Penunggang e-hailing Lembah Pantai terima tajaan perlindungan insurans

KUALA LUMPUR – Seramai 350 penunggang e-hailing di kawasan Lembah Pantai menerima rezeki luar jangka pada bulan Ramadan apabila Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil mengumumkan tajaan premium insurans di bawah skim Perlindungan Tenang selama setahun.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Lembah Pantai berkata, tajaan insurans itu membuktikan Kerajaan MADANI memberi perhatian serius terhadap masa depan pekerja ekonomi gig, termasuk penunggang e-hailing.

“Ini juga sebagai tanda penghargaan saya kepada para riders yang ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dahulu dianggap frontliners.

“Saya tidak lupa akan sumbangan mereka hingga kini dan saya terus berusaha dengan rakan-rakan kabinet MADANI untuk pastikan masa depan para rider terus cerah,” katanya, seperti dilapor Bernama.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan program Satelit Khas: Ihya Ramadan TemuMi 2.0 2026@Lembah Pantai, di sini, petang semalam.

Fahmi berkata, selepas tempoh tajaan setahun berakhir, penunggang boleh menyambung perlindungan tersebut dengan bayaran RM100 setahun.

Beliau turut berhasrat mewujudkan sebuah pusat persinggahan khas untuk penunggang e-hailing di sekitar Lembah Pantai bagi membolehkan mereka berehat sementara menunggu tempahan seterusnya.

“Saya juga bercadang menubuhkan satu tempat persinggahan bagi para penunggang kerana aduan mereka berkaitan waktu rehat.

“Kadang-kadang mereka memerlukan ruang untuk menarik nafas sementara menunggu pesanan yang akan datang. Insya-Allah, usaha ini akan dilaksanakan,” katanya.

Menurutnya, beberapa lokasi telah dikenal pasti dan pihaknya akan berurusan dengan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur bagi meneliti aspek pelaksanaan, termasuk sama ada mendirikan struktur kekal atau sementara.

Terdahulu, Fahmi menyampaikan sumbangan wang tunai kepada penunggang e-hailing yang hadir pada program itu.

Related Posts

Fahmi mahu agensi komunikasi perkasa maklumat sahih, dekati gen Z dan Alpha

PUTRAJAYA – Menteri Komunikasi, Datuk Seri Fahmi Fadzil menggesa semua jabatan dan agensi di bawah kementeriannya memperkukuh penyebaran maklumat sahih bagi mendekati Generasi Z dan Generasi Alpha yang semakin bergantung…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Fahmi arah agensi kementerian berhemat, manfaatkan IPPTAR untuk latihan

PUTRAJAYA – Menteri Komunikasi, Datuk Seri Fahmi Fadzil mengarahkan semua jabatan dan agensi di bawah kementeriannya mengamalkan perbelanjaan secara berhemat dalam keadaan ekonomi semasa yang mencabar. Fahmi berkata, banyak program…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Manifesto PH demi masa depan terbaik anak-anak Negeri Sembilan

Manifesto PH demi masa depan terbaik anak-anak Negeri Sembilan

PH lancar 10 komitmen dalam manifesto PRN Negeri Sembilan

PH lancar 10 komitmen dalam manifesto PRN Negeri Sembilan

Keupayaan urus Negeri Sembilan bukti PH tidak tampil dengan retorik kosong

Keupayaan urus Negeri Sembilan bukti PH tidak tampil dengan retorik kosong

Tidak mahu Sabah jadi ‘Syurga Scammer’, lulus segera RUU Jenayah Siber langkah tepat

Tidak mahu Sabah jadi ‘Syurga Scammer’, lulus segera RUU Jenayah Siber langkah tepat

Sungai Sedim paling berisiko kes kepala air di Kedah

Sungai Sedim paling berisiko kes kepala air di Kedah

Gangguan monyet cetus cadangan mini zoo di Balung Kokos

Gangguan monyet cetus cadangan mini zoo di Balung Kokos