Khemah bazar raya terbakar, peniaga rugi ribuan ringgit

ALOR SETAR – Enam peniaga mengalami kerugian ratusan ribu ringgit apabila barang jualan mereka musnah selepas khemah di tapak Bazar Raya Stadium Darul Aman, di sini terbakar dalam kejadian semalam.

Kejadian kira-kira pukul 11.25 pagi itu mengakibatkan pelbagai barangan jualan hangus antaranya pakaian, songkok, tudung dan kasut.

Menurut peniaga tudung, Haris Haikal Mohd. Hafiz, 20, dia mendapat tahu tentang kejadian itu menerusi siaran langsung di media sosial kira-kira pukul 11 pagi.

“Saya tergamam apabila ternampak sepanduk pada salah sebuah khemah dan terus menunggang motosikal ke lokasi.

“Apabila sampai, saya tengok khemah sudah hangus. Hanya beberapa tudung sempat diselamatkan orang awam,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.

Katanya, ibunya, Siti Hajar Muhamad, 41, sangat sedih dengan kejadian itu kerana mereka baru sahaja memulakan perniagaan beberapa hari lalu.

“Banyak modal dikeluarkan untuk berniaga di bazar ini. Tapak khemah sahaja sudah RM15,000, belum termasuk stok baharu,” katanya yang reda dengan kejadian tersebut.

Peniaga pakaian lelaki dan songkok, Che Zazli Che Ani, 45, berkata, khemahnya bersama barangan jualan musnah kira-kira 80 peratus.

“Tidak sampai seminggu kami berniaga, berlaku kejadian ini. Memang sedih kerana saya dan abang, Che Zanudin, 47, mengeluarkan modal hampir RM100,000 untuk berniaga di sini,” ujarnya.

Sementara itu, Ketua Zon I Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Penguasa Kanan Bomba I Ahmad Aminudin Abd. Rahim berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 11.25 pagi semalam sebelum lapan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Alor Setar bergegas ke lokasi.

“Kebakaran berjaya dikawal pada pukul 11.37 pagi. Punca kebakaran dan jumlah kerugian masih dalam siasatan,” katanya.

Related Posts

Pendidikan, sosioekonomi nadi utama kelestarian komuniti Tellian

MUKAH – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tellian, Royston Valentine menetapkan pemerkasaan pendidikan dan pembangunan sosioekonomi sebagai agenda utama dalam memacu masa depan serta kesejahteraan masyarakat di kawasan tersebut. Komitmen…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Dari peluang kedua hingga teknologi pintar, dua graduan POLYCC buktikan kuasa TVET

KOTA KINABALU – Dua penerima anugerah pada Majlis Konvokesyen Politeknik dan Kolej Komuniti (POLYCC) Zon Sabah 2026 membuktikan laluan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) mampu membuka peluang baharu…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

PM Anwar selesai menghadap Tuanku Muhriz

PM Anwar selesai menghadap Tuanku Muhriz

Putra gesa polis siasat MB, Exco NS berhubung penyingkiran Tuanku Muhriz

Putra gesa polis siasat MB, Exco NS berhubung penyingkiran Tuanku Muhriz

Krisis Negeri Sembilan kian memuncak, Amanah cadang MB mohon bubar

Krisis Negeri Sembilan kian memuncak, Amanah cadang MB mohon bubar

Kemelut Negeri Sembilan: Raja perlu dihormati, semua tindakan mesti ikut aturan – Ibrahim Ali