Kerajaan usaha kekalkan harga RON95 pada RM1.99 seliter

PUTRAJAYA – Kerajaan bertekad mengekalkan harga petrol RON95 pada paras RM1.99 seliter melalui pelaksanaan subsidi bersasar bagi memastikan kenaikan harga minyak mentah global tidak membebankan rakyat.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kerajaan akan terus berusaha sedaya mungkin untuk mengekalkan kadar berkenaan walaupun harga minyak dunia menunjukkan peningkatan ketara.

“Harga minyak hari ini, harga minyak mentah Brent satu barel (tong) sudah naik 100 dolar Amerika.

“Kita masih bertahan dengan RM1.99 untuk BUDI 95 dan kita akan jalankan ikhtiar semaksimum mungkin supaya tidak membebankan rakyat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis perjumpaan bersama warga Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) di sini, hari ini.

Turut hadir Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Armizan Mohd Ali; Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar; serta Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Wan Ahmad Dahlan Abd Aziz.

Pada masa sama, Perdana Menteri merakamkan penghargaan kepada warga KPDN yang memainkan peranan penting membantu kerajaan mengawal kos sara hidup rakyat menerusi pelbagai inisiatif, termasuk Program Jualan Rahmah MADANI (PJRM).

Menurut beliau, komitmen tinggi warga kementerian itu yang sanggup bekerja lebih keras berbanding kebiasaan membolehkan pelaksanaan program berkenaan memberi manfaat secara langsung kepada rakyat.

“Dan saya belum dengar ada rungutan. Ini luar biasa kesabaran. Kadang-kala yang merungut, Menteri yang memaklumkan dalam mesyuarat ada bahawa anak-anak buahnya dibebankan dengan begitu banyak tugas.

“Tetapi dia, seperti saya, juga bangga dengan komitmen saudara-saudara menjayakan program ini kerana program ini secara langsung memberi manfaat kepada rakyat Malaysia,” katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, Anwar turut menegaskan pendirian Malaysia yang konsisten menyokong Iran dalam mempertahankan kedaulatan negaranya susulan serangan melibatkan Israel dan Amerika Syarikat.

“Kebetulan Ramadan bermula dengan serangan ganas rejim Zionis Israel dengan Amerika Syarikat menyerang Iran, yang tentunya mengundang tindak balas, dan tindak balas itu sesuatu yang kita rasa hak Iran mempertahankan kedaulatan negaranya, mempertahankan kemerdekaannya.

“Tetapi dalam tindak balas itu, ada tindakan yang menyebabkan kesan itu ke negara jiran. Mulanya di kawasan yang disebut kawasan pangkalan tentera Amerika, tetapi apa yang berlaku ia juga tempiasnya ke kawasan awam, ada orang, masyarakat yang meninggal dan ada kerosakan harta benda.

“Sebab itu, kita juga antara yang terpanggil untuk menghubungi Iran dan negara sahabat untuk menyatakan sokongan kita kepada Iran dalam mempertahanan negara itu konsisten dengan pendirian Malaysia selama ini,” katanya.

Beliau menegaskan Malaysia menolak sebarang bentuk keganasan, kerakusan kuasa serta percubaan menakluk atau mengganggu kedaulatan negara lain.

Related Posts

Onn Hafiz angkat amanah baharu, Johor isytihar cuti peristiwa 13 Julai

JOHOR BAHRU – Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi menzahirkan rasa syukur dan menjunjung kasih kepada Ke bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Sultan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Onn Hafiz sah angkat sumpah Menteri Besar Johor, terajui pentadbiran penggal baharu

JOHOR BAHRU – Pengerusi Barisan Nasional (BN) Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi, hari ini secara rasmi mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Johor bagi penggal pentadbiran baharu selepas mendapat perkenan Pemangku…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Imigresen mohon orang ramai kesan wanita asal Semporna bantu siasatan

Imigresen mohon orang ramai kesan wanita asal Semporna bantu siasatan

Generasi muda Malaysia berupaya jadi inovator bertaraf dunia – Rina

Generasi muda Malaysia berupaya jadi inovator bertaraf dunia – Rina

Kerajaan perhebat langkah perkukuh sistem agromakanan negara

Kerajaan perhebat langkah perkukuh sistem agromakanan negara

Slogan ‘Asalkan Bukan PH-DAP’ cetus politik berasaskan kelompok – Tajuddin

Slogan ‘Asalkan Bukan PH-DAP’ cetus politik berasaskan kelompok – Tajuddin

Trump umum akan serang Iran dalam tempoh 48 jam

Trump umum akan serang Iran dalam tempoh 48 jam

RMK13 fokus tingkat pendapatan, tangani fenomena ‘working poor’ – Menteri Ekonomi

RMK13 fokus tingkat pendapatan, tangani fenomena ‘working poor’ – Menteri Ekonomi