Tuntutan DFA: Tidak berasas, bercanggah dengan fakta dan undang-undang antarabangsa

KALABAKAN – Tuntutan terbaharu pihak Jabatan Hal Ehwal Luar Filipina (DFA) ke atas Sabah adalah tidak berasas serta tidak sah dari sudut fakta sejarah, perundangan dan keputusan mahkamah antarabangsa.

Ahli Parlimen Kalabakan, Datuk Andi Mohammad Suryady Bandy berkata,
dakwaan yang bersandarkan peta pentadbiran Filipina tahun 2012 oleh National Mapping and Resource Information Authority dan tuntutan yang mengaitkan waris Kesultanan Sulu telah lama ditolak di peringkat antarabangsa.

“Sabah secara rasmi menjadi sebahagian daripada Malaysia sejak 16 September 1963 melalui proses yang sah, telus dan mendapat sokongan rakyat negeri ini sendiri, pengesahan antarabangsa serta penerimaan komuniti dunia.

“Merujuk kepada laporan Suruhanjaya Cobbold pada 1962 yang mendapati majoriti rakyat Sabah dan Sarawak bersetuju membentuk Malaysia.

“Melalui siri pertemuan, pendengaran awam dan laporan rasmi, suruhanjaya ini mendapati majoriti rakyat Sabah bersetuju untuk bersama-sama membentuk Malaysia, sama ada secara langsung atau dengan jaminan perlindungan hak negeri.

“Keputusan ini membuktikan bahawa Sabah bersama-sama membentuk Malaysia atas kehendak rakyatnya sendiri, bukan melalui paksaan atau penjajahan,” ujarnya dalam kenyataan media, pada Selasa.

Suryady berkata, susulan laporan Suruhanjaya Cobbold, misi khas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu pada 1963 turut mengesahkan pembentukan Malaysia selaras dengan prinsip penentuan nasib sendiri dan sejak itu, kedudukan Sabah sebagai sebahagian Malaysia diiktiraf komuniti antarabangsa.

Tambahnya, tindakan sekumpulan individu yang mendakwa sebagai waris Kesultanan Sulu melalui prosiding timbang tara antarabangsa pada 2022 juga telah dipatahkan apabila Mahkamah Rayuan Paris membatalkan penguatkuasaan anugerah timbang tara berkenaan.

“Mahkamah di Sepanyol turut membatalkan pelantikan penimbang tara yang mengendalikan kes tersebut.

“Keputusan-keputusan ini mengesahkan bahawa tuntutan Sulu gagal dari sudut undang-undang antarabangsa dan tidak boleh dikuatkuasakan terhadap Malaysia.

“Ini bermakna, tiada sebarang pengiktirafan undang-undang antarabangsa terhadap tuntutan Kesultanan Sulu ke atas Sabah,” jelasnya.

Menurut Suryady, di bawah prinsip uti possidetis juris, sempadan dan wilayah sesebuah negara selepas kemerdekaan kekal sah dan tidak boleh dicabar sewenang-wenangnya.

Sehingga kini, katanya, tiada keputusan Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) yang mempertikaikan status Sabah dalam Malaysia.

Sehubungan itu, beliau menegaskan isu kedaulatan Sabah bukan sekadar isu sejarah, sebaliknya berkait rapat dengan keselamatan sempadan, kestabilan sosial dan kesejahteraan rakyat khususnya di pantai timur Sabah.

“Sebarang kenyataan atau tuntutan tidak berasas hanya berpotensi mencetuskan ketegangan serantau dan keresahan rakyat.

“Rakyat Malaysia, khususnya di Sabah, tidak harus terpengaruh dengan naratif palsu dan tuntutan lapuk yang bercanggah dengan fakta sejarah dan undang-undang antarabangsa.

“Perpaduan rakyat adalah benteng terkuat dalam mempertahankan kedaulatan negeri dan negara.

“Sabah sentiasa menjadi sebahagian Persekutuan Malaysia, Sabah tolak tuntutan Filipina,” tegasnya.

Related Posts

Suryady desak tindakan segera tangani isu kekurangan doktor di Sabah

TAWAU – Isu kekurangan pegawai perubatan di Sabah memerlukan penyelesaian menyeluruh dan tidak boleh hanya bergantung kepada penambahan jumlah penempatan di atas kertas, kata Ahli Parlimen Kalabakan, Datuk Andi Muhammad…

Lebih lanjut

teruskan membaca
‎Waspada berita palsu, grafik dimanipulasi berkaitan Belanjawan 2027 – Fahmi ‎

LABUAN – Orang ramai dinasihatkan supaya berwaspada terhadap kemungkinan penyebaran berita palsu dan grafik dimanipulasi menggunakan gambar serta logo organisasi media susulan pembentangan Belanjawan 2027.‎‎Menteri Komunikasi, Datuk Seri Fahmi Fadzil…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Suryady desak tindakan segera tangani isu kekurangan doktor di Sabah

  • By Fatin
  • October 7, 2026
Suryady desak tindakan segera tangani isu kekurangan doktor di Sabah

‎Waspada berita palsu, grafik dimanipulasi berkaitan Belanjawan 2027 – Fahmi ‎

  • By Ezmie
  • October 7, 2026
‎Waspada berita palsu, grafik dimanipulasi berkaitan Belanjawan 2027 – Fahmi ‎

Jalan baharu Sare-Sentebu mudahkan akses, jimatkan masa perjalanan ke Sarikei

Jalan baharu Sare-Sentebu mudahkan akses, jimatkan masa perjalanan ke Sarikei

Wartawan Labuan perlu kaki palsu baharu, terima sumbangan Kasih@HAWANA

  • By Ezmie
  • October 7, 2026
Wartawan Labuan perlu kaki palsu baharu, terima sumbangan Kasih@HAWANA

CCTV sekolah berasrama di Perlis fokus kawasan asrama

CCTV sekolah berasrama di Perlis fokus kawasan asrama

KTC lahirkan 256 graduan mahir dalam tempoh 15 tahun

  • By Ezmie
  • October 7, 2026
KTC lahirkan 256 graduan mahir dalam tempoh 15 tahun