PKR Pahang salur bantuan segera untuk waris tragedi kebakaran Pamah Kulat

KUANTAN – PKR Pahang akan menyalurkan bantuan awal kepada waris lima sekeluarga yang maut dalam tragedi kebakaran sebuah rumah di Kampung Pamah Kulat, Dong, Raub, awal pagi tadi.

Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri, Datuk Ahmad Farhan Fauzi berkata, pelaksanaan inisiatif itu adalah tanda solidariti dan keprihatinan terhadap nasib waris mangsa.

“Fokus utama kami adalah untuk memastikan kebajikan dan kelangsungan pendidikan kedua-dua anak mangsa yang masih belajar terus terbela dalam waktu sukar ini.

“Marilah kita sama-sama memanjatkan doa agar urusan mereka dipermudahkan. Takziah sekali lagi buat seluruh ahli keluarga. Semoga mereka tenang di sana,” katanya, lapor Berita Harian.

Mengulas lanjut, beliau turut menzahirkan kejadian itu bukan sahaja memberi kesan mendalam kepada warga Raub, malah seluruh rakyat Pahang.

Tambahnya, kehilangan mengejut seluruh ahli keluarga terdekat pasti memberi trauma mendalam kepada dua anak mangsa yang terselamat.

“Saya mendoakan dua anak mangsa yang terselamat dan sedang menuntut di Kolej Matrikulasi Gambang serta Sekolah Menengah Kebangsaan Dong, diberikan ketabahan, kesabaran dan kekuatan iman setinggi-tingginya.

“Kehilangan mengejut seluruh ahli keluarga tercinta adalah satu trauma yang amat berat untuk dipikul,” katanya.

Lima sekeluarga yang maut dalam tragedi kebakaran di Kampung Pamah Kulat, Raub, adalah pasangan suami isteri Mohd Alawi Muhammad, 56 dan Zaleha Adam @Ibrahim, 44, serta tiga anak mereka, iaitu Ruby Adira Batrisya Mohd Alawi, 17; Ruby Adlina Banin Mohd Alawi, 14, dan Ruby Azyan Barizah Mohd Alawi, 10.

Related Posts

Sambutan Hari Malaysia 2026: Fahmi jamin capaian internet optimum untuk media

KUCHING – Kementerian Komunikasi memberi jaminan bahawa kualiti liputan dan capaian internet pada malam kemuncak sambutan Hari Malaysia ke-63 akan berada di tahap optimum bagi melancarkan kelancaran tugas pengamal media.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Penghantar barang ditahan bersama dadah, pistol palsu

TEMERLOH – Tindakan seorang penghantar barang menyembunyikan sepucuk pistol palsu di bawah kerusi bahagian pemandu terbongkar selepas ditahan dalam serbuan berkaitan dadah di Paya Keladan di sini, malam Sabtu lalu.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Lembaga Pengampunan: Pas perlu faham peraturan, bukan keruhkan keadaan – PM Anwar

Lembaga Pengampunan: Pas perlu faham peraturan, bukan keruhkan keadaan – PM Anwar

Prosiding Lembaga Pengampunan sulit, tak wajar dipersoalkan – Tajuddin

Prosiding Lembaga Pengampunan sulit, tak wajar dipersoalkan – Tajuddin

PM Anwar tegas pilih kestabilan, bukan polemik politik

PM Anwar tegas pilih kestabilan, bukan polemik politik

BRICS wadah perjuang sistem antarabangsa lebih adil – PM Anwar

BRICS wadah perjuang sistem antarabangsa lebih adil – PM Anwar

Sambutan Hari Malaysia 2026: Fahmi jamin capaian internet optimum untuk media

Sambutan Hari Malaysia 2026: Fahmi jamin capaian internet optimum untuk media

Malaysia-Keralam bincang peluang tingkat perdagangan, pelaburan

Malaysia-Keralam bincang peluang tingkat perdagangan, pelaburan