Perak sedia kaji tindakan undang-undang pemimpin politik ceramah di masjid

IPOH – Kerajaan Negeri Perak akan meneliti keperluan menggubal atau memperkemas peruntukan undang-undang bagi membolehkan tindakan diambil terhadap mana-mana wakil rakyat atau pemimpin politik yang melanggar larangan menyampaikan ceramah serta ucapan di masjid dan surau di negeri ini.

Menteri Besar, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, ketika ini kesalahan berhubung perkara tersebut terletak di bawah tanggungjawab pengerusi dan jawatankuasa masjid yang membenarkan individu berkenaan berucap.

Menurutnya, sebarang cadangan untuk mengambil tindakan terus terhadap ahli politik yang terlibat perlu melalui penelitian dan kajian terperinci.

“Perkara itu perlu dikaji kerana kesalahan ketika ini diletakkan kepada pihak pengerusi dan jawatankuasa masjid yang membenarkan individu terbabit berucap, memandangkan ia di bawah tanggungjawab mereka.

“Jika difikirkan perlu untuk mengambil tindakan kepada individu berkenaan, maka kita kena buat kajian mengenainya. Ia mesti bersandarkan kepada undang-undang yang membolehkan tindakan diambil terhadap mana-mana pihak yang dengan sengaja melanggar titah Sultan Perak,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas Majlis Pelancaran Bantuan Sara Diri, Kecemasan dan Bantuan Baucar Buku Mahasiswa Perak 2026 di Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri, di sini pada Rabu.

Terdahulu, beliau diminta mengulas hantaran Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Titi Serong, Hasnul Zulkarnain Abdul Munaim yang mendakwa seorang wakil rakyat pembangkang berucap di sebuah masjid di Bota, Parit.

Hantaran tersebut mendakwa Ahli Parlimen Parit, Muhammad Ismi Mat Taib menyampaikan ucapan selepas menunaikan solat sunat tarawih di masjid berkenaan.

Mengulas lanjut, Saarani menegaskan semua pihak perlu mematuhi sepenuhnya Garis Panduan Penganjuran dan Syarahan Agama Islam Negeri Perak yang dikeluarkan Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) susulan titah Sultan Nazrin Muizzuddin Shah sebelum ini.

Beliau berkata, larangan tersebut bukan perkara baharu, sebaliknya telah beberapa kali ditegaskan termasuk ketika persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN).

“Sebagai Exco Agama Islam Negeri, saya sendiri mematuhi sepenuhnya titah Tuanku. Tuanku bertitah bahawa orang politik tidak dibenarkan berucap di dalam surau atau masjid.

“Saya tidak pernah melanggar perkara itu dan telah mengingatkan semua wakil rakyat sama ada kerajaan atau pembangkang supaya mematuhi titah berkenaan,” katanya.

Sehubungan itu, beliau menegaskan mana-mana pihak yang didapati sengaja melanggar arahan dan titah Sultan Perak perlu bersedia berdepan tindakan sewajarnya selaras dengan peruntukan undang-undang yang berkuat kuasa.

Related Posts

Tidak mahu Sabah jadi ‘Syurga Scammer’, lulus segera RUU Jenayah Siber langkah tepat

KOTA KINABALU – Senator Datuk Phoong Jin Zhe menegaskan pendirian bahawa Sabah tidak seharusnya menjadi destinasi pelancongan bagi ‘scammer’ antarabangsa sehingga menjejaskan imej negeri. Beliau berkata, ia susulan peningkatan berkaitan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Sungai Sedim paling berisiko kes kepala air di Kedah

ALOR SETAR – Laluan air sungai Sedim di Kulim dekat sini dikenal pasti sebagai lokasi paling kerap dilanda kepala air di Kedah apabila lima daripada 11 insiden yang direkodkan sejak…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Anwar dijangka turun berkempen buat PH Rabu ini

Anwar dijangka turun berkempen buat PH Rabu ini

Manifesto PH demi masa depan terbaik anak-anak Negeri Sembilan

Manifesto PH demi masa depan terbaik anak-anak Negeri Sembilan

PH lancar 10 komitmen dalam manifesto PRN Negeri Sembilan

PH lancar 10 komitmen dalam manifesto PRN Negeri Sembilan

Keupayaan urus Negeri Sembilan bukti PH tidak tampil dengan retorik kosong

Keupayaan urus Negeri Sembilan bukti PH tidak tampil dengan retorik kosong

Tidak mahu Sabah jadi ‘Syurga Scammer’, lulus segera RUU Jenayah Siber langkah tepat

Tidak mahu Sabah jadi ‘Syurga Scammer’, lulus segera RUU Jenayah Siber langkah tepat

Sungai Sedim paling berisiko kes kepala air di Kedah

Sungai Sedim paling berisiko kes kepala air di Kedah