Geran RM10,000 suntik semangat Persatuan Wushu Mukah

MUKAH – Persatuan Wushu Bahagian Mukah menerima geran Projek Kecil Luar Bandar (MRP) berjumlah RM10,000 yang diumumkan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tellian, Royston Valentine semasa Majlis Jamuan Kelab Tarian Naga dan Singa Medan Setia Raja, Persatuan Wushu Bahagian Mukah serta Kelab Wushu Dalat di Kingwood Hotel pada Khamis malam.

Menurut Royston, sumbangan tersebut bertujuan menyokong pelaksanaan aktiviti persatuan serta memperkasa pembangunan sukan dan warisan budaya dalam kalangan generasi muda di Mukah.

Katanya, ahli persatuan telah menunjukkan dedikasi dan disiplin tinggi melalui penyertaan dalam persembahan tarian naga, tarian singa dan wushu di pelbagai pertandingan peringkat negeri dan kebangsaan.

“Melalui aktiviti ini, mereka bukan sahaja memartabatkan seni budaya, malah berjaya membawa nama Mukah ke peringkat lebih tinggi,” katanya ketika berucap pada majlis tersebut.

Beliau turut menegaskan bahawa kekuatan persatuan tersebut terletak pada semangat perpaduan dalam kalangan ahlinya yang terdiri daripada pelbagai latar belakang kaum di Sarawak.

“Walaupun berbeza budaya dan tradisi, kita tetap berdiri sebagai satu pasukan. Inilah kekuatan sebenar Sarawak iaitu kepelbagaian, keharmonian dan saling menghormati,” ujarnya.

Tambah beliau, tarian naga, tarian singa dan wushu bukan sekadar persembahan budaya atau sukan semata-mata, sebaliknya melambangkan disiplin, keberanian serta semangat kerja berpasukan yang mampu memberi inspirasi kepada generasi muda.

Majlis berkenaan turut menjadi platform mengeratkan hubungan komuniti sambil meraikan semangat Tahun Baharu Cina dan Ramadan dalam suasana penuh muhibah di sekitar Mukah.

Related Posts

Hasrat penduduk kampung miliki Masjid sendiri sejak 40 tahun jadi kenyataan

TAWAU – Pembinaan Masjid Al-Ghafur menjadi titik bersejarah buat penduduk Kampung Kinabutan Bukit, di sini, apabila masjid berkenaan menjadi pusat ibadah dan aktiviti keagamaan komuniti setempat. Pengerusi Masjid Al-Ghafur, Sukianto…

Lebih lanjut

teruskan membaca
JPBD Tawau isytihar tamat bencana banjir, PPS ditutup

TAWAU – Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Tawau mengisytiharkan penamatan bencana banjir di daerah ini selepas keadaan di semua kawasan yang terjejas disahkan pulih sepenuhnya. Pengerusinya, Mohd Shoffian Mohd Said…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Hasrat penduduk kampung miliki Masjid sendiri sejak 40 tahun jadi kenyataan

Hasrat penduduk kampung miliki Masjid sendiri sejak 40 tahun jadi kenyataan

JPBD Tawau isytihar tamat bencana banjir, PPS ditutup

JPBD Tawau isytihar tamat bencana banjir, PPS ditutup

Memorial Muzium KD Hang Tuah, bakal ikon pelancongan maritim Perak

Memorial Muzium KD Hang Tuah, bakal ikon pelancongan maritim Perak

Pekerja kilang papan gempar jumpa bom tangan, nota ugutan

Pekerja kilang papan gempar jumpa bom tangan, nota ugutan

RS-2 terus agenda sifar miskin tegar Selangor

RS-2 terus agenda sifar miskin tegar Selangor

MAHA Pahang 2026 pecah rekod, dihadiri lebih 200,000 pengunjung

MAHA Pahang 2026 pecah rekod, dihadiri lebih 200,000 pengunjung