Pemergian Syed Muhammad Naquib Al-Attas kehilangan besar legasi pemikiran Islam

PUTRAJAYA – Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) menzahirkan rasa sedih dan dukacita mendalam atas pemergian tokoh pemikir dan ilmuwan Islam tersohor, Profesor Diraja Tan Sri Dr Syed Muhammad Naquib Al-Attas.

UIAM dalam kenyataan memaklumkan, Allahyarham cendekiawan dan ilmuwan pemikiran Islam kontemporari paling berpengaruh di dunia, meninggalkan legasi intelektual yang amat besar, khususnya dalam bidang falsafah, pendidikan teologi dan peradaban Melayu Islam.

Rektor UIAM, Prof Emeritus Datuk Dr Osman Bakar memaklumkan, pemergian Allahyarham satu kehilangan besar bagi UIAM khususnya dan kepada umat Islam serta komuniti akademik antarabangsa.

“Allahyarham diibaratkan permata yang tiada ganti, mengambil kira sumbangan besar beliau dalam bidang ilmu dan falsafah Islam.

“Ketokohan beliau sebagai cendekiawan dan sarjana tersohor turut menjadikan namanya dikenali di seluruh dunia,” katanya menerusi kenyataan media, pada Isnin.

Sebelum ini, Allahyarham dianugerahkan gelaran Profesor Diraja Terpuji oleh Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim pada 2024 sebagai pengiktirafan tertinggi terhadap jasa dan bakti beliau dalam dunia akademik negara.

Sementara itu, UIAM turut memaklumkan perpustakaan ISTAC secara rasminya sudah ditukar nama kepada Perpustakaan Syed Muhammad Naquib Al-Attas (SMNA Library) pada 22 Mei 2012.

“Penamaan SMNA Library itu sebagai salah satu usaha mengiktiraf sumbangan ahli falsafah dan sarjana terkemuka,” katanya.

Related Posts

Kerajaan sedia tambah STR, SARA jika ekonomi terus kukuh – PM

IPOH – Kerajaan MADANI bersedia meningkatkan kadar bantuan kepada rakyat menerusi Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) sekiranya kedudukan ekonomi negara terus mengukuh serta kewangan kerajaan mengizinkan.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
KKR, Sabah dan Sarawak meterai MoU tubuh Makmal MyBIM Malaysia

KOTA KINABALU – Kementerian Kerja Raya (KKR) memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) dengan Jabatan Kerja Raya (JKR) Sabah dan JKR Sarawak bagi penubuhan Makmal MyBIM Malaysia sebagai langkah memperluaskan penggunaan teknologi…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

‘Pujuk macam mana pun, PDM BN DUN Klawang tetap ditutup’

‘Pujuk macam mana pun, PDM BN DUN Klawang tetap ditutup’

Kerajaan sedia tambah STR, SARA jika ekonomi terus kukuh – PM

Kerajaan sedia tambah STR, SARA jika ekonomi terus kukuh – PM

Sabah sertai Deklarasi Data Aset Jalan, rekod lebih 20,000 kilometer jalan negeri

Sabah sertai Deklarasi Data Aset Jalan, rekod lebih 20,000 kilometer jalan negeri

Pengguna dakwa laman sosial Facebook gagal diakses

Pengguna dakwa laman sosial Facebook gagal diakses

KKR perkasa pendigitalan sektor pembinaan menerusi Program Kolaborasi Strategik 2026