Hajiji seru ketua-ketua jabatan perkukuh budaya prestasi tinggi dalam organisasi

KOTA KINABALU – Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor menyeru semua ketua-ketua jabatan di negeri Sabah agar terus memperkukuh budaya prestasi tinggi dalam organisasi masing-masing bagi memastikan agenda pembangunan Sabah dapat dilaksanakan dengan berkesan.

Beliau berkata, kejayaan pembangunan negeri menuntut komitmen kolektif, kepimpinan yang tegas serta kesediaan untuk melaksanakan perubahan yang diperlukan.  

“Untuk itu saya mahu semua ketua-ketua jabatan terus memperkukuh budaya prestasi tinggi dalam organisasi masing-masing,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap di Majlis Kurung-Kurung Ketua Menteri Sabah bersama Ketua-Ketua Jabatan Negeri dan Persekutuan di Menara Kinabalu, di sini pada Selasa. 

Jelasnya, prinsip Sabah First akan terus menjadi teras bagi setiap dasar dan keputusan kerajaan bagi memastikan kepentingan rakyat Sabah sentiasa diutamakan selain memastikan hasil negeri diurus dengan bertanggungjawab serta peluang ekonomi diperluas secara adil kepada seluruh masyarakat. 

Dalam pada itu, beliau berkata, dalam landskap pembangunan negeri yang semakin kompetitif, pelaburan strategik merupakan pemangkin utama kepada pertumbuhan ekonomi Sabah.

“Keutamaan kita adalah kepada pelaburan berkualiti tinggi yang mampu menjana peluang pekerjaan, bernilai tambah, memperkukuh rantaian bekalan tempatan serta memberi limpahan manfaat yang jelas kepada komuniti setempat,” katanya. 

Tambahannya, bagi memperkukuhkan ekosistem pelaburan negeri Pembangunan Ekonomi dan pelaburan Sabah (SEDIA) turut berperanan sebagai pemudah cara strategik dalam penyelarasan rancangan, pemacu promosi pelaburan serta penghubung antara Kerajaan Negeri, agensi Persekutuan dan sektor swasta.

Hajiji turut mengingatkan bahawa bulan Ramadan bukan sekadar medan meningkatkan ibadah, sebaliknya menjadi ruang refleksi kepimpinan dan pengukuhan nilai amanah, integriti serta ihsan dalam memikul tanggungjawab sebagai penjawat awam.

Related Posts

JKOM: Kerajaan bertindak pantas, dana KWAP tidak terjejas dalam isu eFishery

PUTRAJAYA – Kerajaan bertindak pantas dan telus dalam menangani isu pelaburan Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) (KWAP) dalam syarikat pemula teknologi akuakultur Indonesia, eFishery, sekali gus memastikan kepentingan pencarum dan pesara…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Panel profesional tentukan pelaburan KWAP, bebas campur tangan kerajaan – PM

KUALA LUMPUR – Kerajaan tidak pernah campur tangan dalam sebarang urusan atau keputusan pelaburan yang dibuat oleh agensi pelaburan kerajaan, termasuk Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) (KWAP), tegas Perdana Menteri, Datuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Manifesto PH demi masa depan terbaik anak-anak Negeri Sembilan

Manifesto PH demi masa depan terbaik anak-anak Negeri Sembilan

PH lancar 10 komitmen dalam manifesto PRN Negeri Sembilan

PH lancar 10 komitmen dalam manifesto PRN Negeri Sembilan

Keupayaan urus Negeri Sembilan bukti PH tidak tampil dengan retorik kosong

Keupayaan urus Negeri Sembilan bukti PH tidak tampil dengan retorik kosong

Tidak mahu Sabah jadi ‘Syurga Scammer’, lulus segera RUU Jenayah Siber langkah tepat

Tidak mahu Sabah jadi ‘Syurga Scammer’, lulus segera RUU Jenayah Siber langkah tepat

Sungai Sedim paling berisiko kes kepala air di Kedah

Sungai Sedim paling berisiko kes kepala air di Kedah

Gangguan monyet cetus cadangan mini zoo di Balung Kokos

Gangguan monyet cetus cadangan mini zoo di Balung Kokos