Sementara itu, MKN dalam satu kenyataan memaklumkan kerajaan kini berada pada fasa akhir persiapan untuk melaksanakan operasi evakuasi rakyat Malaysia dari beberapa negara yang terjejas akibat konflik di Asia Barat.

Menurut kenyataan itu, operasi berkenaan dilaksanakan atas arahan Perdana Menteri supaya semua langkah segera digerakkan bagi memastikan keselamatan serta kebajikan rakyat Malaysia di kawasan terbabit sentiasa terpelihara.

Operasi tersebut akan diselaraskan dengan kerjasama rapat Kementerian Luar melalui Pejabat Perwakilan Malaysia di negara berkaitan.

Kerajaan menegaskan bahawa segala usaha akan dilakukan bagi memastikan rakyat Malaysia yang berada di kawasan konflik dapat dibawa pulang ke tanah air dengan selamat.

MKN bersama Kementerian Luar juga akan menyalurkan perkembangan operasi itu secara berkala sehingga keseluruhan proses pemindahan selesai.

Related Posts

JKOM: Kerajaan bertindak pantas, dana KWAP tidak terjejas dalam isu eFishery

PUTRAJAYA – Kerajaan bertindak pantas dan telus dalam menangani isu pelaburan Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) (KWAP) dalam syarikat pemula teknologi akuakultur Indonesia, eFishery, sekali gus memastikan kepentingan pencarum dan pesara…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Panel profesional tentukan pelaburan KWAP, bebas campur tangan kerajaan – PM

KUALA LUMPUR – Kerajaan tidak pernah campur tangan dalam sebarang urusan atau keputusan pelaburan yang dibuat oleh agensi pelaburan kerajaan, termasuk Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) (KWAP), tegas Perdana Menteri, Datuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Manifesto PH demi masa depan terbaik anak-anak Negeri Sembilan

Manifesto PH demi masa depan terbaik anak-anak Negeri Sembilan

PH lancar 10 komitmen dalam manifesto PRN Negeri Sembilan

PH lancar 10 komitmen dalam manifesto PRN Negeri Sembilan

Keupayaan urus Negeri Sembilan bukti PH tidak tampil dengan retorik kosong

Keupayaan urus Negeri Sembilan bukti PH tidak tampil dengan retorik kosong

Tidak mahu Sabah jadi ‘Syurga Scammer’, lulus segera RUU Jenayah Siber langkah tepat

Tidak mahu Sabah jadi ‘Syurga Scammer’, lulus segera RUU Jenayah Siber langkah tepat

Sungai Sedim paling berisiko kes kepala air di Kedah

Sungai Sedim paling berisiko kes kepala air di Kedah

Gangguan monyet cetus cadangan mini zoo di Balung Kokos

Gangguan monyet cetus cadangan mini zoo di Balung Kokos