Status tambah 17 kerusi DUN Sarawak kini dalam penelitian SPR – Mustapha

KUCHING – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sedang memperincikan cadangan berhubung penambahan 17 kerusi baharu Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak yang telah diluluskan di peringkat negeri sebelum ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah dan Sarawak), Datuk Mustapha Sakmud berkata, pihaknya berharap proses semakan itu dapat disegerakan agar usul berkenaan sedia untuk dibentangkan di Parlimen kelak.

Tegas beliau, suara serta aspirasi rakyat Sarawak berhubung isu pertambahan kawasan pilihan raya itu perlu diberikan perhatian sewajarnya.

“Apa yang penting, kita perlu mendengar keluh kesah dari Sarawak, terutama yang berkaitan dengan cadangan penambahan kerusi DUN ini,” katanya.

Sementara itu, Mustapha menyifatkan cadangan peruntukan satu pertiga kerusi Parlimen bagi wilayah Borneo sebagai satu keperluan mendesak bagi memacu pembangunan di kawasan pedalaman.

Menurutnya, saiz geografi Sabah dan Sarawak yang sangat luas memerlukan jumlah wakil rakyat yang lebih ramai supaya penyediaan kemudahan asas seperti bekalan air, elektrik dan jalan raya dapat disalurkan dengan pantas.

“Dengan pertambahan kerusi Parlimen, wakil rakyat boleh memfokuskan tumpuan yang lebih khusus terhadap keperluan penduduk yang tinggal di kawasan yang berselerak.

“Ini secara tidak langsung membolehkan isu pembangunan ditangani secara berkesan dan penyampaian perkhidmatan kepada rakyat dapat dipertingkatkan,” jelasnya lagi.

Sebelum ini, persidangan DUN Sarawak pada Julai tahun lepas telah meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Dewan Undangan Negeri (Komposisi Keanggotaan) 2025 yang menyaksikan jumlah kerusi negeri dinaikkan daripada 82 kepada 99 kerusi.

Foto: Jabatan Penerangan Sarawak

Related Posts

300 peserta ambil bahagian Fun Run Inderapura 2026

KUANTAN – Program Semarak Merdeka MADANI Inderapura 2026 selama dua hari yang bermula hari ini, menerima penyertaan menggalakkan daripada penduduk taman perumahan sekitar. Program di bawah Geran Perpaduan Kementerian Perpaduan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Legasi kafe Secangkir labuh tirai petang tadi

KUANTAN – Kafe Secangkir di Sungai Karang Darat, dekat sini, rasmi ditutup hari ini. Perniagaan keluarga tiga beranak yang maut dalam kemalangan 11 kenderaan di LPT1, Lanchang, 31 Ogos lalu,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

11 anggota SMART berlepas ke Nepal sertai misi bantuan bencana

11 anggota SMART berlepas ke Nepal sertai misi bantuan bencana

300 peserta ambil bahagian Fun Run Inderapura 2026

300 peserta ambil bahagian Fun Run Inderapura 2026

Pemilik syarikat disyaki minta, terima rasuah kira-kira RM30,000 direman SPRM

Pemilik syarikat disyaki minta, terima rasuah kira-kira RM30,000 direman SPRM

11 individu ditahan bantu siasatan kes tetak lelaki angkara dendam

  • By Aden
  • September 5, 2026
11 individu ditahan bantu siasatan kes tetak lelaki angkara dendam

Anwar tekankan kepentingan pelihara tradisi ilmu, khazanah turath

Anwar tekankan kepentingan pelihara tradisi ilmu, khazanah turath

Bersih mahu reformasi institusi diselesaikan sebelum PRU16

Bersih mahu reformasi institusi diselesaikan sebelum PRU16