Protes besar-besaran jika tiada hukuman tegas terhadap pelajar pijak al-Quran

KUALA LUMPUR – Bantahan Awam atau protes secara besar-besaran dengan mengikut Akta Perhimpunan Awam akan dilaksanakan, jika tiada tindakan tegas dikenakan terhadap pelaku yang memuat naik hantaran gambar memijak al-Quran di laman Thread, baru-baru ini.

Ketua Pemuda Pas Selangor, Mohamed Sukri Omar berkata, selain hukuman berat penuntut universiti berkenaan perlu ditamatkan pengajian serta-merta.

Dalam masa yang sama, beliau menggesa supaya individu tersebut tidak dibenarkan memasuki mana-mana universiti awam.

“Hukuman kerja kemasyarakatan berat dan berpanjangan di bawah pemantauan rasmi, termasuk khidmat wajib di institusi kebajikan serta program pemulihan sahsiah yang ketat.

“Ketegasan negara dalam isu ini akan menjadi garis pemisah yang jelas bahawa kesucian al-Quran tidak boleh dipijak dan agama tidak boleh dijadikan bahan provokasi,” katanya menerusi kenyataan, pada Khamis.

Sementara itu, Mohamed Sukri menggesa kerajaan menggubal undang-undang yang lebih tegas khusus terhadap penghinaan agama Islam.

Beliau berpendapat, keperluan buat Kerajaan Persekutuan mempertimbangkan penggubalan rang undang undang yang lebih tegas dan khusus terhadap penghinaan agama Islam, selaras dengan kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan.

“Undang undang tersebut perlu memperincikan bentuk kesalahan, memperkemas takrif penghinaan serta memperuntukkan hukuman yang lebih berat dan jelas sebagai pencegahan.

“Saya menyeru semua Ahli Parlimen Islam tanpa mengira parti agar bersatu menyokong sebarang usaha memperkukuh perlindungan undang-undang terhadap kesucian Islam. Dalam isu maruah agama, tidak sepatutnya ada politik kepartian. Ini soal prinsip, soal aqidah dan soal ketenteraman negara,” katanya.

Terdahulu, seorang penuntut institusi pengajian tinggi awam  yang menggunakan nama “Vikneswaran0102′ di laman Thread ditahan polis selepas memuat naik hantaran gambarnya memijak al-Quran, kelmarin.

Tindakan biadabnya itu mencetuskan kemarahan umat Islam di negara ini.

Ketua Polis Pahang Datuk Seri Yahaya Othman semalam berkata, penuntut itu telah direman selama empat hari sehingga 28 Februari ini.

Kes disiasat mengikut Seksyen 295 Kanun Keseksaan kerana menghina agama lain dan sabit kesalahan boleh dipenjara hingga dua tahun dan denda.

Suspek juga disiasat mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 kerana penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian untuk menghantar komunikasi bersifat menyakitkan hati, menganiaya, mengugut, atau mengganggu orang lain termasuk kandungan jelik.

Sabit kesalahan boleh dipenjara hingga setahun dan denda maksimum RM50,000 atau kedua-duanya sekali.

Related Posts

Akta e-dagang baharu perlu disegerakan demi lindungi peniaga tempatan – Fuziah

KUALA LUMPUR – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) mahu proses menggubal akta e-dagang baharu dipercepatkan bagi memperkukuh perlindungan pengguna dan memastikan peniaga tempatan berdepan persaingan yang…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Dapatan RCI Tabung Haji: Jangan kelirukan rakyat

BILA bercakap tentang RCI Tabung Haji, jangan kita berhenti pada alasan bahawa PwC dan Jabatan Audit Negara menggunakan metodologi perakaunan berbeza. Itu bukan persoalan utama. Persoalan sebenarnya ialah, jika kaedahnya…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Akta e-dagang baharu perlu disegerakan demi lindungi peniaga tempatan – Fuziah

Akta e-dagang baharu perlu disegerakan demi lindungi peniaga tempatan – Fuziah

Dapatan RCI Tabung Haji: Jangan kelirukan rakyat

Dapatan RCI Tabung Haji: Jangan kelirukan rakyat

10 pengunjung terjejas, Sunway Lagoon tampil beri penjelasan

10 pengunjung terjejas, Sunway Lagoon tampil beri penjelasan

Jangan politikkan Tabung Haji tetapi siapa pula menubuhkan RCI? – Mahfuz

Jangan politikkan Tabung Haji tetapi siapa pula menubuhkan RCI? – Mahfuz

Lima lelaki ditahan, hampir 200kg daun ketum dirampas

Lima lelaki ditahan, hampir 200kg daun ketum dirampas

Lelaki hilang cari lembu dalam Hutan Simpan Sementah ditemukan selamat

Lelaki hilang cari lembu dalam Hutan Simpan Sementah ditemukan selamat