525 vape hampir RM14,000 tidak berdaftar dirampas

TAWAU – Sebanyak 525 produk peranti tembakau termasuk rokok elektronik (vape) bernilai hampir RM14, 000 yang tidak berdaftar dirampas dalam Operasi Taring Alpha 3 Tangkapan dan Rampasan yang di jalankan, di sini, baru-baru ini.

Pegawai Kesihatan Kawasan Tawau, Dr. Shameer Khan Sulaiman berkata, kejayaan itu hasil operasi bersepadu membabitkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Pejabat Kesihatan Kawasan Tawau dan Task Force Batalion 14 Pasukan Gerakan Am (PGA) Tawau.

“Antara kesalahan dikesan ialah menjual vape yang tidak berdaftar dengan KKM selain pembungkusan dan pelabelan tidak mengikut spesifikasi ditetapkan.

“Kita juga mengesan kesalahan mengiklankan produk peranti tembakau yang melanggar peruntukan di bawah Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2024,” ujarnya kepada media selepas Ops Bazar Ramadan dan Promosi Kesihatan Tibi 2026, di sini, pada Rabu.

Mengenai Ops Bazar, Dr. Shameer berkata 14 notis kesalahan dikeluarkan terhadap peniaga bazar Ramadan di daerah ini hasil pemeriksaan dijalankan pihaknya setakat hari ketujuh Ramadan.

“Antara kesalahan dikesan ialah pelanggaran Perkara 32(1)(b) di bawah Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan 2009 iaitu tidak mematuhi keperluan pakaian pengendali makanan dan kesalahan di bawah Perkara 11(1)(b) iaitu majikan menggaji pengendali makanan tanpa sijil latihan pengendalian makanan.

“Kita juga mengesan beberapa kesalahan lain termasuk aspek kebersihan diri seperti berkuku panjang, memakai perhiasan tangan, tidak menghadiri kursus pengendali makanan serta penggunaan perkakas yang kotor.

“Bagaimanapun, kita melihat ada peningkatan dari segi pematuhan dan pengetahuan dalam kalangan penjaja berbanding sebelum ini.

“Secara keseluruhan terdapat 20 lokasi bazar Ramadan di daerah ini dan pemeriksaan akan diteruskan sehingga tamat Ramadan,” ujarnya.

Related Posts

Penekanan AI dalam Belanjawan 2027 langkah strategik pacu ekonomi digital

KUALA PERLIS – Penekanan terhadap pembangunan teknologi kecerdasan buatan (AI) dalam Belanjawan MADANI 2027 mendapat sokongan penggiat industri teknologi yang menyifatkannya sebagai langkah strategik bagi memperkukuh daya saing Malaysia dalam…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Remaja lemas lepas ‘hilang’ di Pantai Sepat

KUANTAN – Seorang remaja ditemukan lemas di Pantai Sepat, Jalan Kuantan-Pekan, di sini, pagi tadi. Menurut laporan Sinar Harian, mangsa, Mohamad Raiyan Khairul Anuar, 16, ditemui kira-kira 50 meter dari…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Individu hina Islam dan al-Quran di media sosial telah dikesan polis, MCMC

Individu hina Islam dan al-Quran di media sosial telah dikesan polis, MCMC

Pendidikan Malaysia-Mesir perlu melangkaui pengajian Islam – PM

Pendidikan Malaysia-Mesir perlu melangkaui pengajian Islam – PM

Perdagangan Malaysia-Mesir naik 74.7 peratus, kerjasama ekonomi diperluas

Perdagangan Malaysia-Mesir naik 74.7 peratus, kerjasama ekonomi diperluas

Belanjawan MADANI 2027: Kejayaan bergantung pelaksanaan beramanah – Mahfuz

Belanjawan MADANI 2027: Kejayaan bergantung pelaksanaan beramanah – Mahfuz

Netizen cabar PN bentangkan belanjawan alternatif

Netizen cabar PN bentangkan belanjawan alternatif

Sultan Ibrahim kurnia D.M.N. kepada Presiden Mesir

Sultan Ibrahim kurnia D.M.N. kepada Presiden Mesir