Dua lelaki ditahan, Erimin 5 bernilai RM3.3 juta dirampas

KUCHING – Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Sarawak merampas 32.73 kilogram pil Erimin 5 bernilai RM3.3 juta serta menahan dua lelaki tempatan yang dipercayai terlibat dalam kegiatan pengedaran dadah di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching, pada 28 September lalu.

Pemangku Pesuruhjaya Polis Sarawak, DCP Saifullizan Ishak berkata, kedua-dua suspek berusia 25 dan 39 tahun itu ditahan di balai ketibaan lapangan terbang berkenaan menerusi operasi JSJN Sarawak.

Menurutnya, jumlah dadah yang dirampas itu berpotensi menjejaskan sehingga 163,650 individu sekiranya diedarkan untuk kegunaan pasaran.

“Sindiket ini dipercayai aktif sejak Ogos 2026 dengan mendapatkan bekalan dadah dari Johor Bahru sebelum membawanya ke Kuching menggunakan penerbangan untuk diedarkan di sekitar bandar raya ini,” katanya.

Beliau berkata, ujian saringan awal air kencing mendapati suspek berusia 25 tahun positif methamphetamine, amphetamine dan benzo, manakala suspek berusia 39 tahun didapati negatif dadah.

Semakan rekod lampau mendapati suspek berusia 25 tahun mempunyai tiga rekod kesalahan terdahulu, termasuk satu kesalahan dadah dan dua kesalahan jenayah, manakala seorang lagi mempunyai dua rekod jenayah.

Kedua-dua suspek didakwa pada 7 Oktober lalu di Mahkamah Majistret Kuching mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

“Jika disabitkan kesalahan, mereka boleh dikenakan hukuman mati atau penjara seumur hidup. Sekiranya tidak dijatuhi hukuman mati, mereka turut berdepan hukuman sebatan tidak kurang daripada 12 kali,” jelasnya.

Saifullizan berkata, kejayaan itu mencerminkan komitmen berterusan JSJN dalam membanteras kegiatan pengedaran dadah serta melumpuhkan rangkaian sindiket berkenaan.

“JSJN akan terus mempergiat tindakan penguatkuasaan secara tegas, agresif dan berfokus bagi mengesan serta menumpaskan sindiket pengedaran dadah di setiap peringkat,” tegasnya.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kegiatan pengedaran dadah boleh menghubungi talian hotline JSJN di 012-208 7222

Related Posts

Lima lelaki ditahan, polis buru lapan lagi suspek kes khianat

KUCHING – Polis Sarawak menahan lima lelaki tempatan bagi membantu siasatan kes khianat menggunakan api yang melibatkan beberapa kedai serbaneka di beberapa daerah di Sarawak baru-baru ini. Pemangku Pesuruhjaya Polis…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

MPT serius tangani aduan, pembaikan dilaksana berperingkat

  • By Fatin
  • October 9, 2026
MPT serius tangani aduan, pembaikan dilaksana berperingkat

GRS cadang 15 kerusi, PH Sabah sedia berunding

GRS cadang 15 kerusi, PH Sabah sedia berunding

Dua lelaki ditahan, Erimin 5 bernilai RM3.3 juta dirampas

Dua lelaki ditahan, Erimin 5 bernilai RM3.3 juta dirampas

Lima lelaki ditahan, polis buru lapan lagi suspek kes khianat

Lima lelaki ditahan, polis buru lapan lagi suspek kes khianat

Ratu Suthida terbangkan jet pejuang secara solo

Ratu Suthida terbangkan jet pejuang secara solo

Abd Halim mahu SPRM kesan risiko rasuah sebelum terlambat

Abd Halim mahu SPRM kesan risiko rasuah sebelum terlambat