Kapal penumpang ulang kesalahan yang sama ditahan

MIRI – Sebuah kapal penumpang ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Miri selepas dikesan mengulangi kesalahan sama melanggar syarat lesen dalam satu pemeriksaan pada Selasa.

Penahanan kapal berkenaan dilakukan sekitar jam 12.20 tengah hari pada kedudukan kira-kira 0.4 batu nautika barat laut Kuala Sungai Miri ketika rondaan rutin penguatkuasaan sedang dijalankan.

Pengarah Zon Maritim Miri, Kapten Maritim Mohd Khairol Anuar Saad berkata, kapal terbabit sebelum ini pernah disabitkan kesalahan mengikut Ordinan Perkapalan Saudagar (MSO) 1953 namun masih gagal mematuhi peraturan.

“Kapal penumpang ini pernah melakukan kesalahan di bawah ordinan yang sama sebelum ini dan sekali lagi dikesan melanggar syarat sah lesen semasa pemeriksaan dijalankan.

“Hasil pemeriksaan mendapati vesel tersebut beroperasi tanpa bilangan kru yang mencukupi seperti ditetapkan Pegawai Pelabuhan, selain membawa kru yang tidak dibenarkan,” katanya dalam satu kenyataan.

Jelas beliau, penahanan itu dilakukan oleh bot ronda Maritim Malaysia menerusi pelaksanaan Op Permai 01/2019, Op Tiris 3.0 dan Op Pelantar Merah 3/2023 di perairan Miri.

Susulan itu, nakhoda kapal berusia 55 tahun bersama seorang kru berumur 43 tahun telah ditahan, manakala kapal tersebut diiring ke Pusat Tahanan Vesel (PTV) Miri dan diserahkan kepada pegawai penyiasat untuk tindakan lanjut.

“Kes disiasat di bawah Kaedah 12 (Boat Rules 1953) Ordinan Perkapalan Saudagar 1952. Jika sabit kesalahan, pemilik dan nakhoda boleh dikenakan denda sehingga RM1,000 atau kompaun sebanyak RM500 di bawah Seksyen 484 ordinan sama,” ujarnya.

Dalam pada itu, beliau menggesa orang ramai agar segera menyalurkan sebarang maklumat berkaitan jenayah maritim atau kecemasan di laut melalui talian MERS 999.

Aduan juga boleh disalurkan terus ke Pusat Operasi Zon Maritim Miri di talian 085-649111 atau Pusat Operasi Maritim Negeri Sarawak di talian 082-432544 / 082-432016 untuk tindakan pantas.

Related Posts

Tidak mahu Sabah jadi ‘Syurga Scammer’, lulus segera RUU Jenayah Siber langkah tepat

KOTA KINABALU – Senator Datuk Phoong Jin Zhe menegaskan pendirian bahawa Sabah tidak seharusnya menjadi destinasi pelancongan bagi ‘scammer’ antarabangsa sehingga menjejaskan imej negeri. Beliau berkata, ia susulan peningkatan berkaitan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Sungai Sedim paling berisiko kes kepala air di Kedah

ALOR SETAR – Laluan air sungai Sedim di Kulim dekat sini dikenal pasti sebagai lokasi paling kerap dilanda kepala air di Kedah apabila lima daripada 11 insiden yang direkodkan sejak…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Manifesto PH demi masa depan terbaik anak-anak Negeri Sembilan

Manifesto PH demi masa depan terbaik anak-anak Negeri Sembilan

PH lancar 10 komitmen dalam manifesto PRN Negeri Sembilan

PH lancar 10 komitmen dalam manifesto PRN Negeri Sembilan

Keupayaan urus Negeri Sembilan bukti PH tidak tampil dengan retorik kosong

Keupayaan urus Negeri Sembilan bukti PH tidak tampil dengan retorik kosong

Tidak mahu Sabah jadi ‘Syurga Scammer’, lulus segera RUU Jenayah Siber langkah tepat

Tidak mahu Sabah jadi ‘Syurga Scammer’, lulus segera RUU Jenayah Siber langkah tepat

Sungai Sedim paling berisiko kes kepala air di Kedah

Sungai Sedim paling berisiko kes kepala air di Kedah

Gangguan monyet cetus cadangan mini zoo di Balung Kokos

Gangguan monyet cetus cadangan mini zoo di Balung Kokos