Ops Siaga Raya: Sinergi agensi, komuniti perkukuh keselamatan kebakaran di Sarawak

MIRI – Aspek keselamatan kebakaran di kediaman tidak boleh dipandang ringan memandangkan kecuaian kecil mampu membawa kerugian besar, bukan sahaja memusnahkan harta benda malah mengancam nyawa.

Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Dr Sim Kui Hian berkata, pendekatan pencegahan awal melalui pendidikan dan kesedaran komuniti adalah langkah tepat yang perlu diteruskan secara konsisten, khususnya menjelang musim perayaan.

Menurutnya, musim perayaan sering menyaksikan peningkatan risiko kebakaran akibat penggunaan elektrik secara berlebihan, pemasangan lampu hiasan, aktiviti memasak yang berterusan serta pergerakan trafik yang tinggi.

“Keselamatan bukan hanya tanggungjawab pihak berkuasa, tetapi merupakan tanggungjawab bersama seluruh masyarakat.

“Dengan kesedaran dan sikap bertanggungjawab, kita mampu mengurangkan risiko kebakaran dan memastikan sambutan perayaan diraikan dalam suasana selamat dan harmoni,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Pelancaran ‘Ops Siaga Raya’ dan Kempen Keselamatan Kebakaran Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Sarawak Tahun 2026 di Emart Riam pada Khamis.

Kempen anjuran JBPM Sarawak itu diadakan sempena musim perayaan Tahun Baharu Cina dan Hari Raya Aidilfitri bagi memastikan tahap kesiapsiagaan jabatan berkenaan sentiasa berada pada tahap tertinggi.

Mengulas lanjut, Dr Sim memuji inisiatif Program Komuniti, Prihatin, Kediaman Selamat bersama JBPM Sarawak tahun ini yang disifatkan sangat signifikan sebagai langkah pencegahan awal menerusi pemeriksaan keselamatan dan penyebaran maklumat.

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada JBPM Sarawak yang mengambil pendekatan proaktif turun padang mendekati komuniti tanpa menunggu berlakunya kecemasan.

Dalam pada itu, Dr Sim menzahirkan ucapan terima kasih kepada orang awam dan sektor swasta yang berani membantu memadamkan kebakaran di Kampung Wireless, Miri pada 15 November tahun lalu.

“Kerjasama erat antara komuniti, sektor swasta dengan agensi penyelamat mencerminkan pendekatan menyeluruh dalam pengurusan bencana demi memastikan keselamatan rakyat sentiasa terpelihara,” ujarnya.

Majlis tersebut turut dimeriahkan dengan pelbagai pengisian program termasuk persembahan tarian singa, penyampaian hadiah pertandingan mewarna serta penyampaian sijil penghargaan tanggungjawab sosial korporat (CSR).

Turut hadir Menteri Pengangkutan Sarawak, Lee Kim Shin; Datuk Bandar Miri merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pujut, Adam Yii Siew Sang; Pengarah JBPM Sarawak, Jamri Masran; Residen Bahagian Miri, Galong anak Luang dan Pegawai Daerah Miri, Siti Rohanie Yusof.

Related Posts

Tidak mahu Sabah jadi ‘Syurga Scammer’, lulus segera RUU Jenayah Siber langkah tepat

KOTA KINABALU – Senator Datuk Phoong Jin Zhe menegaskan pendirian bahawa Sabah tidak seharusnya menjadi destinasi pelancongan bagi ‘scammer’ antarabangsa sehingga menjejaskan imej negeri. Beliau berkata, ia susulan peningkatan berkaitan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Sungai Sedim paling berisiko kes kepala air di Kedah

ALOR SETAR – Laluan air sungai Sedim di Kulim dekat sini dikenal pasti sebagai lokasi paling kerap dilanda kepala air di Kedah apabila lima daripada 11 insiden yang direkodkan sejak…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Manifesto PH demi masa depan terbaik anak-anak Negeri Sembilan

Manifesto PH demi masa depan terbaik anak-anak Negeri Sembilan

PH lancar 10 komitmen dalam manifesto PRN Negeri Sembilan

PH lancar 10 komitmen dalam manifesto PRN Negeri Sembilan

Keupayaan urus Negeri Sembilan bukti PH tidak tampil dengan retorik kosong

Keupayaan urus Negeri Sembilan bukti PH tidak tampil dengan retorik kosong

Tidak mahu Sabah jadi ‘Syurga Scammer’, lulus segera RUU Jenayah Siber langkah tepat

Tidak mahu Sabah jadi ‘Syurga Scammer’, lulus segera RUU Jenayah Siber langkah tepat

Sungai Sedim paling berisiko kes kepala air di Kedah

Sungai Sedim paling berisiko kes kepala air di Kedah

Gangguan monyet cetus cadangan mini zoo di Balung Kokos

Gangguan monyet cetus cadangan mini zoo di Balung Kokos