Jalan rosak di Bingolon dalam tindakan JKR, pembaikan dilaksana selepas cuaca pulih

KUDAT – Isu jalan rosak di Kampung Bingolon, Matunggong yang tular baru-baru ini sedang dalam tindakan pihak berkuasa dan kerja pembaikan akan dilaksanakan sebaik sahaja keadaan cuaca mengizinkan.

Setiausaha Politik kepada Menteri Pembangunan Wanita, Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat Sabah (KWKKR), Marius Masain berkata, jalan berkenaan terletak di bawah bidang kuasa serta tanggungjawab penyelenggaraan Jabatan Kerja Raya (JKR) daerah dan kini berada dalam pemantauan rapi agensi itu.

“Musim hujan berterusan sejak kebelakangan ini menjejaskan pelbagai kemudahan awam termasuk rangkaian jalan luar bandar di kawasan Matunggong, sekali gus menyukarkan pelaksanaan kerja pembaikan segera.

“Kerja pembaikan memerlukan keadaan cuaca yang sesuai bagi memastikan pelaksanaan sempurna serta hasil yang berkekalan. Tindakan sewajarnya akan diambil sebaik sahaja keadaan cuaca mengizinkan untuk mobilisasi yang selamat.

“Pemilihan masa yang tepat adalah penting bagi memastikan kerja pembaikan dapat dilaksanakan secara berkesan dan memberi hasil yang tahan lama,” katanya dalam satu kenyataan media, di sini pada Jumaat.

Tambahnya, isu jalan rosak di Kampung Bingolon mendapat perhatian penduduk setempat berikutan ia merupakan laluan utama harian bagi urusan kerja, persekolahan serta aktiviti ekonomi komuniti luar bandar.

Mengulas mengenai tindakan penduduk yang mengambil inisiatif melakukan kerja tampalan sementara menggunakan sumber sendiri, Marius menzahirkan penghargaan atas semangat gotong-royong dan keprihatinan komuniti terbabit.

Sementara itu, beliau menegaskan bahawa sebarang pembaikan infrastruktur awam perlu mematuhi prosedur serta spesifikasi teknikal yang ditetapkan bagi menjamin aspek keselamatan pengguna dan ketahanan jangka panjang.

“Keutamaan kita kekal untuk menyelesaikan isu ini melalui agensi yang bertanggungjawab supaya penyelesaian yang dilaksanakan bukan sahaja segera, tetapi juga selamat dan mampan,” ujarnya.

Tambahnya, beliau turut rasa kesal sekiranya situasi berkenaan digambarkan tanpa konteks menyeluruh, memandangkan faktor cuaca dan aspek teknikal memainkan peranan penting dalam menentukan jadual serta kaedah pelaksanaan pembaikan.

“Penduduk kampung kini berharap keadaan cuaca bertambah baik dalam masa terdekat bagi membolehkan kerja penyelenggaraan dilaksanakan segera demi menjamin keselamatan dan kelancaran pergerakan harian di kawasan berkenaan,” jelasnya.

Related Posts

Lebih 115,000 pengunjung, Sarikei cipta rekod baharu Program Sarawakku Sayang

SARIKEI – Program Sarawakku Sayang (SKS) Bahagian Sarikei mencatat sejarah tersendiri apabila merekodkan kehadiran seramai 115,150 pengunjung, sekali gus menjadi jumlah tertinggi sepanjang penganjuran program berkenaan di Sarawak tahun ini.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Jururawat tunjang utama sistem kesihatan negara

LIMBANG – Profesion kejururawatan diiktiraf sebagai tunjang utama dalam memastikan kelancaran sistem penjagaan kesihatan negara, selain bertindak sebagai penghubung penting antara pesakit dengan pasukan perubatan. Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Hasbi…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Lebih 115,000 pengunjung, Sarikei cipta rekod baharu Program Sarawakku Sayang

Lebih 115,000 pengunjung, Sarikei cipta rekod baharu Program Sarawakku Sayang

Jururawat tunjang utama sistem kesihatan negara

Jururawat tunjang utama sistem kesihatan negara

Langkah Jiwa Merdeka KMJG dekati masyarakat, semarak patriotisme

Langkah Jiwa Merdeka KMJG dekati masyarakat, semarak patriotisme

Setiap projek Rumah Selangorku wajib sedia hentian bas

Setiap projek Rumah Selangorku wajib sedia hentian bas

Laporan RCI Tabung Haji bukti wujud ‘pengkhianat’ Melayu Islam

Laporan RCI Tabung Haji bukti wujud ‘pengkhianat’ Melayu Islam

Kesatuan Pondok-Pondok Kelantan gesa tolak politik fitnah, perpecahan

Kesatuan Pondok-Pondok Kelantan gesa tolak politik fitnah, perpecahan