Kerajaan naikkan gred 125,000 penjawat awam Gred 1 ke Gred 5 mulai 2027

PUTRAJAYA – Kerajaan mengumumkan kenaikan gred bagi seramai 125,000 penjawat awam yang kini berada pada Gred 1 ke Gred 5, bermula Januari 2027.

Langkah ini membabitkan jawatan Pembantu Tadbir (Perkeranian dan Kewangan) dan dilaksanakan secara berperingkat di bawah penambahbaikan Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA).

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, perkara itu dibincangkan dalam mesyuarat bersama Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar selaku Ketua Setiausaha Negara serta Tan Sri Wan Ahmad Dahlan Abd Aziz, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, bagi memastikan pelaksanaan sistem saraan itu berjalan lancar.

“Bagi menambah baik peluang laluan kerja, saya telah minta Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia (JPA) untuk sediakan laluan kenaikan gred daripada Gred 1 naik ke Gred 5.

“Ini untuk 125,000 orang Pembantu Tadbir Pengkeranian dan Kewangan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Perjumpaan Perdana Menteri bersama warga Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) di Putrajaya, hari ini.

Turut hadir Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Armizan Mohd Ali.

Perdana Menteri berkata, walaupun SSPA menyediakan pelarasan gaji, kerajaan mengambil langkah tambahan untuk memberi perhatian khusus kepada kumpulan penjawat awam yang berada pada gred paling rendah.

Sehubungan itu, katanya, kumpulan berkenaan perlu mengikuti kursus pendek selama dua minggu sebagai sebahagian syarat kenaikan gred.

“Itu JPA sedang uruskan cadangan ini. Syaratnya itu supaya kita nak pastikan dia ikuti perkembangan kelayakannya sedikit pendedahan tentang Teknologi Maklumat (IT), itu saja.

“Jadi saya ucap tahniah kepada mereka dan kita cuba jalankan dan laksanakan pada tahun ini juga.

“Maknanya dalam tempoh enam bulan, KSN maklumkan kita boleh selesaikan kursus bagi 125,000 ini dan supaya kita laksanakan selewat-lewatnya 1 Januari tahun depan kenaikan pangkat ini,” katanya.

Sementara itu, Shamsul Azri ketika ditemui selepas majlis berkata, inisiatif kerajaan itu adalah usaha menambah baik SSPA dengan mengambil kira pandangan pelbagai pihak.

“Syarat utama mereka perlu menjalani kursus… adalah syarat dia nanti.

“Kita akan mulakan Januari 2027 jadi dalam tempoh enam bulan ini kita akan memperincikan syarat-syarat mengikut keperluannya,” katanya.


Related Posts

Pemuda Amanah Perak gesa SPRM teliti kewajaran kekayaan anak-anak Azeez

IPOH – Pemuda Parti Amanah Perak menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) meneliti sumber kekayaan yang dikaitkan dengan anak-anak bekas Pengerusi Lembaga Tabung Haji, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Anwar ke New Delhi sertai Sidang Kemuncak BRICS ke-18

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berangkat ke New Delhi, India malam ini bagi menghadiri Sidang Kemuncak Pemimpin-Pemimpin BRICS ke-18, selepas selesai lawatan kerja beliau di Sabah.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pemuda Amanah Perak gesa SPRM teliti kewajaran kekayaan anak-anak Azeez

Pemuda Amanah Perak gesa SPRM teliti kewajaran kekayaan anak-anak Azeez

Anwar ke New Delhi sertai Sidang Kemuncak BRICS ke-18

Anwar ke New Delhi sertai Sidang Kemuncak BRICS ke-18

Mahfuz saran Zahid tidak bawa ‘politik budak-budak’ ke Putrajaya

Mahfuz saran Zahid tidak bawa ‘politik budak-budak’ ke Putrajaya

Wawasan tembusi tiga bahagian Bersatu Perlis

Wawasan tembusi tiga bahagian Bersatu Perlis

Dua kenderaan bertembung, dua maut

Dua kenderaan bertembung, dua maut

Pertikai istilah Kerajaan MADANI hanya helah UMNO mahu PRU16 disegerakan

Pertikai istilah Kerajaan MADANI hanya helah UMNO mahu PRU16 disegerakan