Warga emas OKU maut, suami terselamat dalam kebakaran

IPOH – Seorang wanita warga emas orang kurang upaya (OKU) ditemukan maut selepas rumah yang didiaminya bersama suami musnah dalam kebakaran di Jalan Lahar, Simpang Pulai, di sini, pada Rabu malam.

Mangsa yang merupakan OKU kategori bisu dan pekak ditemui tidak bernyawa di bahagian ruang tamu kediaman berkenaan.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 10.31 malam.

Menurutnya, seramai 27 anggota daripada Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Simpang Pulai, BBP Pasir Puteh serta Pasukan Bomba Sukarela (PBS) Pekan Baru dikejarkan ke lokasi kejadian.

“Setibanya pasukan di tempat kejadian, api didapati sedang marak dan telah memusnahkan kira-kira 90 peratus struktur rumah berkenaan.

“Seorang mangsa dipercayai terperangkap di dalam rumah sebelum ditemukan di ruang tamu,” katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Dalam kejadian sama, suami mangsa yang berusia 79 tahun berjaya menyelamatkan diri.

Sabarodzi berkata, Bahagian Penyiasatan Kebakaran JBPM bersama pihak polis turut menjalankan siasatan di lokasi bagi mengenal pasti punca kejadian, manakala Unit Pengesan K9 dipanggil membantu operasi.

Mayat mangsa kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut selepas operasi pemadaman dan pemeriksaan selesai dijalankan.

Operasi yang diketuai Komander Operasi, Amir Yacob itu tamat sepenuhnya pada jam 1.01 pagi. Punca kebakaran masih dalam siasatan.

Related Posts

Imigresen mohon orang ramai kesan wanita asal Semporna bantu siasatan

SEMPORNA – Jabatan Imigresen Malaysia memohon bantuan orang ramai untuk mengesan seorang wanita yang dikehendaki bagi membantu siasatan yang dijalankan oleh Cawangan Siasatan, Bahagian Penguatkuasaan, Ibu Pejabat Jabatan Imigresen Malaysia…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Generasi muda Malaysia berupaya jadi inovator bertaraf dunia – Rina

TAWAU – Generasi muda Malaysia berupaya muncul sebagai inovator bertaraf dunia dengan memperkukuh pendidikan berteraskan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM). Pembantu Menteri Wanita, Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat Sabah, Datuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

PKS, komuniti sempadan dipastikan nikmati manfaat Zon Ekonomi Malaysia-Thailand

PKS, komuniti sempadan dipastikan nikmati manfaat Zon Ekonomi Malaysia-Thailand

Imigresen mohon orang ramai kesan wanita asal Semporna bantu siasatan

Imigresen mohon orang ramai kesan wanita asal Semporna bantu siasatan

Generasi muda Malaysia berupaya jadi inovator bertaraf dunia – Rina

Generasi muda Malaysia berupaya jadi inovator bertaraf dunia – Rina

Kerajaan perhebat langkah perkukuh sistem agromakanan negara

Kerajaan perhebat langkah perkukuh sistem agromakanan negara

Slogan ‘Asalkan Bukan PH-DAP’ cetus politik berasaskan kelompok – Tajuddin

Slogan ‘Asalkan Bukan PH-DAP’ cetus politik berasaskan kelompok – Tajuddin

Trump umum akan serang Iran dalam tempoh 48 jam

Trump umum akan serang Iran dalam tempoh 48 jam