Bersatu tidak akan dapat wang berjuta jika bukan kerana Muhyiddin

KUALA LUMPUR – Pihak pendakwaan akan membuktikan bahawa parti Bersatu tidak akan mendapat sumbangan jutaan ringgit jika Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak dilantik menjadi Perdana Menteri.

Timbalan Ketua Bahagian Perbicaraan dan Rayuan II, Bahagian Perbicaraan dan Rayuan di Jabatan Peguam Negara (AGC), Datuk Wan Shaharuddin Wan Ladin berkata, pendakwaan dalam kes salah guna kedudukan dan pengubahan wang haram dihadapi Muhyiddin berkaitan program Jana Wibawa antara enam dan tujuh tahun lalu, akan menunjukkan Menteri Kewangan ketika itu hanya bertindak berdasarkan minit mesyuarat oleh Presiden Bersatu itu.

Katanya, pendakwaan akan bergantung kepada bukti dokumentari, keterangan terus dan keterangan ikut keadaan dalam membuktikan kes mereka.

Sebelum ini, pihak pendakwaan memberitahu, mereka akan memanggil kira-kira 30 orang saksi termasuk bekas Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz.

“Kami menyatakan bahawa wang berjuta-juta ringgit sememangnya tidak masuk ke dalam poket tertuduh (Muhyiddin) sendiri tetapi telah masuk ke dalam akaun sekutunya iaitu parti Bersatu yang mana tertuduh adalah Presiden pada waktu itu dan juga Perdana Menteri yang mempunyai kepentingan secara tidak langsung kepada Projek Janawibawa ini.

“Kami akan juga menunjukkan Menteri Kewangan ketika itu hanya bertindak berdasarkan minit oleh tertuduh dan Menteri Kewangan tidak mendapat apa-apa keuntungan di dalam membuat tindakan tersebut.

“(Malah) sekutu Menteri Kewangan ketika itu iaitu UMNO juga tidak mendapat apa-apa keuntungan. Keterangan-keterangan akan menunjukkan (jika) tidak kerana tertuduh menjadi Presiden Bersatu dan juga pada masa yang sama menjadi Perdana Menteri Malaysia pada waktu itu, parti Bersatu tidak akan mendapat sumbangan berjuta-juta ringgit,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika membaca ucapan pembukaan kes salah guna kedudukan dan pengubahan wang haram membabitkan jumlah RM232.5 juta yang dihadapi oleh Muhyiddin, 79.

Wan Shaharuddin berkata, Muhyiddin menghadapi empat pertuduhan mengikut Seksyen 23 (1) Akta SPRM dan tiga pertuduhan mengikut Seksyen 4 (1) (b) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Aktiviti Haram 2001 (AMLATFPUAA) iaitu pertuduhan berkenaan kesalahan penggubahan wang haram.

Perbicaraan kes berprofil tinggi itu akan berlangsung selama tiga hari bermula hari ini hingga Rabu ini sebelum bersambung semula selama empat hari pada tarikh seterusnya 13 April ini.

Pada 7 Oktober 2025, Jabatan Peguam Negara menolak representasi Muhyiddin bagi menggugurkan tujuh pertuduhan terhadapnya.

Bekas Presiden Perikatan Nasional (PN) itu didakwa di Mahkamah Sesyen pada 10 Mac 2023 sebelum kes itu dibenarkan untuk dipindahkan ke Mahkamah Tinggi untuk dibicarakan pada 16 Jun 2025.

Salah satu pertuduhan yang di­kenakan terhadap Muhyiddin didakwa dilakukan antara hari pertama beliau me­ngangkat sumpah sebagai Per­­­dana Menteri Kelapan iaitu antara 1 Mac 2020 hingga 20 Ogos 2021.

Bagi empat pertuduhan membabitkan salah guna ke­dudukan, Muhyiddin, 76, di­dakwa sebagai Perdana Menteri dan Presiden Bersatu telah menyalahgunakan kedudukan untuk suapan berjumlah RM232,500,000 bagi parti tersebut.

Suapan tersebut adalah da­ripada tiga buah syarikat serta seorang individu bernama Datuk Azman Yusoff.

Perbuatan itu didakwa dilakukan antara 1 Mac 2020 dan 20 Ogos 2021 di Pejabat Perdana Menteri, Blok Utama, Bangunan Perdana Putra, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, Putrajaya.

Sementara itu, bagi pertuduhan membabitkan peng­ubahan wang haram, Muh­yiddin yang juga Presiden Bersatu menerima hasil daripada aktiviti haram, iaitu wang berjumlah RM200 juta daripada sebuah syarikat yang dimasukkan ke akaun CIMB Bank dan AmBank milik Bersatu.

Related Posts

Fahmi mahu agensi komunikasi perkasa maklumat sahih, dekati gen Z dan Alpha

PUTRAJAYA – Menteri Komunikasi, Datuk Seri Fahmi Fadzil menggesa semua jabatan dan agensi di bawah kementeriannya memperkukuh penyebaran maklumat sahih bagi mendekati Generasi Z dan Generasi Alpha yang semakin bergantung…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Fahmi arah agensi kementerian berhemat, manfaatkan IPPTAR untuk latihan

PUTRAJAYA – Menteri Komunikasi, Datuk Seri Fahmi Fadzil mengarahkan semua jabatan dan agensi di bawah kementeriannya mengamalkan perbelanjaan secara berhemat dalam keadaan ekonomi semasa yang mencabar. Fahmi berkata, banyak program…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Manifesto PH demi masa depan terbaik anak-anak Negeri Sembilan

Manifesto PH demi masa depan terbaik anak-anak Negeri Sembilan

PH lancar 10 komitmen dalam manifesto PRN Negeri Sembilan

PH lancar 10 komitmen dalam manifesto PRN Negeri Sembilan

Keupayaan urus Negeri Sembilan bukti PH tidak tampil dengan retorik kosong

Keupayaan urus Negeri Sembilan bukti PH tidak tampil dengan retorik kosong

Tidak mahu Sabah jadi ‘Syurga Scammer’, lulus segera RUU Jenayah Siber langkah tepat

Tidak mahu Sabah jadi ‘Syurga Scammer’, lulus segera RUU Jenayah Siber langkah tepat

Sungai Sedim paling berisiko kes kepala air di Kedah

Sungai Sedim paling berisiko kes kepala air di Kedah

Gangguan monyet cetus cadangan mini zoo di Balung Kokos

Gangguan monyet cetus cadangan mini zoo di Balung Kokos