Banjir Manjoi: Rumah Anak Yatim Nurul Iman terus terima bantuan kerajaan negeri

IPOH – Pusat Jagaan Anak-Anak Yatim dan Miskin Nurul Iman, Kampung Manjoi, di sini terus mendapat perhatian Kerajaan Negeri Perak apabila bantuan keperluan asas disalurkan secara berperingkat susulan kejadian banjir pada 16 Februari lalu.

Pegawai Khas Menteri Besar Perak bagi DUN Manjoi, Asmuni Awi berkata, bantuan tersebut bertujuan meringankan beban pihak pengurusan dalam memastikan kebajikan serta keperluan harian penghuni sentiasa terpelihara.

Menurutnya, sumbangan yang disampaikan merangkumi barangan asas seperti tuala, sabun, berus gigi dan biskut kering selain bantuan wang tunai.

“Ini adalah siri lawatan kedua saya selepas kunjungan pada Khamis lalu. Sementara menunggu ketibaan beberapa peralatan lain yang telah dipohon oleh pihak rumah, saya hadir menyampaikan sedikit barangan keperluan asas bagi kegunaan segera.

“Bantuan ini diharap dapat membantu pihak pengurusan meneruskan operasi serta memastikan kebajikan anak-anak di sini terus terjamin,” katanya menerusi hantaran di Facebook miliknya pada Ahad.

Turut hadir, Yang Dipertua Rumah Anak Yatim Nurul Iman, Nazlyn Noorain Mohd Said.

Mengimbas kejadian pada 16 Februari lalu, banjir berlaku kira-kira jam 6 petang apabila paras air meningkat secara mendadak dalam tempoh singkat, menyebabkan premis tersebut ditenggelami air.

Seramai 20 penghuni lelaki dan perempuan berusia antara empat hingga 17 tahun yang terdiri daripada anak yatim dan golongan asnaf menetap di pusat kebajikan berkenaan.

Akibat bencana itu, pusat jagaan berkenaan mengalami kerugian dianggarkan melebihi RM50,000 membabitkan kerosakan peralatan elektrik, perabot, kelengkapan persekolahan serta barangan peribadi penghuni.

Related Posts

Belia Malaysia-Rusia ‘berhubung’ menerusi Paya Besar Global Pulse

KUANTAN – Program Paya Besar Global Pulse: Russian Track hujung minggu lalu, menghimpunkan belia berusia antara 15 hingga 19 tahun dari kawasan Parlimen Paya Besar dan anak muda Rusia dalam…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Belia Malaysia-Rusia ‘berhubung’ menerusi Paya Besar Global Pulse

Belia Malaysia-Rusia ‘berhubung’ menerusi Paya Besar Global Pulse

PM bentang Belanjawan 2027 petang ini, teruskan tekad tingkat taraf hidup rakyat

PM bentang Belanjawan 2027 petang ini, teruskan tekad tingkat taraf hidup rakyat

MPT serius tangani aduan, pembaikan dilaksana berperingkat

  • By Fatin
  • October 9, 2026
MPT serius tangani aduan, pembaikan dilaksana berperingkat

GRS cadang 15 kerusi, PH Sabah sedia berunding

GRS cadang 15 kerusi, PH Sabah sedia berunding

Dua lelaki ditahan, Erimin 5 bernilai RM3.3 juta dirampas

Dua lelaki ditahan, Erimin 5 bernilai RM3.3 juta dirampas

Lima lelaki ditahan, polis buru lapan lagi suspek kes khianat

Lima lelaki ditahan, polis buru lapan lagi suspek kes khianat