Laluan FT226 dibuka semula, nadi sempadan kembali berdenyut

KANGAR – Penantian penduduk sempadan berakhir apabila laluan FT226 Jalan Kaki Bukit–Wang Kelian dibuka semula kepada semua kenderaan bermula 1 Mac ini sekali gus menghidupkan kembali mobiliti harian dan aktiviti ekonomi di kawasan berkenaan.

Pembukaan semula itu diputuskan dalam Mesyuarat Penyelarasan Pembukaan Semula Jalan Wang Kelian pada 20 Februari lalu bersama jabatan, agensi teknikal dan penguatkuasaan berkaitan.

Tinjauan The Malaysia Press mendapati beberapa lokasi tanah akibat hujan luar biasa November lalu sedang giat dibaik pulih dengan kenderaan milik Jabatan Kerja Raya melakukan pemantauan rapat.

Difahamkan, kerja-kerja baik pulih laluan dan cerun telah siap antara 20 hingga 34 peratus dan kelihatan beberapa jentera berat dan puluhan pekerja binaan sedang melakukan kerja-kerja pembaikan laluan tersebut.

Menteri Besar Perlis, Abu Bakar Hamzah berkata, keputusan tersebut dibuat selepas mengambil kira aspek keselamatan struktur jalan, keperluan kawalan trafik serta kepentingan mobiliti penduduk setempat.

“Kerajaan negeri memberi keutamaan kepada faktor keselamatan sebelum memutuskan pembukaan semula laluan ini.

“Dalam masa sama, kita memahami keperluan rakyat khususnya penduduk di kawasan sempadan yang bergantung kepada laluan ini untuk urusan harian dan aktiviti ekonomi,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata, hanya kenderaan berat dengan had muatan tiga tan dan ke atas dibenarkan menggunakan laluan itu dalam tempoh jam 6 pagi hingga 6 petang.

Menurutnya, kenderaan ringan tidak dikenakan had masa, namun semua pengguna perlu mematuhi papan tanda serta peraturan lalu lintas yang ditetapkan.

“Pembukaan semula laluan strategik ini bukan sahaja meningkatkan keselamatan dan keselesaan pengguna, malah menjadi pemangkin penting dalam memperkukuh rangkaian perhubungan darat negeri serta menyokong pertumbuhan sosioekonomi terutama di kawasan sempadan dan destinasi pelancongan,” katanya.

Kerja-kerja berkaitan laluan tersebut dijangka siap sepenuhnya pada Julai tahun ini, sekali gus memperkukuh lagi peranan FT226 sebagai laluan penting yang menghubungkan komuniti dan kegiatan ekonomi di utara negeri.

Related Posts

Sabah sertai Deklarasi Data Aset Jalan, rekod lebih 20,000 kilometer jalan negeri

KOTA KINABALU – Sabah secara rasmi menyertai Deklarasi Data Aset Jalan (DDJ) bagi memperkukuh pengurusan data aset jalan secara lebih bersepadu, sistematik dan telus di peringkat nasional. KKR dalam kenyataan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
KKR perkasa pendigitalan sektor pembinaan menerusi Program Kolaborasi Strategik 2026

KOTA KINABALU – Kementerian Kerja Raya (KKR) terus memperkukuh agenda pendigitalan sektor pembinaan negara menerusi penganjuran Program Kolaborasi Strategik Kerja Raya Malaysia 2026 yang menghimpunkan pengurusan tertinggi dan pegawai teknikal…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Satu gol cukup nobat Sepanyol juara Piala Dunia

Satu gol cukup nobat Sepanyol juara Piala Dunia

‘Pujuk macam mana pun, PDM BN DUN Klawang tetap ditutup’

‘Pujuk macam mana pun, PDM BN DUN Klawang tetap ditutup’

Kerajaan sedia tambah STR, SARA jika ekonomi terus kukuh – PM

Kerajaan sedia tambah STR, SARA jika ekonomi terus kukuh – PM

Sabah sertai Deklarasi Data Aset Jalan, rekod lebih 20,000 kilometer jalan negeri

Sabah sertai Deklarasi Data Aset Jalan, rekod lebih 20,000 kilometer jalan negeri

Pengguna dakwa laman sosial Facebook gagal diakses

Pengguna dakwa laman sosial Facebook gagal diakses

KKR perkasa pendigitalan sektor pembinaan menerusi Program Kolaborasi Strategik 2026

KKR perkasa pendigitalan sektor pembinaan menerusi Program Kolaborasi Strategik 2026