28 individu dihadapkan ke mahkamah atas pelbagai kesalahan dadah

SARATOK – Seramai 28 individu dihadapkan ke Mahkamah Majistret Saratok atas pelbagai kesalahan berkaitan penyalahgunaan dadah yang dikesan sepanjang Februari di sekitar daerah Saratok, Roban dan Kabong, pada Rabu.

Kesemua tangkapan tersebut merupakan hasil operasi yang dijalankan oleh Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN), Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Saratok menerusi Op Tapis Khas yang dilaksanakan sepanjang bulan Februari.

Daripada jumlah itu, seorang individu didakwa di bawah Seksyen 39A(1) Akta Dadah Berbahaya 1952, tiga individu di bawah Seksyen 12(2) akta yang sama, manakala 24 individu lagi didakwa di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 kerana kesalahan memasukkan dadah ke dalam badan.

Ketua Polis Daerah Saratok, DSP Mathew Manggie berkata, operasi tersebut merupakan komitmen berterusan pihak polis dalam mengekang dan membanteras aktiviti penyalahgunaan dadah di daerah Saratok.

“Operasi ini merupakan usaha berterusan polis dalam membanteras penyalahgunaan dadah, khususnya di kawasan yang dikenal pasti mempunyai aktiviti berkaitan,” katanya.

Menurut beliau, Op Tapis Khas yang diketuai oleh Sarjan Roslinda Utubesar itu akan terus dipergiatkan dari semasa ke semasa.

“Pihak polis tidak akan berkompromi dengan mana-mana individu yang terlibat dalam penyalahgunaan dadah dan tindakan tegas akan terus diambil mengikut peruntukan undang-undang,” tegasnya.

Sehubungan itu, beliau menggesa orang ramai agar menyalurkan maklumat kepada pihak polis sekiranya terdapat sebarang aktiviti penyalahgunaan dadah di kawasan masing-masing.

“Kerjasama masyarakat amat penting bagi membantu pihak polis membanteras gejala dadah demi memastikan keselamatan dan kesejahteraan komuniti sentiasa terpelihara,” ujarnya.

Related Posts

Kerajaan Perak arah semakan menyeluruh operasi kuari Kuala Kangsar

IPOH – Kerajaan Perak mengarahkan semakan menyeluruh terhadap operasi sebuah kuari batu kapur di Mukim Kampung Buaya, Kuala Kangsar yang tular di media sosial, baru-baru ini. Menteri Besar Perak, Datuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kerja baik pulih paip bocor, seluruh daerah Matu dan Daro alami gangguan air

MUKAH – Penduduk di seluruh daerah Matu dan Kampung Nangar Besar, Daro dinasihatkan untuk menyimpan bekalan air secukupnya berikutan pelaksanaan kerja baik pulih paip utama yang bermula pada Ahad. Jabatan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kerajaan Perak arah semakan menyeluruh operasi kuari Kuala Kangsar

Kerajaan Perak arah semakan menyeluruh operasi kuari Kuala Kangsar

Tiada larangan, Sanusi boleh terus berkempen di Negeri Sembilan – Samsuri

Tiada larangan, Sanusi boleh terus berkempen di Negeri Sembilan – Samsuri

Kerja baik pulih paip bocor, seluruh daerah Matu dan Daro alami gangguan air

Kerja baik pulih paip bocor, seluruh daerah Matu dan Daro alami gangguan air

Lelaki ditahan, disyaki serang, ugut penguatkuasa MBI

Lelaki ditahan, disyaki serang, ugut penguatkuasa MBI

Anthony jadi Menteri Besar, kenyataan Asyraf Wajdi bercanggah Undang-Undang Tubuh Negeri

Anthony jadi Menteri Besar, kenyataan Asyraf Wajdi bercanggah Undang-Undang Tubuh Negeri

Kenyataan Sanusi bukti Pas gemar tunggang politik pecah belah

Kenyataan Sanusi bukti Pas gemar tunggang politik pecah belah