Perpaduan kukuh jadi pemangkin pembangunan Betong

BETONG – Semangat perpaduan serta sikap saling menghormati antara kaum dan agama terus menjadi kekuatan utama masyarakat di Betong dalam memastikan pembangunan sosioekonomi di kawasan itu dapat dilaksanakan secara berterusan.

Timbalan Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan, merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Layar, Datuk Gerald Rentap Jabu berkata, keharmonian yang terjalin dalam kalangan masyarakat sejak sekian lama menjadi asas penting dalam memelihara kestabilan serta kemajuan di Sarawak.

Menurut beliau, kesepaduan antara rakyat dan kepimpinan tempatan telah banyak membantu mempercepatkan pelaksanaan pelbagai agenda pembangunan demi kesejahteraan penduduk.

“Perpaduan yang kukuh dalam kalangan masyarakat merupakan kunci kepada kejayaan pembangunan. Apabila kita bersatu dan saling bekerjasama, segala usaha untuk memajukan kawasan dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan,” katanya.

Beliau turut mengingatkan masyarakat agar sentiasa berwaspada dan tidak mudah terpengaruh dengan unsur negatif yang boleh menggugat keharmonian sedia ada.

“Penduduk perlu terus mempertahankan nilai toleransi dan kebersamaan yang kita amalkan selama ini. Jangan sesekali membiarkan anasir luar merosakkan perpaduan yang telah lama kita bina,” tegasnya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Majlis Iftar Ramadan anjuran Jawatankuasa Kebajikan Kampung Melayu Betong yang berlangsung di Dewan Al-Husna, Masjid Jamek Betong, pada Sabtu.

Dalam pada itu, Gerald Rentap memuji usaha penganjur yang sentiasa komited menganjurkan program berbentuk kebajikan dan kemasyarakatan yang memberi manfaat kepada penduduk setempat.

Beliau turut memberi jaminan akan terus menyokong penganjuran program sedemikian agar ia dapat diteruskan sebagai aktiviti tahunan pada masa akan datang.

Pada majlis tersebut, seramai 30 penerima daripada enam kampung sekitar Betong menerima sumbangan wang tunai sebagai persediaan menyambut Hari Raya Aidilfitri, manakala setiap Ketua Kampung turut menerima agihan kurma.

Foto: FB Datuk Gerald Rentap Jabu

Related Posts

Memorial Muzium KD Hang Tuah, bakal ikon pelancongan maritim Perak

LUMUT – Selepas hampir lima dekad menggalas amanah mempertahankan kedaulatan perairan negara, Kapal Diraja (KD) Hang Tuah bakal memulakan legasi baharu apabila dijadikan Memorial Muzium KD Hang Tuah, sekali gus…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pekerja kilang papan gempar jumpa bom tangan, nota ugutan

SUNGAI PETANI – Pekerja sebuah kilang papan di sini gempar apabila menemui satu objek menyerupai bom tangan bersama sekeping nota berbaur ugutan di hadapan pintu masuk pejabat premis tersebut di…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Memorial Muzium KD Hang Tuah, bakal ikon pelancongan maritim Perak

Memorial Muzium KD Hang Tuah, bakal ikon pelancongan maritim Perak

Pekerja kilang papan gempar jumpa bom tangan, nota ugutan

Pekerja kilang papan gempar jumpa bom tangan, nota ugutan

RS-2 terus agenda sifar miskin tegar Selangor

RS-2 terus agenda sifar miskin tegar Selangor

MAHA Pahang 2026 pecah rekod, dihadiri lebih 200,000 pengunjung

MAHA Pahang 2026 pecah rekod, dihadiri lebih 200,000 pengunjung

‘Insya-Allah, akan ada tiket MADANI untuk perlumbaan Formula Satu’ – PMX

‘Insya-Allah, akan ada tiket MADANI untuk perlumbaan Formula Satu’ – PMX

Adalah satu perkara pelik saya tak boleh tegur isu ‘sakau’ – PMX

Adalah satu perkara pelik saya tak boleh tegur isu ‘sakau’ – PMX