Pantai Miri berpotensi jadi destinasi pelancongan setanding Langkawi, Port Dickson

MIRI – Kawasan pesisir pantai Miri mempunyai potensi besar untuk dibangunkan sebagai destinasi pelancongan utama negara setanding dengan bandar pesisir terkenal seperti Kota Kinabalu, Port Dickson dan Langkawi.

Ahli Parlimen Miri, Chiew Choon Man berkata, bagi merealisasikan hasrat itu, komitmen penuh kini diberikan ke arah memperkukuh pembangunan sektor pelancongan di kawasan berkenaan bagi merancakkan lagi aktiviti ekonomi setempat.

Menurut beliau, Miri merupakan sebuah bandar pesisir yang indah dengan garis pantai yang panjang serta menyajikan pemandangan yang mendamaikan.

“Pantai di Miri bukan sahaja menawarkan pemandangan menenangkan, malah menjadi lokasi yang sesuai untuk pelbagai aktiviti riadah seperti berjalan santai dan menikmati pemandangan matahari terbenam.

“Sehubungan itu, pengurusan dan penyelenggaraan kawasan pantai perlu dilaksanakan dengan baik bagi memastikan ia terus berkembang sebagai destinasi pelancongan yang menarik,” katanya.

Beliau yang juga Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya berkata, nilai komersial kawasan pantai boleh dipertingkatkan lagi melalui pembangunan kemudahan tambahan seperti kafe, restoran serta premis perniagaan.

Tambahnya, lebih banyak aktiviti rekreasi pantai wajar diperkenalkan, termasuk sukan air seperti jet ski, selam skuba dan banana boat bagi memikat pelancong tempatan dan luar negara.

Dalam perkembangan berkaitan, Choon Man turut meluahkan harapan agar lokasi ikonik pelancongan, Coco Cabana yang ditutup untuk kerja pengubahsuaian sebelum ini, dapat dibuka semula dalam masa terdekat.

Bagi merealisasikan perkara itu, beliau mengadakan pertemuan dengan Pengarah Eksekutif Kumpulan Samling, Datuk Adrian Ching untuk membincangkan kepentingan pembukaan semula lokasi berkenaan.

Jelasnya, pembukaan semula Coco Cabana akan menjadi satu lagi produk pelancongan penting bagi bandar raya Miri, khususnya dalam menyokong kempen Tahun Melawat Malaysia 2026.

Sementara itu, beliau turut mengadakan lawatan ke tapak pembangunan komersial baharu oleh usahawan tempatan di Pantai Bakam yang kini berada di peringkat akhir pembinaan.

Difahamkan, pembangunan itu menyediakan pelbagai kemudahan termasuk premis perniagaan, kafe, restoran serta asrama persinggahan (hostel) yang dijangka merancakkan lagi sektor pelancongan pesisir pantai.

“Saya akan terus menggalakkan dan menyokong lebih ramai usahawan untuk merebut peluang melabur serta membangunkan lebih banyak produk pelancongan di Miri,” ujarnya yang turut memuji inisiatif inovatif usahawan tempatan.

Tegas beliau, pihaknya berjanji akan membantu mempergiat usaha promosi dengan menghubungkan para pengusaha dengan agensi serta pihak berkepentingan yang berkaitan.

Related Posts

90 tukun tiruan dilabuhkan di perairan Papar, manfaatkan nelayan setempat

PAPAR – Sebanyak 90 unit tukun tiruan dilabuhkan di perairan ini, bagi menyediakan habitat hidupan laut dan mewujudkan kawasan tangkapan yang lebih produktif untuk nelayan setempat. Ahli Parlimen Papar, Datuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca
CIS digesa tetap garis masa pulih bekalan simen di Sabah

KOTA KINABALU – Cement Industries Sabah (CIS) digesa menetapkan garis masa yang jelas bagi memulihkan bekalan simen di seluruh Sabah susulan kekurangan bahan itu yang terus menjejaskan projek pembinaan dan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Tarik balik kenyataan tidak memadai, persepsi rakyat perlu dipulihkan – Mahfuz

Tarik balik kenyataan tidak memadai, persepsi rakyat perlu dipulihkan – Mahfuz

PN berdepan pembatalan pendaftaran RoS?

PN berdepan pembatalan pendaftaran RoS?

Anwar hormati keputusan Anthony, beri ruang untuk berbincang

Anwar hormati keputusan Anthony, beri ruang untuk berbincang

Permohonan undi pos PRN Melaka bermula hari ini

Permohonan undi pos PRN Melaka bermula hari ini

Proses bina semula Gaza perlu disegerakan

Proses bina semula Gaza perlu disegerakan

ECRL diutamakan, projek rel baharu perlu ikut kemampuan – PM Anwar

ECRL diutamakan, projek rel baharu perlu ikut kemampuan – PM Anwar