Pindaaan AKPR : Kos pengiklanan media sosial calon sedang diteliti SPR

KUALA LUMPUR- Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sedang meneliti kempen digital calon-calon semasa pilihan raya termasuk mengambil kira kos pengiklanan di media sosial ketika tempoh berkempen.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, proses libat urus dengan semua pihak yang berkaitan akan  dilaksanakan bagi memastikan pindaan Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 (AKPR) dibuat dengan teratur dan mengambil kira pandangan.

“Justeru, SPR masih belum memuktamadkan pindaan yang akan dibuat sehingga sesi libat urus selesai dilaksanakan.

“SPR turut sedang meneliti kesesuaian had perbelanjaan calon yang baharu dan kesesuaian untuk mengambil kira perbelanjaan parti semasa pilihan raya dalam usaha untuk menambah baik Akta Kesalahan Pilihan Raya,” dalam jawapan bertulis disiarkan di laman web Parlimen.

Beliau menjawab soalan Ahli Parlimen PH Pandan, Datuk Seri Rafizi Ramli terhadap perancangan kerajaan bagi meminda Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954, terutamanya berhubung had perbelanjaan calon Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan Ahli Parlimen yang dilihat sudah tidak praktikal dan lapuk serta amalan baharu dalam kempen pilihan raya.

Mengulas lanjut, Azalina berkata, perbelanjaan yang dinyatakan di bawah akta itu merupakan perbelanjaan yang dibuat oleh calon yang bertanding dan bukannya perbelanjaan yang dibuat oleh parti. 

“Perbelanjaan maksimum yang dibenarkan  untuk setiap calon Dewan Rakyat adalah RM200,000 dan RM100,000 untuk setiap calon Dewan Undangan Negeri,” katanya.

Related Posts

Kes denggi makin membimbangkan, gotong-royong mega Aedes bakal dilaksana

KUALA LUMPUR – Demi membanteras kes denggi di negara ini, antara cadangan yang akan diteliti ialah mengadakan program gotong-royong mega bersempena dengan Bulan Kesiapsiagaan Nasional (BKN) 2026 pada Oktober ini.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Bekas Ketua Hakim Negara meninggal dunia

KUALA LUMPUR – Bekas Ketua Hakim Negara, Tun Mohd Eusoff Chin meninggal dunia awal pagi tadi pada usia 90 tahun. Berita pemergian Allahyarham yang juga anak jati Batu Gajah, Perak…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kes denggi makin membimbangkan, gotong-royong mega Aedes bakal dilaksana

Kes denggi makin membimbangkan, gotong-royong mega Aedes bakal dilaksana

PH sambut baik BN terbuka runding kerusi di Melaka

PH sambut baik BN terbuka runding kerusi di Melaka

Bersatu pertimbang lapor ROS dakwaan keahlian dalam PN gugur automatik

Bersatu pertimbang lapor ROS dakwaan keahlian dalam PN gugur automatik

Bapa lemas cuba bantu anak jatuh kolam ikan

Bapa lemas cuba bantu anak jatuh kolam ikan

Gol Pavithran bawa Malaysia ke separuh akhir Piala ASEAN

Gol Pavithran bawa Malaysia ke separuh akhir Piala ASEAN

BN Melaka mahu rundingan politik dihentikan di media sosial

BN Melaka mahu rundingan politik dihentikan di media sosial