PM bakal umum lagi inisiatif bantu rakyat menjelang Aidilfitri

KUALA LUMPUR – Kerajaan dijangka mengumumkan beberapa lagi inisiatif baharu bagi membantu rakyat dalam masa terdekat menjelang sambutan Aidilfitri.

Setiausaha Akhbar Kanan kepada Perdana Menteri, Tunku Nashrul Abaidah berkata, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada pagi tadi telah mengumumkan tujuh langkah intervensi segera oleh kerajaan MADANI bagi meringankan beban rakyat menjelang Syawal.

Menurut beliau, antara langkah tersebut termasuk pengkreditan awal Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 2 bermula esok, penyaluran Bantuan Khas Kewangan 2026 kepada penjawat awam, pesara dan veteran, peluasan Program Jualan Rahmah MADANI di seluruh negara serta peluasan subsidi tiket penerbangan FLYsiswa.

“Kerajaan MADANI akan terus berusaha sedaya upaya memastikan kebajikan rakyat sentiasa menjadi keutamaan, selaras dengan tekad untuk membina sebuah negara yang lebih adil, sejahtera dan berperikemanusiaan.

“Insya-Allah, Perdana Menteri juga akan mengumumkan beberapa lagi berita baik buat rakyat dalam masa terdekat menjelang sambutan Aidilfitri,” katanya.

Beliau berkata demikian pada taklimat Pejabat Perdana Menteri Malaysia (PMO) yang disiarkan secara langsung menerusi Facebook Perdana Menteri dan Facebook PMO Malaysia hari ini.

Tunku Nashrul berkata pihaknya berharap segala bantuan, usaha dan langkah yang diumumkan kerajaan dapat memberi sedikit kelegaan kepada rakyat, khususnya dalam menghadapi tekanan kos sara hidup serta membuat persiapan menjelang Aidilfitri.

Related Posts

Kerajaan sedia tambah STR, SARA jika ekonomi terus kukuh – PM

IPOH – Kerajaan MADANI bersedia meningkatkan kadar bantuan kepada rakyat menerusi Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) sekiranya kedudukan ekonomi negara terus mengukuh serta kewangan kerajaan mengizinkan.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
KKR, Sabah dan Sarawak meterai MoU tubuh Makmal MyBIM Malaysia

KOTA KINABALU – Kementerian Kerja Raya (KKR) memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) dengan Jabatan Kerja Raya (JKR) Sabah dan JKR Sarawak bagi penubuhan Makmal MyBIM Malaysia sebagai langkah memperluaskan penggunaan teknologi…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

‘Pujuk macam mana pun, PDM BN DUN Klawang tetap ditutup’

‘Pujuk macam mana pun, PDM BN DUN Klawang tetap ditutup’

Kerajaan sedia tambah STR, SARA jika ekonomi terus kukuh – PM

Kerajaan sedia tambah STR, SARA jika ekonomi terus kukuh – PM

Sabah sertai Deklarasi Data Aset Jalan, rekod lebih 20,000 kilometer jalan negeri

Sabah sertai Deklarasi Data Aset Jalan, rekod lebih 20,000 kilometer jalan negeri

Pengguna dakwa laman sosial Facebook gagal diakses

Pengguna dakwa laman sosial Facebook gagal diakses

KKR perkasa pendigitalan sektor pembinaan menerusi Program Kolaborasi Strategik 2026